Followers

Thursday, June 27, 2013

Butang baju melayu berkotak baldu.....:)

 Salam semua..... 

Sekarang sudah hampir penghujung bulan Jun. Kedatangan Ramadhan itu kian hampir. Kebanyakan daripada kita yang sudah bekeluarga pastinya sudah mula mencongak-congak perbelanjaan untuk menyambut Syawal biarpun belum menunaikan ibadah puasa...:)

Jika orang lain sibuk memilih kain baju untuk dipakai suami dan anak-anak, kuih raya dan segala aneka kudapan untuk menghias meja tetamu, saya pula sibuk mengira stok, membuat inventori dan mencongak untung rugi.... Haishhh.... habis tu, bila lah nak beli segala kelengkapan??? Tak mengapa, kami sekeluarga ala kadar sahaja. Sekadar apa yang ada.... Stok terkini yang baru tiba tadi dah tentunya....:


Hehehe.....butang baju melayu jeee...... 

Cantik sangat tau butang baju melayu ni... Masa saya nak tag harga tadi, terjuling-juling mata saya. Setiap pek datang bersekali dengan kotak baldu. Saya jual murah-murah saja, sekotak RM20.00. Sesiapa yang berminat boleh bagitahu saya erk...:). Set ini, jika nak digunakan sebagai hantaran perkahwinan pun cantik. 


Stok yang mula melambak dirumah....

Haishhh...tak cukup tudung, saya ambil kerongsang. Sekarang ambil butang baju melayu pula, esok akan tiba set telekung pula..... Lama-lama En. Suami saya pun pening tengok isterinya kesana-sini. Hahahaha.... 

**sedap je dengar En. Suami mengeroh ketika ini...terasa seperti nak mengeroh sekali je....hukhukhuk

4 comments:

  1. cantikler butang baju melayu tuh fieda

    ReplyDelete
  2. ....cantik...beli banyak2 pastu yang lain lelong....En. Suami nak gunanya satu je...:)

    ReplyDelete
  3. Jual... tapi sekarang stok dah tinggal separuh. Rasa-rasa dalam 200 bijije lagi. Yang lain sudah dibeli orang. ingat nak habiskan stok sebelum bulan puasa, nak tumpu pada persiapan ramadhan dan syawal pula...:)

    ReplyDelete