Okay....hari ini rasa macam okay sikit kesihatan ni.... Sebenarnya dah 2, 3 hari jugalah macam ni. So, tak banyaklah update di blog juga.....:). Hmm....sebab 'sharing is caring' maka di hari yang agak cerah ni saya akan berkongsi sikit cara untuk membuat Beg Bekas Botol Air. Kira pada ibu-ibu yang ada mesin jahit, ada banyak stok kain cotton yang lebih-lebih tu, hah....boleh la mencuba ya.....:). Saya kira ni cara yang paling mudah dan hasilnya agak ok lah juga kan......:)
Sebelum ini saya buatkan untuk puteri saya. Tgk sini. Kemudian adalah pula yang berkenan untuk menempah. Tapi kalau nak buat sendiri, hmm....tgklah cara-cara di bawah ini ya...:)
Sebelum ini saya buatkan untuk puteri saya. Tgk sini. Kemudian adalah pula yang berkenan untuk menempah. Tapi kalau nak buat sendiri, hmm....tgklah cara-cara di bawah ini ya...:)
Bahan-bahannya:
Sekeping Printed Cotton Corak A bersaiz 10" panjang x 8 1/2" tinggi
Sekeping Printed Cotton Corak B bersaiz 10" panjang x 8 1/2" tinggi (Sekiranya hendak menggunakan corak yang sama dengan A juga boleh)
Sekeping Printed Cotton Bercorak C bersaiz 10" panjang x 10" tinggi yang dilipat dua
2 Keping Printed Cotton Bercorak A dipotong bulat pada diameter 3 1/2"
*semuanya perlu sekurang-kurangnya dilebihkan 1/2" sebagai basi
Sekeping Batting bersaiz 10" x 8 1/2" (jika nak mudah ikut saja saiz kain bercorak A)
Sekeping Stabilizer berbentuk bulat ikut diameter 3 1/2"
Tali (panjang ikut sesedap rasa sajalahkan. Tali ni boleh dipelbagaikan, sebelum ini saya gunakan tali cotton yang siap dijual tapi kali ini saya gunakan bias tape saya untuk dijadikan tali)
Cara-caranya:
Mula-mula sila letakkan stabilizer di atas salah satu Fabrik A yang bercorak bulat. Pastikan bahagian yang bergam adalah menghadap bahagian salah fabrik tersebut dan kemudian seterika. Lapiskan fabrik berbentuk bulat satu lagi, pastikan bahagian yang betul adalah saling berhadapan di bahaguan dalam. Jahitkan di sekeliling stabilizer yang bercorak bulat tadi. Sila tinggalkan ruang kecil untuk tujuan membalikkan fabrik itu nanti. Bila sudah siap dijahit, balikkan dan jahit bahagian yang tidak dijahit tadi.
Bias tape ini boleh disediakan lebih awal atau sewaktu proses membuat. Bias tapi ini boleh dibuat menggunakan fabrik yang bersaiz 3.5mm lebar tetapi perlu menggunakan alat untuk membuat bias. Jika tiada, boleh beli dipasaran atau nak lebih mudah, gunakan saja cara tradisional.....jahit bahagian yang salah fabrik kemudian terbalikkan.....Panjang sila ikut kesesuai si pemakai. seperti saya, kena agak detail sikit untuk membuat tali sebab kadang-kadang tu tak dapat pastikan tinggi di pemakai. Maka kenalah letak slider untuk adjust tali beg tu nanti.
Lapiskan batting di bahgian salah Fabrik A dan perlu dibuat quilting (kena buat lah, jika tak buat memang tak kemas. Walau pun sikit dan kalau nak guna Free motion pun ok juga). Bila sudah siap, lapiskan Fabrik B dan Fabrik A dengan bahagian yang betul saling menghadap di bahagian dalam kemudian jahit sekeliling. Sila tinggalkan bahagian yang tidak berjahit sekurang-kurangnya bersaiz 2" untuk tujuan membalikkan fabrik itu nanti. Bila sudah siap dijahit, balikkan dan jahit bahagian yang tidak dijahit tadi.
