biarlah waktu itu berlalu biarlah sunyi yang mengisi di celah-celah ruang itu kerana kata itu telah habis bahasa itu telah tiada aku buntu mengatur bicara antara kamu dan aku hanya ada noktah membarisi cerita
Seharian di rumah sahaja, memang berehat sakanlah dari segala aktiviti. Nak kemana pun tak dapat sebab aktiviti mengorek longkang aktif di depan rumah, bonda dok sibuk-sibuk jadi 'Engineer' tak bergaji. Maklumlah, dia risau jengkaut tu kaut sekali dengan pokok-pokok yang berderet depan rumah ni. Jadinya saya pun menghabiskan masa dengan rehat, menonton TV dan ber-FB dengan jayanya.
Eh, ingat lagi tak tak saya pernah buat entry pasal sepupu saya minta dibuatkan HP pouch untuk dia??? (tak ingat sila rujuk sini). Lepas tu kan tak jadi....hahahahahahha... Terkecil la pula. Maklumlah masa tu jiwa kacau bangat. Sekarang dah okay ke???? Okay lah, walau tak okay pun saya akan okaykan juga. Benda dah lepas dan berlalu. Sakit tu masih terasa tetapi kita kena ke depan kan??? Baru-baru ni bonda pulang ke kampung, sekali sepupu saya membuat penuntutan. Erk!!! Ingatkan dia tak nak lagi dah. Rupanya masih mahu...hehehehehehe. Maka hari ini saya buatkan ya.....
Saya gunakan fabrik linen bercorak polka dot warna biru. Saya suka fabrik ni sebenarnya. Walau pun nampak macam kusam, tapi entah la, saya suka. Untuk Tengok lebih lanjut mengenai pouch ni, sila la jengah ke galeri.
~ Ermmm....ada lagi tak sesiapa yang masih saya terlupa nak siapkan order sewaktu saya lupa daratan akibat patah hati hari tu???? Jika ada boleh buat penuntutan kat saya ye.... Dan insyaallah saya akan buatkan juga untuk dia, khas dan special lagi. Gheghegheghe....
Aku ini wanita biasa Bisa sakit luka karena cinta Dingin sepi kerap menyapa Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang Kadang ku rapuh lemah liar merana
Serius.... ini memang lawak. Saya jumpa ni masa bloghoping kat blog Cheqppjoy. Jadi saya pun kongsi jugalah disini. Sebelum ni memang pernah tengok iklan dari negara jiran. Kebanyakannya memang kreatif. Durasi iklan mereka biasa lebih panjang, sebab itu mereka mampu untuk jadi lebih kretif dan mesej dapat disampaikan dengan lebih lancar tanpa terburu-buru. Agaknya harga iklan komersil kat TV sana murah lagi kot???? Hmmm... ntah la....:)
Hmm... ini Part 1. Ketika si gadis rasa dia jatuh cinta dengan lelaki yang disangkakan telah ditakdirkan sebagai teman hidupnya. Hmm.... Tapi tengoklah pula lelaki, dah tentu nak sesuatu yang indah sahaja....
Part 2. Wanita sanggup berubah untuk seseorang lelaki yang dia mahukan, yang dia rasa dia cintai. Dan dia pun berubah.... Dan lelaki tu pun jatuh cinta... (see... lelaki memang kebendaan!bukan semua la....tetapi kebanyakan)
Part 3. Dan mereka pun bercinta. Bahagianya. Tetapi adakah lelaki itu benar-benar sayangkan dia? Tidak!!! Masa cantik indah, wangi...memanglah nak. Bila susah, nak kena belasah terus blah.... Cissss...
Part 4. Rupanya wanita itu silap. Bukan lelaki itu takdir teman hidupnya. Sebaliknya adalah kawan baik yang selama ini berada disisinya ketika susah atau senang. Ketika dia seorang yang comot dan tak tahu bersiap. Ketika dia langsung tak pernah ber-makeup. Itulah 'soulmate' dia sebenarnya....:)
Sweet kan?????
~saya pernah baca sekali, jika tak silap saya petua dari Dr. Fadzilah Kamsah. Katanya setiap orang ada jodoh masing-masing dan jodoh itu biasanya dekat dengan dirinya. Jarang sekali seseorang itu bertemu jodoh dengan orang yang jauh dengannya. Orang yang kita tak sangka itulah adakalanya jodoh untuk kita.
Iklan ini menghiburkan, mesej sampai dan ada pengajaran yang terselit kat situ...
Anak siapa yang kat rumah tak lesak???? Saya tak angkat tangan, sebab tuan puteri saya memang lesak bangat. Biarpun dengan skirt sekali pun dia memang lesak. Dia takkan ayu macam budak perempuan lain. Pernah dulu baju gaun yang berharga RM 90.00 yang baru saya beli, dan dipakai baru setengah hari dah pun koyak di lututnya. Sebab jatuh ketika berlari. Saya tengok je lah. Kesian ada kerana lutut luka, tapi marah pun ada, baju mahal tu....=(
Dua malam sudah si tuan puteri bertuah ni tidur dengan lesaknya. Akibatnya, orang tu pun jatuh katil. Maka lihatlah kecederaan di dahinya itu....hehehehehehe...
Tapi walau pun dia cedera, dia masih jua lesak. Jika orang tanya nama dia apa? Saya akan jawab, Nuriel Izzah Binti Rizal Sharil. Sebab dia memang anak Rizal Sharil dan gen Rizal Sharil memang banyak la turun kat tuan puteri ni. Habis segala dinding, segala benda ko nak panjat nak..... Adesss.... Pening la Tok Timah nanti mengenangkan cucunya bakal menawan Kinabalu dalam masa terdekat ni.....
See.... Wall Climbing tu.... Tiang masjid pun jadilah....
~ memang, mungkin ada benarnya. Adakalanya ia berkaitan salah ibu yang mengandung.
