Followers

Saturday, June 30, 2012

Petua: Mengelakkan anak terkena 'demam kuning'...

Assalam ya semua....

Memandangkan usia kandungan kini sudah mencecah 7 bulan, makanya bonda pun mula mengeluarkan petua-petua....:)

Salah satunya ingin saya kongsikan disini, sebaik sahaja kandungan memasuki usia 7 bulan, kita ibu-ibu mengandung ni bolehlah mula mengamalkan minum air rendaman bunga saffron. Petua ni diamalkan untuk mengelakkan anak terkena demam kuning. Masa mula-mula tengok bungkusan yang bonda hulurkan, saya tergelak sebentar. Saiznya hanya sebesar tak sampai dua jari, di dalamnya mengandungi cebisan-cebisan halus bewarna kemerah-merahan. Nak tahu harganya berapa? 10 hinggit!!! . Yang perlu dilakukan hanya mengambil beberapa cebisan bunga saffron tersebut dan masukkan di dalam air, rendam seketika. Air akan bertukar kekuningan, dan kita hanya perlu minum. 




Rupanya bunga saffron begini sahaja... Cantikkan??? Yang menjadikannya tinggi nilai perubatan adalah terletak pada stigma bunga yang bewarna kemerah-merahan tu... Yang itu rupanya yang saya amalkan selama dua hari ini. Patutlah mahal sahaja harganya, jika sehari saya gunakan 12 stigma untuk minuman, saya memerlukan lebih kurang 4 kuntum bunga, sebab jika tak salah, sekuntum hanya ada 3 stigma sahaja...:)

Dipercayai khasiatnya sangat tinggi, antaranya melancarkan peredaran darah, menguatkan ingatan dan pelbagai lagi khasiat. Maka, ibu-ibu mengandung dijemputlah untuk turut mengamalkan ya... Jika dalam masyarakat india, saffron akan dicampur di dalam susu lembu (yang segar tu....), kemudian perlu diminum oleh ibu mengandung. Dipercayai dapat menjadikan anak dalam kandungan  cantik.....:)

1 comment:

  1. Safron memang byk khasia tapi tak boleh ambil berlebihan sekaligus. Saya ada safron gredA drpd iran. Sblm ni sy biasa beli safron biasa dr kedai di malaysia namun slps guna safron drpd iran, terasa perbezaannya. Harganya mmg lbh mahal tapi berbaloi. Boleh lihat di www.morha.my

    ReplyDelete