Followers

Saturday, July 6, 2013

Luahan Rasa:Batu api sila jangan baca!!!

Hari ini mendung tapi panas.... Beerti langit itu kelam, tapi sepi tanpa bisikan angin. Hmmm....sesekali dah seperti wartawan membentangkan ramalan cuaca pula lagaknya....

Bonda saya selalu pesan, jika sayang seseorang, sayangi dia seadanya. Sebab nanti mungkin dia akan jadi orang yang paling kita benci. Itulah yang bonda akan ulang-ulang bila dia lihat saya rapat dengan sesiapa pun. Betullah tu.... bukan tak pernah terkena tetapi apa boleh buat, dah diri kita memang dilahirkan begitu. Bila baik dengan seseorang itu, kalau boleh apa yang dah masuk dalam perut pun sanggup luah bagi dekat dia. 

Dah dua kali saya terkena dalam hidup. Orang yang sama. Semalam memang saya rasa betul-betul 'down'! Saya menangis kerana saya sakit hati, apatah lagi bila orang yang sepatutnya menjadi tulang belakang saya tidak memahami apa yang saya rasa.Tapi hari ini saya lebih lega walaupun banyak parut yang melekat dalam hati. Saya sepatutnya jadi orang yang lebih pentingkan diri, belajar membodek untuk kebaikan diri. Biarlah saya jadi orang terbuang, apa yang saya boleh buat. Mungkin selama ini saya tak berusaha cukup keras. Sekarang saya tertanya-tanya dalam diri, perlukah saya terus berusaha atau seperi selalu lepaskan saja bila segalanya itu mula nampak kian terlucut dari genggaman saya....

Menjadi seorang manusia biasa memang tidak terlepas dari kesilapan, sebaiknya diperbetulkan. Apalah sangat hebatnya diri kita jika kita mengapi-apikan orang lain untuk membenci orang lain semata-mata kerana orang tersebut tidak memenuhi piawaian diri kita sendiri. Adakalanya kita perlu faham masalah orang sebelum kita hukum orang tu... Betul tak? Tak betul ke??? Sekarang saya benar-benar faham mengapa nasib dia sedemikian rupa, saya tak sanggup nak kata padan muka, walau itulah sepatutnya. Tetapi sehingga kini dia masih lagi alpa, selalu saja menjadi pisau yang menikam sesiapa sahaja yang tidak mengikut caranya....

**entahlah....aku tak memerlukan batu api untuk hangatkan sekeping hubungan yang terlalu rapuh ini.... Jika retak berderai, siapa punya angkara?? aku yang tidak cukup berusaha, atau kamu yang terlalu seronok menekan suasana?? 

***satu soalan masih berlegar dalam kepala:bila telah berkahwin, apakah masih wujud istilah menumpang, atau pun sepatutnya diistilahkan sebagai berkongsi??? 

Hatiku sudah begini rupanya.... Tiada erti lagi segala ubat di dunia!! (sumber gambar:internet)

Saya benci dia dan dia dan dia dan dia..... Tapi saya masih lagi bersyukur, saya masih waras dan disayangi bonda serta keluarga saya. Terima kasih mama!!!!!!!!!! 


2 comments:

  1. Sayangi seseorang kerana Allah.. insyaallah Allah akan menyayangi kita.

    Anggaplah inya ujian yer fieda, mengadulah pada Allah, insyaallah Dia akan luaskan Rahmat & RahimNya kepada kita... dan confirm tak kecewa :)

    Senyum sokmo k

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq....

      rasa sedih sangat bila orang yang dah makan garam dulu, tahu selok-belok kepayahan baru berumahtangga tetapi masih mengapi2kan suasana. Tapi, mama kita cakap....buat tak tahu je.... lama2 diamlah benda ni...hukhukhuk....sekarang dalam proses buat tak tahu... Moga dipermudahkan.....

      Delete