Followers

Sunday, December 4, 2011

Cerita Ombak Rindu.....:)


Siapa kat sini dah pergi tengok cerita OMBAK RINDU??? Sila angkat keyboard....:)

Hmm... dalam banyak-banyak kerja, dalam pening-pening kepala, dalam keletihan rasa macam tak boleh buka mata, masih juga semangat pergi tengok wayang. Bakal En. Awak telah dipaksa rela untuk datang dari jauh-jauh semata-mata kerana perlu melayan kerenah bakal isteri yang jiwang sangat.

Terus-terang saya katakan, cerita ni benar-benar menyentuh hati nurani saya sebagai seorang wanita. Kisahnya berkenaan seorang gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya, di beli oleh seorang lelaki untuk dijadikan perempuan simpanan. Gadis kampung tu Izzah lakonan Maya Karin. Lelaki tu hero pujaan malaya sekarang ni lah Aaron Aziz, dalam cerita ni dikenali sebagai Hariz. Izzah telah merayu agar Hariz mengahwininya agar mereka dapat bergaul dengan cara yang halal. Dan mereka pun berkahwin. Biasalah, rasa cinta pasti akan wujud lepas tu bila Izzah tu nampak sempurna dan membahagiakan. Tapi, kemudiannya Hariz perlu berkahwin mengikut kehendak keluarga pula. Calon isterinya adalah Mila lakonan Lisa Surihani. bagaimana akhirnya Hariz harus jua berkahwin dengan Mila sedangkan dalam hatinya sayang dan cintakan Izzah. Bagaimana emosi Izzah bila dia mula menyedari kasih yang wujud pada Hariz terlalu dalam. Bagaimana deritanya Izzah bila dipaksa berpisah, difitnah dan segala rahsia mula terbongkar selepas itu. Haisshh... stop dulu.... tak payah ceritalah...:)

Jika dilihatkan dari segi pemegang watak tu, rasanya Maya Karin kurang sesuai sebagai watak gadis kampung yang naif. Walaubagaimana pun, masih juga dia berjaya hidupkan watak tu dengan baik. Pendokong watak sokongan yang lain seperti Azizah Mahzan pun dilihat berjaya dan sesuai la sangat.....:)

Sebenarnyakan.. ramai yang kata cerita ini tidak digarap sebaik di dalam novel. Ya, mungkin betul. Cerita melayu selalunya terikat dengan durasi masa yang singkat. Oleh itu, banyak plot yang tertinggal atau kelihatan tergantung atau pun penjelasan yang samar. Tetapi bagi saya untuk cerita ni, plotnya masih tersusun dan pengarah banyak bermain dengan emosi dan sejujurnya sebagai wanita, hati saya memang tercuit, mudah pula mengalirkan airmata. Sebab cerita ini masih baru di panggung, saya pun tak mahu cerita-ceriti pasal cerita tu lagi. Biarlah orang-orang yang berminat memenuhi panggung je nanti. Tapi kan.... jika hendak menonton cerita ni, saya nasihatkan pergilah bersama rakan-rakan wanita. Barulah boleh bersup-sap dengan jayanya. Jika pergi dengan lelaki tu (samada En. Tunang atau En. Suami) pastikan individu tersebut punya jiwa romantis. Agar anda tidak diketawakan oleh mereka-mereka bila anda mula melelehkan airmata.

Serius, benda yang perlu di bawa sewaktu tengok cerita ni:

i) Teman yang amat memahami;
ii) Tisu yang sekotak.

'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah!'

**bila diri kita wanita, pernah pula lalui perit rasa seperti watak dalam cerita, sure airmata tu lagi mudah meleleh. Tapi, bakal En. Awak, siap boleh tido lagi! Sungguh tak romantik kan? Cheh! Tapi okaylah juga, dengan rela dia melayan segala kerenah saya hari ini termasuk over-over banjir dalam panggung...gheghegheghe

3 comments:

  1. I pun dah tengok... actually kan I bukan yang suka sangat tengok movie melayu ne.. but bila dah tengok iklan then search lagi kat internet pasal cereta ni.. hati terpikat dan apatah lagi mereka bernikah di awal cereta tu... sungguh mengesankan... I bawak e. suami pegi sama.. alhamdulillah dia suka sangat movie nie.. nak pegi tengok lagi!! higly recommended...

    ReplyDelete
  2. Hmmm...mesti en suami u romantika d'amor... En. Tunang I siap boleh tido lagi. Dia kata, apa barang la asyik dok nangis je kejenya.....hahahahaha

    ReplyDelete
  3. en suami ku layan la jugak gambo nie..nasib dia x gelak bila tgk cik puan disebelah dok layan perasaan..hehe...dia cakap cam biasa ja..

    ReplyDelete