'Memang betul mama ada panjat Masjid Kapitan Keling ni nak masa pregnant dulu. Tapi masa tu mama kena tengok bumbung bocor nak. Lagi pun mama naik staging, tak do macam ko nak.... buat wall climbing cenggini....huhuhuhuhu'
Jadi, salah gen babahnya atau salah mamanya yang aktif masa pregnat???? kehkehkehkeh
Bersiaran di pagi hari dengan bunyi bising jentolak depan rumah. Adoiii.... maka payah la nak keluar masuk ruamh sebab memang hari ini kerja-kerja pengorekan longkang tu betul-betul depan rumah. Nasib baiklah pagi-pagi lagi dah siap ke pasar dan beli barang-barang untuk makan tengah hari.
Hari ini pagi-pagi lagi dah kena bangun sebab bonda bising suruh buat sarapan. Ye lah, asyik quaker oat je bonda makan, mesti dia pun jemu. Maka menu hari ini adalah:
Apa itu????? Ayam Bercendawan di dalam Tortila hehehehehhe.... Resipinya boleh dibuat ala-ala kebab ritu, cumanya kali ni letak dalam tortila gandum pula (hari itu letak dalam roti pita kan???). Tortila tu saya bakar dulu atas kuali leper... Tapi yang ini tak berapalah sangat dietnya sebab saya ada letak sedikit sos 'thousand island'.
Okay, yang bawah ni pula gambar dua-tiga hari sudah. Bawa bekal perhi kerja tau sekarang. Hehehehehehe... Menunya, sayur campur dengan wantan. Wantan tu rebus dulu dalam sup kemudian baru masukkan dalam sayur campur goreng tu. JIka nak bawa kuah-kuah ke tempah kerja ni kan payah le pula. Kang tertumpah. Yang satu set lagi tu saya gorengkan saja sebab boleh bagi orang lain makan. Gigih tau, pukul 5.30 pagi bangun mengerjakan wantan ni.... Gembira bonda pagi tu ada sarapan untuk dia...:)
p/s: Terdengar khabar tentang tanah runtuh di Hulu Langat dan mangsa yang tertimbus adalah daripada rumah anak yatim Batu 14. Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban.....
Wahh...bersiaran di pagi Sabtu yang dingin sebab hujan turun renyai-renyai. Okay, tak ada cerita apa yang best pun, cuma nak kongsi sikit ni mengenai movie yang sedang hangat di pasaran. Siapa dah pergi menonton NUR KASIH???? Saya yang angkat tangan, sebab saya dah pergi. Barisan pelakon yang sama seperti dalam drama bersiri dulu tu, cuma ada watak-watak baru seperti anak-anak Aidil dan juga watak ketika Nur, Adam dan Aidil dah tua serta lain-lain watak pendokong yang lain.
Bila orang katakan yang bila pergi menonton kena bawa tisu, saya kena akui di awal cerita memang plot ceritanya banyak yang menyentuh perasaan. Tentang kehilangan, kesunyian jiwa tu dapat kita selami terutamanya untuk manusia macam saya yang memang sensitif lagi sentap apatah lagi pernah berada dalam situasi yang sama. Kehilangan orang yang kita cintai. Masa ada flashback tu, dialog antara anak dan ayah (antara Aidil dan anaknya) tu memang betul-betul menyentuh hati. Tapi bila sampai dipertengahan cerita tu, saya mula lihat jalan ceritanya semakin mendatar. Terlalu banyak kebetulan dan logikanya tak dapat saya cari disitu. Betullah bila kita ni orang yang beriman, Allah akan sentiasa bantu, akan ada jalan penyelesaiannya, hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang akan terjadi untuk setiap hambanya, maka hambanya hanya perlu berusaha. Cuma cara ia disampaikan tidak terkesan bagi saya. Sebenarnya apa yang saya nampak adalah plot drama yang panjang di pendekkan ke dalam bentuk movie berdurasi 1 jam 34 minit. Jadi, banyak yang masih tergantung, terlalu banyak flashback yang menjadikan jalan cerita tidak lancar dan berkecamuk dan yang paling penting penamat cerita yang tidak lancar. Apa pun bagi saya movie arahan Khabir Bhatia ini cantik! Menampilkan barisan pelakon yang mantap dan berlatarbelakangkan panorama indah bumi Malaysia, Jordan dan Arab Saudi. Subhanallah...memang cantik. Cumanya saya masih katakan plot penceritaannya tergantung kerana terperangkap dalam tempoh yang terlalu pendek. Mungkin pengarah sendiri tidak mahu penonton berada terlalu lama di dalam panggung menonton movie ni....
Apa-apa pun, Lagu Tema untuk movie ni memang saya suka...haishhh...kalau jiwang tu jiwang jugalah....:)
~ Hmmmm....Datuk Rahim Razali sebagai Aidil di zaman tuanya tu macam tak sesuai. Suara latar pun menggunakan suara Datuk Rahim Razali juga, agaknya suara Datuk macam sesuai untuk cerita berunsur epik atau pun sebenarnya saya masih terkesan dengan Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi sesungguh, banyak pengajaran yang boleh diambil dari jalan cerita ini...unsur keagamaan, kekeluargaan dan segala yang positif ada tetapi itulah plot kisah yang panjang sepanjang hayat tu terlalu dipendekkan sehingga tergantung sebahagiannya, penonton kenalah pandai buat kesimpulan sendiri atau penelitian sendiri.
