Wedding shoes... A must have accecories!
Dah tentulah bukan? Mana ada pengantin berkaki ayam di majlis perkahwinannya. Akan tetapi, pemilihan kasut untuk B2B seharusnya bersesuaianlah dengan majlisnya, betul tak?

Agaknya apakah jenis kasut yang bersesuaian untuk B2B ni? Okay, macam ni:
1) Jenis kasut yang kita perlukan. Sandal, high heel, stiletto, open toe, closed toe, pump shoes, strappy ke apa bagai lagi la jenis kasut. Sebaik-baiknya B2B kena lihat kesesuaian bentuk kaki, lokasi majlis untuk menentukan jenis kasut ni. Kasut bertutup adalah paling selamat (untuk menutup cacat cela pada kaki, selain nampak sopan je...). Akan tetapi jika memilih untuk memakai jenis strappy, opened toe atau kasut yang mendedahkan sebahagian besar kaki, ada baiknya jika kita memakai stokin. Jika lokasi majlis di kawasan berpasir halus dan gebu, elakkanlah memakai kasut jenis stiletto, mahu je tumit tu terbenam di dalam pasir dan kita pun keletihan nak mengimbangi postur badan ketika itu.
2) Warna kasut yang kita mahu. Putih, silver, cream.... Hanyalah warna biasa bagi kasut di majlis perkahwinan. Tetapi sekarang ramai yang suka bermain dengan warna-warna berani seperti merah, kuning diraja, mahu pun shocking pink. Apa pun pemilihan warnanya, haruslah sesuai dengan warna pakaian. Jika berbusana hijau, takkanlah kasutnya merah....:)
3) Ketinggian kasut! Alahai....B2B mesti nak nampak tinggi seolah-olah boleh menggapai awan gitu.... Ye la.... Hari besar, hari bersejarah, hari bahagia.... Tinggi tumit yang paling ideal, tentunya saya cadangkan 3". Kestabilan masih wujud di situ. Akan tetapi jika mahu lebih tinggi, pastikan anda memang biasa bertumit tinggi sebelum ini, atau anda berisiko besar untuk terpelecok. Seboleh-bolehnya sekiranya memilih kasut jenis stiletto ni, biarlah yang ada platform supaya kaki anda lebih stabil dan selesa.
4) Dah tentulah RM, RM, RM yang beerti kos atau harga kasut. Betul..... hari bersejarah itu hanya sekali. Apa perlu kita habiskan RMx,xxx hanya untuk sepasang kasut yang belum tentu kita akan pakai selalu di hari-hari tanpa sejarah? Betullah, jika kasut itu ditempah khas, dan direka oleh pereka terkenal bukan setakat RMx,xxx, tetapi mencecah RMxx,xxx pun ada. Apa-apa pun tengok kaki, raba poket!

Okay....berbalik kepada persiapan saya. Majlis di rumah bonda tema adalah pink+purple+cream. Macam cute je warna tu. Asalnya hendakkan red+black+white. Tetapi bila difikirkan balik ada majlis akad nikah sebelum tu, rasa macam tak sesuailah pula. Makanya warna tema yang telah dipersetujui itu rasanya lebih sesuai barangkali.
Tetapi saya teruskan juga tema merah menyala tu ke majlis bertandang nanti. Bila sahaja bakal En. Awak uatarakan dia tertarik dengan warna merah, terus saya beli baju merah. Cumanya untuk bakal En. Awak, saya cadangkan guna baju warna cream dengan sampin warna merah pemberian arwah ayahnya...:). Saya pula dah tentu baju warna merah dengan tudung serta lain-lain aksesori warna cream. Lalu saya memang tertarik untuk mencari kasut bewarna merah atau pun cream.