Kedua-dua bahagian bawah (bulat) dan bahagian badan tadi yang telah siap dijahit dan dibalikkan hendaklah diseterika untuk mengemaskan bahagian tepi bahagian yang telah diterbalikkan.
Lipat dua bahagian badan tersebut dan mula menjahit untuk mencantumkan kedua hujung tepi serta pastikan jahitan adalah pada bahagian dalam badan beg.
Kemudian pinkan keseluruhan bahagian bawah yang berbentuk bulat di bahagian badan beg yang telah dicantumkan tadi dan jahit sekeliling. Ini pentingnya ukuran, jika tersalah ukuran, maknanya badan dan bahagian bawah beg ini tak samalah jadinya.
Fabrik C yang telah dilipat dua ini perlu dijahit pada bahagian yang salah, diterbalikkan mengikut proses yang sama seperti juga badan beg tadi. Setelah itu, lipat bahagian atas Fabrik C pada saiz 1" dan jahitkan. Bahagian tepi perlu dilipat 45 darjah untuk memastikan ada ruangan untuk tali dimasukkan. kemudian barulah dijahit untuk mencantumkan kedua sisi Fabrik C.
Terbalikkan Fabrik C dan masukkan ke dalam badan beg tadi. Pinkan tali (nampak tak fabrik yang terjulur keluar tuu...) dan mulakan menjahit di sekeliling.
Masukkan tali di bahagian Fabrik C yang telah dilipat tadi dan hiaskan...(ala2 buat kek lah juga ni..).
Sebab yang ini belum berpunya, tak adalah nama. Tapi nanti boleh juga nak buat nama guna felt dan jahitkan di bekas ini ya, seperti yang saya dah buat sebelum ini.
Ini model tetap Petals Patch yang siap menggayakan beg bekas air yang dah saya siapkan ini. Hmmm...dah pun siapkan satu Beg Bekas Air yang boleh dibuat untuk puteri tercinta, putera pun boleh apa. Dan jangan tak percaya, ayahanda saya pun minta dibuatkan satu tau. Cuma bila buatkan untuk lelaki ni, fabriknya janganlah fancy sangat pula kan....:)
Selain daripada itu, kalau nak buatkan hadiah pun boleh. Saya ada lagi tempahan berderet untuk bekas air ini....semua serupa saja nanti, cuma yang berbeza diperincian nama tu saja....:)... nanti saya upload ya....:)
tak ambil masa yang lama pun nak buat ni, kalau bahan semua sedia ada, satu jam boleh siap satu.....Selamat mencuba ya...:)
Selain daripada itu, kalau nak buatkan hadiah pun boleh. Saya ada lagi tempahan berderet untuk bekas air ini....semua serupa saja nanti, cuma yang berbeza diperincian nama tu saja....:)... nanti saya upload ya....:)
tak ambil masa yang lama pun nak buat ni, kalau bahan semua sedia ada, satu jam boleh siap satu.....Selamat mencuba ya...:)
comel model ni :) thanks for the tutorial !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecantik bekas air tu.. bagusnya buat tutorial.. bolehlah cuba satu hari nanti. saya nak buat tutorial tapi tak pandai nak explain.. :-)
ReplyDeletehaida:hehehe....dua jam juga lah mengarang ayat nih.....sebab nak bagi org paham macam mana kita paham.....tapi macam terbelit2 juga rasanya....tak pe....tak paham org boleh tanya kat email...:)...tapi tutorial ni ikut cara saya menjahit la....mungkin tak sama ngan org lain kan....ikut sedap je dalam erti kata lain...hehehe
ReplyDeletebest tutorial ni...nanti nak try gak.
ReplyDeletebias tape tu how to use?
just tekap kat kain je ke?
bias tape tu saya guna sebagai tali je....jadi saya lipat dua n jahitkan. kemudian baru masukkan antara 2 fabrik iaitu badan beg dan penutup bag bekas air tu n jahit.....(ni cara mudah saja...tak berapa kemas...tapi boleh la untuk cuba mula2...saya pun tgh improvekan diri....hehehe)
ReplyDelete