Lirik Bertemu Cinta – Mila (Ost Nur Kasih)
Tiada siapa menyangka Benci derita jadi bahagia Harapan tinggi jauh tak terduga Jarak cinta cuma di depan mata
Chorus Bertemu cinta kita akhirnya Setelah tangis tanpa suara Bertemu cinta bagai cahaya Menyuluh hati menjadi kasih sejati
Kita bagai ombak di lautan Terhempas pedih badai dugaan
Ulang Chorus
Lantaran kasihmu dan kasihku Tiada rahsia pemisah kata
Bertemu cinta di ambang syurga Mengutus doa biar menjadi anugerah Bertemu cinta indah sempurna Sedetik tidak hilang ragu dan percaya
Kamu serasi bersama???? Adoiii... Lately ni banyak juga fikir bab ni sebenarnya. Ada terbaca tau baru-baru ni tentang serasi bersama atau pun soulmate ni lah. Tapi cuba cari balik tak la pula jumpa kat mana. Kalau tak salah ada 8 tanda lebih kurang beginilah:
1) Kerjasama
Maksud kat sini lebih kurang beginilah, jika kamu dan si dia saling bantu membantu tidak kira samada dalam urusan yang paling remeh sehingga urusan yang paling payah, makanya hubungan itu dapat kekal berpanjangan. Kerana, ini petanda bahawa kamu dan si dia akan dapat bersama dalam mengharungi segala urusan, pahit-jerih hidup ini. Walau pun mungkin orang lain tidak dapat membantu, tetapi bila berkerjasama, segalanya dapat di atasi dengan lebih mudah. Hmmm...macam WONDERPET gitulah....:)
2) Kemampuan untuk bersahaja
Hah...yang ini macam mana erk??? Beginilah, jika kamu atau si dia asyik nak control cun atau control macho je... tanpa memperlihatkan cara hidup yang sebenar, sudah tentulah sesuatu hubungan tu tidak akan berjalan lancar. Mungkin juga tidak kekal, kerana pasangan akan merasa tipah tertipu. Makanya, kemampuan untuk bersahaja tu pentingkan? Bukan la bersahaja sampai tak kisah apa pun, tetapi sebagai contohnya cara ketawa; depan si dia ketawa pun hikhikhikhik je... Sekali belakang si dia, dengan kekawan, langsuir pun kalah. Sebenarnya, dalam erti kata lain, jadilah diri sendiri.
3) Deria saling tahu (naluri/batiniah)
Jika yang sana susah hati, yang sini akan terasa susah hati. Kadang-kadang tu, tak tahu kenapa pun, tapi rasa macam tak kena je. Lebih kurang gitu le. Ye lah, macam naluri tu saling berkaitan. Adakalanya, masing-masing dah dapat menduga reaksi masing-masing dan perasaan pasangan terutamanya dalam situasi tertentu.
4) Saling tenang dan saling memerlukan
Bila sama selalunya saling menenangkan. Maksudnya, bila ada dengan si dia, kita akan berasa selesa dan tidak tertekan. Adakalanya sehingga sehari suntuk pun kebosanan tu tidak terasa. Cuba bayangkan jika selalunya bila bersama kita merasa bosan, tertekan dengan sikap atau perangai yang bukan-bukan, kemudiannya kita terpaksa hidup dengan dia untuk sepanjang hayat selagi bernyawa. Tentu suasana bukan lagi bosan, sebaliknya ketegangan mula melanda.
5) Dia selalu ada dalam apa jua situasi
Dia ada dalam apa jua situasi. Selalunya susah senang bersama. Jika kamu dalam kesusahan, adakah dia orang pertama yang akan datang memberikan bantuan? Jika ya? Maka, mungkin dialah pasangan yang sesuai untuk kamu, yang serasi.
6) Boleh menerima diri kamu seadanya
Dia tak kisah dengan masa lalu, siapa keluarga kamu atau siapa bekas kekasih kamu. Tidak juga malu-malu menceritakan tentang masa lalunya, makanya beerti kamu dan dia saling serasi, saling mengenali dan saling menerima diri masing-masing.
7) Memperlihatkan kekurangan
Sebenarnya ini lebih kurang macam kemampuan untuk bersahaja juga. Jika tanpa rasa segan-silu kita mampu untuk mempamerkan wajah tak mandi di depan dia dan dia pula tidak kisah memandangnya. Atau pun tanpa ragu-ragu pergi berdating dengan baju bau peluh selepas bersukan, dan dia pun tidak kisah dengannya, maka apa lagi. Inilah yang dinamakan pasangan yang sesuai lagi serasi.
8) Memberitahu rahsia dan rasa selamat
Kamu dan dia boleh berkongsi rahsia. Atau pun tiada rahsia antara kamu.
Sebenarnyakan, sebut sahaja bab serasi bersama ni kan, bukan sahaja keserasian tu perlu wujud diantara pasangan yang bercinta/berumahtangga sahaja. Tetapi pasangan yang bekerja atau pun apa-apa kerja yang memerlukan hubungan lebih daripada seorang individu itu, serasi adalah penting. Cuba bayangkan jika si A dan si B ditugaskan untuk satu projek. Akan tetapi mereka saling berbeza pendapat mempunyai cara hidup yang berbeza. Mampukah tugasan itu diselesaikan? Mungkin mampu tetapi dengan penuh kepayahan dan konflik mungkin akan timbul.
Saya pernah seketika mengenali seorang lelaki dalam hidup. Sekejap sahaja. Memang saya sedaya upaya cuba untuk menerimanya. Jika dilihat dari segi taraf pendidikan, dah tentu saya lebih tinggi. Jika dilihat dari segi latar belakang keluarga, kami jauh berbeza. Jika dilihat dari segi kerjaya, mungkin saya lebih baik dan tetap. Akan tetapi, itu semua bukan menjadi masalah jika si dia adalah seorang yang jujur dan ikhlas serta rajin berusaha. Akan tetapi, yang menjadi masalah adalah bilamana si dia dan saya sebenarnya tidak serasi. Dia takkan faham bila saya marah atau berkecil hati. Dia tidak langsung mengerti bila saya rungsing atau perlu menyendiri. Bilamana tekanan ada dalam hidup saya, tanpa silu dia akan lebih mendesak dan menekan. Jika sekali deringan tidak berangkat, makanya pasti akan ada 30 miscall biar pun saya telah SMS; saya sedang ada kelas!!!. Atau; saya tak senang sekarang ni!!!!. Memang dia tidak mengerti sikap saya yang lebih mahu diam untuk seketika untuk membolehkan saya berfikir dalam nada yang lebih waras. Saya betul-betul tidak mampu untuk menerima keadaan itu. Tetapi ini cerita lalu, biarlah berlalu. Sekadar saya ceritakan disini untuk dijadikan contoh.