Hajat hati mahukan yang simple dan agak tertutup seperti ini sahaja. Sesuailah dengan baju saya yang simple juga, kurung pahang dengan kain selisih..... Ada riben adalah ciri-ciri pilihan hati saya tau....
Tapi...sekali dapat kasut yang sebegini. Tumit stiletto tu.... Warna merah menyala tapi saya suka perincian riben di situ, nampak comel untuk orang yang tak cute seperti saya....gheghegheghe. Jenama Intan Suri. Sangat banyak pilihan, harga yang berpatutan. Cumanya spesifikasi saya terlalu cerewet, memaksa saya cukup berpuas hati memiliki kasut ini sahaja. Apa spesifikasi tambahan selain yang saya nyatakan di atas? Hmmm...saya amat suka memastikan kasut yang saya beli, mudah di pakai. Ini bererti, saya tidak perlu menyembah kaki saya setiap kali saya mahu menyarungkan kasut ini nanti. Tapi yang sungguh tidak percaya, ketinggian tumitnya adalah 4" (memang over kau Fieda.......). Tapi saya anggapkan 3 1/2" je sebab 1/2" lagi tu dah di cover oleh platform pada kasut tu....hahahahaha
Untuk majlis akad nikah dan kenduri di rumah bonda, kasutnya lebih tertutup dan lebih rendah tumitnya, rasanya 2 1/2" je kot. Lebih selesa untuk saya bergerak ke sana ke mari nanti. Maklumlah, rumah sendiri tentu kena lebih aktifkan.... Lagi pun acara bermula dari pukul 11.00 pagi hingga lewat petang, tak larat lorrrr nak bertumit tinggi bagai.... Apa yang penting, kasut ni pun saya suka pada perinciannya. Simple tapi quiltnya yang menggoda jiwa...
*Sebelum ni tertanya-tanya apa itu stiletto. Maklumlah saya ni bukan budak fesyen atau pengikut fesyen terkini sangat. Akan tetapi bila telah disebut-sebut dan pernah menonton cerita Semerah Cinta Stilletto, hati ni terpanggil untuk ambil tahu. Rupanya, apa sahaja kasut yang bertumit tinggi runcing, itulah stilletto. Runcing yang penting tu.... sebab adakalanya saiz tumit tu tak lebih dari 1cm (woww....runcingnya...).
Kelebihan kasut jenis ini:
1) Memberi diri si pemakai illusi yang lebih tinggi secara keseluruhannya;
2) Dapat membentuk postur diri untuk kelihatan lebih yakin, mahupun lebih seksi.....(erk?)
Kekurangannya pula:
1) Dah tentulah bila terlalu tinggi dan runcing kemungkinan untuk mencederakan diri lebih tinggi seperti keletihan akibat berdiri dan berjalan terlalu lama, atau mungkin terpelecok!
2) Dah runcing, maka lebih tekanan akan diberikan pada bahagian tumit. Adakalanya tidak begitu sesuai untuk majlis di kawasan berpasir atau pun tanah yang lembut sebab tumit kasut akan tenggelam (alamak! kena tengok kawasan rumah mertua ni. Jika tak sesuai, kena cari kasut barulah jawabnya..... hahahahahaha....alasan sungguh!!!)

hehe.. i loiikkkeee my wedding shoe...huhh jenuh nak mencari kasut yg berkenan di hati...at last bertemu lah jugak kasut idaman hati d kl... abis dperli makcik2..cr kasut sampai kl... huh..gerun gak nak pakai masa wedding..kasut tu dah la tinggi..rumah dah la bertangga... baju pulak panjang melabuh... tp akhirnya dapat jugak berjalan dengan yakin..alhamdulillah x da kejadian yg x diingini... masa awal nak turun tangga amat menggerunkan... pengapit lebih risau lagi..hehe....but now kasut tu ada dlm kotak jer.. dah la mahal...huhu..masa anniversery ari tu teringin gak nak pakai...walaupun tengah preggy... tetapi disebabkan br ja scan kat klinik dah diketahui uri dibawah..terus ja batalkan niat tu..moga lepas2 nie...kasut tersebut boleh lagi dipakai....
ReplyDeletewomen n shoe...lebih2 lagi pada hari yg istimewa mesti inginkan kelainan...