Serius.... ini memang lawak. Saya jumpa ni masa bloghoping kat blog Cheqppjoy. Jadi saya pun kongsi jugalah disini. Sebelum ni memang pernah tengok iklan dari negara jiran. Kebanyakannya memang kreatif. Durasi iklan mereka biasa lebih panjang, sebab itu mereka mampu untuk jadi lebih kretif dan mesej dapat disampaikan dengan lebih lancar tanpa terburu-buru. Agaknya harga iklan komersil kat TV sana murah lagi kot???? Hmmm... ntah la....:)
Hmm... ini Part 1. Ketika si gadis rasa dia jatuh cinta dengan lelaki yang disangkakan telah ditakdirkan sebagai teman hidupnya. Hmm.... Tapi tengoklah pula lelaki, dah tentu nak sesuatu yang indah sahaja....
Part 2. Wanita sanggup berubah untuk seseorang lelaki yang dia mahukan, yang dia rasa dia cintai. Dan dia pun berubah.... Dan lelaki tu pun jatuh cinta... (see... lelaki memang kebendaan!bukan semua la....tetapi kebanyakan)
Part 3. Dan mereka pun bercinta. Bahagianya. Tetapi adakah lelaki itu benar-benar sayangkan dia? Tidak!!! Masa cantik indah, wangi...memanglah nak. Bila susah, nak kena belasah terus blah.... Cissss...
Part 4. Rupanya wanita itu silap. Bukan lelaki itu takdir teman hidupnya. Sebaliknya adalah kawan baik yang selama ini berada disisinya ketika susah atau senang. Ketika dia seorang yang comot dan tak tahu bersiap. Ketika dia langsung tak pernah ber-makeup. Itulah 'soulmate' dia sebenarnya....:)
Sweet kan?????
~saya pernah baca sekali, jika tak silap saya petua dari Dr. Fadzilah Kamsah. Katanya setiap orang ada jodoh masing-masing dan jodoh itu biasanya dekat dengan dirinya. Jarang sekali seseorang itu bertemu jodoh dengan orang yang jauh dengannya. Orang yang kita tak sangka itulah adakalanya jodoh untuk kita.
Iklan ini menghiburkan, mesej sampai dan ada pengajaran yang terselit kat situ...
Iklan ini menghiburkan, mesej sampai dan ada pengajaran yang terselit kat situ...
No comments:
Post a Comment