Adakalanya, apa yang kita perlukan dalam hidup? Seseorang yang mampu untuk menerima diri kita seadanya, bersama disisi dalam susah atau pun senang. Mampu membuat kita tersenyum walau sedang berduka. Cuba hayati lagu ni, lagu lama oleh group yang popular dari tanah seberang. Cuba hayati liriknya. Hanya ini sahaja yang kita mahu sebenarnya, seseorang yang benar-benar memahami kita disaat kita amat perlukan dan selebihnya, pasti kita takkan terlalu kisah:
Buat Aku Tersenyum - by SHEILA ON 7
Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring Di pelukanmu, walau untuk sejenak Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua
[Reff:] Bila ku lelah tetaplah disini, jangan tinggalkan aku sendiri Bila ku marah, biarkan ku bersandar, jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku
Kar’na engkaulah satu-satunya untukku, dan pastikan kita s’lalu bersama Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku, dalam susah ataupun senang
[Bridge:] Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku Dan mampukah engkau mempertahankan ku
[Reff]
~haishhh...jiwa kacau ke apa? Nape le fikir memacam je pulak. Apahal dengan serasi tak serasi ni? Entah lorrrr.... Tapi pasti, saya benar merasakan lelah dan mahu bersandar seketika. Apakah? Tapi mengapakah? Mungkinkah keserasian atau kimia(chemistry) itu wujud rentetan daripada keakraban yang mewujudkan rasa saling memerlukan, saling mempercayai, kemahuan untuk berkongsi dan saling mengambil tahu????
Hmmm... semalam saya dapat SMS dari kawan yang dah lama benar tak berjumpa. Maklumlah sekarang ni dia tinggal jauh nun di Putrajaya, mengikut En. Suami. Dulu, boleh dikatakan kami agak rapat, berkongsi suka-duka terutamanya yang berkaitan dengan kerja-kerja pejabat. Jika bekerja sehingga lewat malam sekali pun, dengan dia inilah. Rasanya sejak berpindah ke Putrajaya, sekali pun saya tak pernah lagi jumpa dengan dia. Sekarang tahu-tahu sahaja dah pun ada anak.
Okay, berbalik kepada SMS tu lah...bukan apa, dia menjemput saya ke kenduri di rumahnya hari ini. Ada kenduri sikit birthday anak saudaranya dan juga majlis cukur jambul gitu. Disebabkan saya tak pernah lagi jumpa dengan baby kawan saya ni, maka saya gagahkan diri buatkan something untuk dia. Tadi pagi saya kerja, balik kerja je terus menumpukan sepenuh perhatian membuat ni, nasib baik sempat. Apa saya buat??? Boleh tengok kat galeri. Hehehehehe
Entah la...sebab tak pernah tengok baby Amani ni kan...jadi tak dapat nak agak saiz kepala dia, harap sangatlah muat untuk baby nanti. Maaf la Amani, Aunty awak ni dah lama benar tak menjahit tau...Amani punya pasal, Aunty godek-godekkan jua. Harap sangatlah muat untuk kepala gonjengmu nanti ye......:)
Selamat hari wesak...kepada pembaca yang menyambutnya. Kepada yang tak menyambut pun, tumpang gembira di hari cuti lah kan. Okay.... ini satu lagi menu diet saya. Semenjak dua menjak ni, rajinlah pula saya ke dapur. Bukan kerana saya nak mengasah bakat terendam atau apa... tetapi sebenarnyakan, niat di hati tu nak menurunkan berat badan. Makanya, pemakanan harus dijaga gitu... Bila nak dijaga, macam-macamlah yang lazat di kedai tu saya hanya dapat lihat saja. Contohnya nak sarapan pagi. Apa pilihan yang saya ada setiap hari di kantin tempat kerja???
'akak, roti bakar kosong, telur separuh masak sebiji'.
Itu saja tau... Larat pula nak menelan itu je hari-hari? Jika di kedai yang berhadapan dengan pejabat tu pula, dah biasa dan cukup faham dengan menu saya. Bihun sup, tetapi bihunnya sikit sahaja. Lebihkan bahan yang lain. Di kedai lain pun sama juga, makan tengah hari, nasinya bukan separuh, tetapi suku. Tetapi di usia yang seperti saya ni, memanglah sukar nak turun dengan jayanya. Tetapi alhamdulillah, sekarang nampaklah juga hasil penyusutannya.
Okay, bila cerita bab sarapan pagi yang dah boring tu, saya pun buatlah kebab ni. Tukar selera sikit.
Bahan-bahannya: Roti pita (beli yang gandumlah, jangan pula yang bercheese segala bagai tu...), dan untuk intinya; isi ayam, lada benggala, cendawan butang, lobak merah, bawang besar.
Cara masak: Roti pita tu silalah bakar dalam oven atau pun atau kuali pun boleh. Bakar je tanpa minyak (kan sihat tu....kuikuikuikui). Sediakan kuali, masukkan sikit minyak zaiton. Masukkan ayam, sedikit kicap soya, cili sos, black pepper sos, kacau goreng kemudiannya masukkan cendawan.... Biarkan mereneh seketika. Kemudiannya baru masukkan lobak merah, kemudian lada benggala dan akhir sekali bawang. Taburkan garam dan sedikit gula dan siap. Taraaa...
Kemudiannya, silalah masukkan inti tu dalam roti pita tu, letakkan cili sos tambahan. Jika orang tak berdiet tu boleh je letakkan mayonis bagi lagi sedap. Jika nak sedap lagikan, gunalah daging burger tu hah.... memang lazat (tapi saya tak boleh, dah tak diet namanya tu...ini pun ayamnya seciput, sayurnya lebih yaa.....)
Siap untuk bawa bekal semalam. Saya dua, bonda dua..... Andai suka??? Silalah cuba. Saya masak simple-simple je. Jika sedap dan lazat sangat, memang tak jadi diet tu....hehehehehehehe. Rasanya taklah lazat sangat pun, tetapi boleh la ditelan selain dari quaker oat tu jee...hukhukhukhuk
Hari ini adalah hari bersama keluarga. Maklumlah semalam, sehari suntuk saya kerja tau. Dari pukul 10 pagi sampailah 7 malam. Ntah hapa-hapa je kerjanya. Masalah tak juga selesai dan bakal berlanjutan lagi seminggu agaknya. Alahai....terus pening lalat rasanya semalam.
Sebaik sahaja sampai rumah semalam, si Puteri Bertuah ajak pula makan di luar. Makanya, sebaik sahaja sampai ke rumah, saya pun jatuh pengsan, sampailah pagi tadi...... Tetapi hari ini adalah hari bersama si Tuan Puteri dan keluarga. Kira melayan dia je lah kerjanya. Aktiviti kami:
Saya bawa makan ke Puncak Mutiara lagi..... Tengok, kongsi ABC dengan atok.... besar, jenuh makan....
Yang ini adalah mengejutkan.... Order Ikan Stim Asam. Ingat saiz macam yang dekat kedai biasa-biasa tu, sekali datang, mak aiii.... besarnya.......
Sampai tersandar le saya nak mengabiskan.... Walau pun nasi hanya sejemput saya ambil tetapi... saya tetap tersandar...kuikuikui....
Bawa si Puteri Bertuah ke kedai ikan.....
Baru-baru ni, kolam bonda di sabotaj, habis semua ikan mati.... Menangis bonda hari tu..... Jadinya, tadi bonda mengangkut ikan sampai tak hingat nak balik.... Adesss......
Balik rumah, saya pun letih...lepas tu pengsan.... :)...untuk sekian kalinya...hehehehehehehe
Hari ini baru terasa bestnya dapat mengadap PC. Semalam saya kerja walau pun sepatutnya bercuti. Ye lahkan.... Banyak kerja tertunggak akhir-akhir ni. Jadinya hari cuti pun kerja jugalah. Tetapi hari ini saya mengambil kesempatan untuk bercuti sepenuhnya. At least ada masa skit untuk gaduh-gaduh ngan Nuriel kan....:)
Hari ini ada nak kongsi tentang satu kisah lawak dan menjadi rencah hidup orang single macam saya ni. Okay, sekadar nak berkongsi okay.... Begini kisahnya. Pada satu malam yang dingin, hujan turun dengan renyai-renyainya. Saya telah pun dilamun mimpi dan terjaga kembali (sebab tido awal sangat dan biji mata mula berjegil di lewat malam....). Tetiba sahaja, telefon bimbit saya berbunyi; toink, toink.
dia: Salam, hai
Lepas tu ada la 2,3 kali saya balas SMS tu. Tanyakan siapa yang empunya diri yang begitu berani meng-SMS di malam buta. Katanya;
dia: saya azam, nak berkenalan dengan awak. boleh tak?(lebih kurang cenggini le hayatnya...)
Saya malas melayan, jadi terus tanya kat mana dapat nombor telefon saya. Katanya dia menjumpai nombor telefon saya sewaktu dia hendak membuat panggilan di pondok telefon (kahkahkahkahkah...ini adalah alasan paling lapuk dalam zaman serba canggih yang pernah saya dengar....). Manalah ada orang zaman serba canggih ni tulis nombor saya kat kertas lepas tu sibuk-sibuk nak pergi buat panggilan kat pondok telefon pastu tertinggal kertas tu kat situ. Lawak tak alasan dia. Tapi yang tak berapa lawak, pada pukul 1 pagi kemudiannya dia call terus.... Waaaa.... kira menunjukkan dia adalah manusia yang memang wujud dan bersungguh la nak kenal saya kononnya.
Pada hari yang berikutnya dia diam. Tapi dua hari sudah dia SMS tengah malam dan di saat mata saya memang telah tutup, jangan haraplah saya nak balas. Esoknya ada SMS lagi, saya layan lah sekejap sebab memang nak tahu jugalah siapalah manusia yang nak aniaya saya ni????? Kemudiannya semalam saya tanya dia lagi kali ini betul-betul punya ayat. Minta alamat FB, dia tak nak bagi. Tapi dia suruh saya cari dia punya FB (gokusaiya) dengan gambar dragon ball la kononnya.... Terus saya tergelak. Adeehhh...budak lepas sekolah mana la plak ni. Tapi semalam masa kerahan pertanyaan tu, fakta dapat nombor telefon tu dah tukar pulak. kali ni kononnya member FB dia bagi nombor. Dia just SMS dan call dapat kat saya. Kira member tu la yang tipu dia. Dah kebetulan perempuan, dia pun naklah berkenalan... Ehem2... bestkan cerita dia....???? Tu yang lepas tu saya terus minta alamat FB, minta alamat email je sebenarnya, tak nak pula di beri. Sekali, pepagi tadi lagi saya dah on9, nak tengoklah budak sekolah manalah tengah ngorat saya ni....kehkehkehkeh... Sekali, korang tengok le ni....hahahahahaha:
Haishhhh...memang menguji keimanan betullah si mamat jebon nih!!! Kuikukuikuikui....
*Hmppfff...sebenarnya bukan nape saya beria nak tahu jua siap gerangan manusia yang meng-SMS tu. Bukan kerana saya ni gatal-gatal nak berkenalan sangat dengan si mamat yang mendakwa diri bernama azam tu yang mungkin jua hanyalah budak lepasan sekolah yang baru nak kering hingusnya. Akan tetapi kerana, nombor telefon saya yang di SMS sokmo tu adalah nombor telefon rasmi saya, iaitu ketika tugasan rasmi saya sahaja. Yang kadang-kadang sahaja saya gunakan untuk orang tidak rasmi, itupun saya pilih-pilih. Jadinya yang bermain di fikiran saya ketika ini adalah:
1) Haishhh...ni mesti ada orang pejabat yang saja nak aniaya aku ni??? 2) Tak pun, ntah2 kekasih si tuan kesatria pa buat main-main ngan aku nak suruh orang tu selidik-selidik pasal aku... 3) Tak pun, adalah si mamat tu kot yang nak main-main ngan haku le ni...konon2 sesaja nak kacau haku...
Haishhh...memang fikir buruk je pasal orang erk?? Tak baikkan? Tapi biar fikir negetif dulu dari asyik positif rupanya negetif. Dah la, sebelum tu pun ada yang call terus kononnya nak cakap ngan anak sedaralah.... Siap tanya nama lagi..... Apa ni korang....??? Wat lawak le tu...=(
Tak baik betulkan....!!!!???Pada En. yang mendakwa diri bernama Azam yang entah betul entahkan tidak, harap maaf la lepas ni... boleh blah je la..... kuikuikuikuikui....
.....hmm...pernah tak dalam seumur hidup korangkan, pandang seseorang yang kita kata berumur@tua dengan rasa nak tampo2 je????? Isk3..... (saya tahu....tak sepatutnya, saya kena hormat orang yang lebih tua, apatah lagi dia memang tua.....) Tapi!!! Yang ini, memanglah pandai sungguh bicaranya.... Kita cakap A, dia terus mau bagi A++++. Tapi akhirnya, hapa pun tarak!!!
Mau tau apa cerita??? Meh dengar ini cerita:
Alkisahnya begini, Si Pak Cik ni adalah seorang kontraktor yang telah ditawarkan kontrak untuk melaksanakan satu kerja tu. Masa awal-awal lagi sebelum dia ditawarkan lagi, saya dah pun panggil dia untuk terangkan tugas-tugas dan persediaan yang perlu dia buat sebelum kerja-kerja di tapak boleh dilaksanakan. Beria betul saya untuk memastikan projek ini berjalan dengan jayanya. Dari beberapa siri pertemuan tu, saya lihat dia memang tidak pernah gagal untuk mencatit. Kiranya, bila sudah dicatit, silalah buat, ye tak??? Tapi setiap kali dia datang lepas tu, hasilnya belum juga ada untuk dia buat seperti mana yang saya arahkan. Tapi bagi saya, mungkin masih ada masa, sebab itulah dia belum buat. Selain daripada tabiat mencatit ni, dia selalu juga menceritakan pengalaman-pengalaman dalam melaksanakan kerja yang seumpama dengan kerja yang ditawarkan. Dengan begitu besarnya...seolah-olah kerja ini hanyalah ' a piece of cake' gitu......
Pada suatu petang yang hening, saya telah membuat panggilan meminta agar satu dokumen diserahkan dengan kadar segera pada minggu ini iaitu hari ini. Dia bersetuju dan berjanji akan menghantarnya. Dokumen tu daripada awal-awal pertemuan telah pun saya minta disediakan. Lalu pagi-pagi tadi saya telah membuat panggilan dan lebih kurang beginilah perbualannya:
saya: En. XYZ, pukul berapa ya nak hantar dokumen tu kat saya, sebab saya nak kena tengok dulu sebelum serah kat bos...
dia: Puan, saya ni....(ngong,ngang,ngong, ngang...dok cerita pasai insurans tak boleh dapat lagi, nak tunggu insurans la kononnya...)....
saya: Tak...macam ni En. XYZ... Yang insurans apa semua tu, nanti ambil. Sekarang saya nak dokumen tu dulu sebab kita nak meeting dalam masa terdekat ni... saya kena baca dulu apa yang u propose....
dia: Tak, tak...puan, puan dengar cakap saya..... (bla, bla, bla.... dok cerita lagi pasal insurans tak boleh ambil......)..
saya: Okay...saya faham...sekarang ni saya nak dokumen tu dulu. U faham tak?
dia: Saya tau. Semua dah ada... nanti sat lagi after lunch saya pi hantaq kat puan... Puan tak payah risau. Saya tau apa yang saya buat. Saya pi cari u kat mana pun nanti untuk bagi dokumen tu... (hamboiiiiii.....)
............
Lepas lunch tu...maka dia pun sampailah di pejabat. Dengan muka sucinya. Saya pun duduklah dengan harapan yang menggunung. Dia pun mengeluarkan LA yang telah ditandatangani (yang dia janji nak hantar minggu lepas tapi tak hantar-hantar), Borang Pendaftaran Syarikat dan sekeping surat.
saya: Dokumen yang saya nak tu mana???!!!!!!
dia: Apa dia puan? Puan nak apa??? (sambil tangannya bersedia nak mencatit dokumen yang saya maksudkan!!!!!)
Masa itukan...saya memang rasa dia tu kecik je.... Tapikan saya senyum juga. Dalam hati, cuba menyingkirkan syaitan-syaitan yang dok bergayut di tangkai hati tu. Dah la dokumen tu tak bawa, ada hati lagi pula tu nak mencatit untuk sekian kalinya sedangkan sebelum ini dah pun dicatit. Hapa lagi yang dicatitnya???!!! Haishh..... Nasib baiklah dia orang tua yang memang betul-betul tua. Jika lebih kurang dengan umur saya, memang sebakul la makan sumpah-seranah saya tadi. Bukan hapa, dah la janji manis, cakap besar, acting lebih... hapa pun tarak....
Isk, isk, isk.... memanglah hangin betul saya pada hari ini. Dah la kerana dokumen tu bos moody. Kan tak pasal-pasal saya juga yang salah. Ni yang menyampah ni!!!!!!!!
Ayat dia sebelum balik:
dia: Tak pa puan, esok pagi-pagi sebelum pukul 8 saya mai hantaq dokumen tu kat pejabat...
Hokey.... saya nak tengok. Isk3.... Tapi tadi memang betul-betul geram je rasa...memang rasa nak tampo-tampo je waktu dia dok tulis-tulis hapa yang saya cakap suruh dia buat tu... Selama ni saya cakap dia catit juga, tapi nape tak buat???!!! Waaaa..... sakit hati.....
Salam Ahad ya semua.....Selamat Hari Ibu untuk pembaca-pembaca yang bergelar ibu, termasuklah diri saya sendiri...ghegheghegheghe....
Hmm....dah lama rasanya tak menulis. Sibuk bekerjalah katakan. Tapi tak lah sibuk macam Perdana Menteri yang kena pergi sampai ke stesyen radio bagai tu. Berhari-hari dirumah sewa, makanya bila balik ke rumah bonda tu banyaklah kerjaannya pula. Sambil-sambil mengerjakan apa yang patut sempatlah saya buat ayam 'grill' yang paling simple dalam abad ini...kehkehkehkeh....
Bahan-bahannya:
Ayam (dah tentulahkan...), minyak zaiton, kicap soya, black paper sauce, garam n gula, sedikit basil, halia+bawang besar+bawang putih (dipotong dadu, tapi halia tu jangan dadu le pulak...), sayur-sayuran (saya letak carrot, ubi kentang dan bunga kobis...).
Cara-caranya:
Masukkan dalam bekas, letakkan ayam...gaulkan semua.....yeahhh....senang je kan... pastu letak dalam bekas yang bersesuaian dan bakarlah di dalam oven pada selama lebih kurang 30minit. Taraaa....dah pun siap....
Dah siap tu, boleh la pindahkan letak dalam bekas lawa-lawa.... Hiaskan apa yang patutlah (saya malas nak hias sebab dah tak sempat), boleh dicicah dengan sos cili, sos lada hitam atau pun boleh buat sos lain... Apa yang sesuailah....:)
Guna minyak zaiton, dibakar je cam ni.... Boleh le orang yang diet ni nak makan....
Lepas makan tengah hari tu, saya pun siap-siap dengan kadar segera sebab ada dating dengan kawan di QBay. Nak tengok wayang kan.... Asalnya nak tengok cerita Thor, tapi dah penuh tinggal seat depan sekali je. Last sekali decide tengoklah cerita 'Red Riding Hood' ni. Kiranya tak lah terasa hampa bila tengok cerita ni. Berbaloilah juga dengan penat lelah beratur panjang, kemudiannya biasalah hari Sabtukan....
Okay...ceritanya lebih kurang gini le.... Pasal percintaan antara si Valerie dengan Peter si pemotong kayu dan mereka ni tinggal di kampung yang terpencil. Di kampung ni sering di serang oleh serigala jadian, jadinya setiap kali bulan mengambang, penduduk kampung akan mengorbankan ternakan terbaik mereka. Kira macam perjanjian gitu. Tetapi kali ni, serigala jadian tu dah mengorbankan manusia pula iaitu kakak Valerie ni lah. Bila dah jadi peristiwa tu, mulalah serigala jadian tu diburu. Masa itulah datangnya si Pemburu Serigala Jadian iaitu Father Solomon. Kononnya hendak membantu tetapi makin mewujudkan suasana yang runcing di situ. Cewahh....
Sebenarnya, cerita ni agak slow jugalah, tapi kemas jalan ceritanya. Tersusun rapi kata orang. Masa mula-mula tengok tu saya dah teka-teka siapa sebenarnya serigala jadian. Kejap-kejap tengok, nampak macam neneknya. Memang bukti-bukti banyak menjurus ke arah neneknya. Tetapi mungkin juga PETER, si kekasihnya. Mungkin juga lepas tu si HENRY, orang yang si Valerie terpaksa bertunang tu. Rupa-rupanya, memang tak disangka.... Hmmm... tu baru suspend betul. Hehehehehehehe....
Tapi saya suka jalan cerita, cara cerita tu diolah dan yang pasti dalam cerita tu pemandangannya memang cantiklah... Kira sesuailah dengan cerita dongeng cam tu.... Tapi lain orang lain taste kan.... Mungkin bagi sesetengah orang cerita ini agak berat pastu slow. Tapi yang agak kelakar kira yang last part tu lah.... boleh pula ye si Serigala Jadian jadi jinak erk???? Ye la, sebab serigala jadian tu asalnya manusia... so, nalurinya masih manusia... bila manusiawinya dapat mengimbangi kebinatangannya, maka jinaklah dia...baiklah dia....:)
Masa balik tu kan.... barulah saya perasan.... Aduhai..... Road tax keta dah arwah rupanya... hukhukhukhuk. Maka segeralah saya pulang tanpa berjalan-jalan ke sana-sini. Dah tu guna jalan yang paling kurang kemungkinan ada sekatan pula tu.
Tengok betul-betul; 4 Mei 2011 ye... semalam dah 7 Mei 2011. Nasib baik tak de sekatan, jika tidak mau menyengih saya kat situ..... alahaaiii....
Hmm....cuti-cuti Malaysia ye.... Kira diet pun cuti jugalah ye..... Maklumlah, bila dah ke tempat orang tu takkan nak mengada-ngada pulakan.. Itu tak nak, ini tak nak...itu tak mahu...ini tak mahu... Lagi pun, ikut je jadual orang. Makan pukul 9 malam, 9 malam le kita pun makan. Dah tak de istilah makan sebelum pukul 7 malam ke apa ke. Dah tu pula tu tengok apa benda yang saya makan masa pukul 9 malam tu????? Hukhukhukhukhuk.... sedih betul saya masa makan tu. Tapi saya nak makan jugalah sebab orang tu kata menu ni sedap.....
See..... Asam Pedas Pari Claypot Set. Set tu ngan nasi tau.... saya makan nasi??? Pada pukul 9 malam.... adoiiii.....
Bila dah makan, hmmm.... sedap tu sedaplah.... nasi tak habis juga...tapi separuh juga la.... Telur masin dia tak berapa masin sangat, ada sayur kubis ngan sambal belacan lagi.... Ringkas... tapi sesuai jugalah dengan tekak ni....:)
Makanya bila balik je rumah dah tak mo lagi dah, kembali la kepada menu-menu diet kami... 2 hidangan sayur, 1 lauk.... kalau boleh tak ada nasi ye..... Macam ini:
2 sayur 1 lauk....
Ini namanya tak tahu.... Saya hentam saja.... Sayur seperti bunga kobis, lada benggala dan lobak merah tu celur je... udang goreng tanpa minyak...kemudian gaul dengan dressing(campuran minyak zaiton+garam+gula skit+basil). Letak dalam bekas... letak le sikit thousand island tu buat rasa-rasa sedap.... kui2... makanlah kami dua beranak.... Dah puas makan sedap masa cuti-cuti.... makanya sekarang makan le menu simple-simple le pulak... hehehehehe... Tapi sedap juga... Betul.... Cuba la buat... Saya panggil ni 'Prawn Salad'-cewahhh...
Dah lama tak up-date kan..... Al-maklumlah, semenjak balik je dari cuti-cuti Malaysia hari tu, letih je badan ni. Mata pula asyik nak lelap je.... Nape ntah.... Selalu kalau keadaan macam ni terjadi ketika jiwa tengah kacau-bilau. Agaknya ada kacau-bilau tak???? Ada....hehehehehehe...pada siang hari sebelum keberangkatan tu. Adalah peristiwa sikit yang membuatkan segalanya jadi kacau-bilau seketika dan meleret-leret sehinggalah ke hari ini. Hehehehehe.......
Kami bertolak pada hari Jumaat tu sebenarnya, malam. Siang tu saya masih bekerja. Jadi, kalut betul rasanya. Dengan barang yang belum di masukkan dalam bag, dengan si Puteri Bertuah yang nakal tu lagi meragam-ragam.....adoiii..... Setelah bertungkus-lumus selamatlah juga kami bertolak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Al-maklumlah....kami ni pergi dengan rombongan, kenalah ikut jadual segala.
Sampai je kat Melaka Bumi Bersejarah tu dah pagi. Tempat persinggahan yang pertama untuk sembahyang dan mandi-manda adalah kawasan rehat Ayer Keroh. Mak aihhhhh....azabnya terasa sampai hari ini.... Ramainya manusia, bukan kata nak mandi.... nak buang air kecil pun beraturnya berjam-jam. Maka sudahnya, tidaklah mandi hamba Allah yang bertiga ini.... Si Puteri Bertuah dimandikan ala-ala kambing saja... Asal dia tak panas sangat nanti.... Kemudiannya pergi jejalan la kami-kami yang tak mandi ini serata bumi Melaka. Ke Pergi Hang TUah, Makam Hang Tuah dan ke hotel akhirnya. Tapi bilik tak siap lagi...maka kena pusing-pusing lagi. Kira masa tu dah rasa badan macam dah keluar asap dah.... pergi makan dan kemudiannya balik hotel. Cakap dalam hati; 'bilik siap ke, tak siap ke. Haku nak masuk jugak....'. Dan memang akhirnya saya masuk juga dengan bilik yang tak disiapkan sepenuhnya. Tanpa mandi, terus landing...selama 2 jam, hilang kesedaran diri.... (tak tidor semalam tau..... sebab duduk sebelah pembantu pemandu...yang sudah tentunya lelaki....)
Bangun je dari tido yang panjang, mandi-manda dengan bestnya dan barulah siap-siap untuk jejalan disekitar bandar. Hmm...layan je la gambar-gambar Tuan Puteri Bertuah berposing... macam comel....kehkehkehkeh:
Kat train....yang tak gerak-gerak pun....
Kat air pancut berdepan dengan deretan bangunan merah....
Seronok dia naik beca.....
Atas Menara Taming Sari.... Dia enjoy... Tok Timah tak berani tengok bawah pun.... dia terus pinar-pinar katanya...hahahahahhaha
Hah...di waktu ketibaan awal pagi yang kami semua tak mandi-mandi tu..... Tengah bodek nak beli juga harmonika buatan China....
Depan Masjid Terapung...
Kami...
Kami...
Saya...opsss....dengan ghupa tak mandi lagi...hahahahhahaha
Apa ambik2 gambo ni....Desyummmmm.... kena lastik ngan Tok Timah....
Tapi kan..... kalau dah dasar fabric crafter tu kan.... walau diri tu sibuk dan tak de masakan.... dia memang akan pantang jumpa..... dia tetap angkut juga semeter dua kain kat MITC Melaka ni..... Adoiii..... buat baju Puteri Bertuah nanti... hehehehehehhe
~tapi kan.... kesimpulan yang saya dapat dari percutian inilah..... Tak berbaloi sebenarnya... Perjalanan jauh sampai 8 jam gitu.... campur rehat semua 10-11 jam... stay kat sana 1 hari je... Pastu rushing nak balik dah.... mak aihhh...penat tau..... Lain kali, tak mo pegi Melaka ngan rombongan lagi dah.... Baik pegi sendiri-sendiri.... Saya nak pusing 8 jam kat dalam A Famosa ka... Nak pi tegok sunset ka.... Tak de sapa nak kisah... Tapi Bulan 9 ke Melaka lagi.... Rombongan juga...siap kena jadi AJK lagi.... adehhh.....