Followers

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie (Dah Tengok????)

Salam Sabtu.....

Wahh...bersiaran di pagi Sabtu yang dingin sebab hujan turun renyai-renyai. Okay, tak ada cerita apa yang best pun, cuma nak kongsi sikit ni mengenai movie yang sedang hangat di pasaran. Siapa dah pergi menonton NUR KASIH???? Saya yang angkat tangan, sebab saya dah pergi. Barisan pelakon yang sama seperti dalam drama bersiri dulu tu, cuma ada watak-watak baru seperti anak-anak Aidil dan juga watak ketika Nur, Adam dan Aidil dah tua serta lain-lain watak pendokong yang lain.

Bila orang katakan yang bila pergi menonton kena bawa tisu, saya kena akui di awal cerita memang plot ceritanya banyak yang menyentuh perasaan. Tentang kehilangan, kesunyian jiwa tu dapat kita selami terutamanya untuk manusia macam saya yang memang sensitif lagi sentap apatah lagi pernah berada dalam situasi yang sama. Kehilangan orang yang kita cintai. Masa ada flashback tu, dialog antara anak dan ayah (antara Aidil dan anaknya) tu memang betul-betul menyentuh hati. Tapi bila sampai dipertengahan cerita tu, saya mula lihat jalan ceritanya semakin mendatar. Terlalu banyak kebetulan dan logikanya tak dapat saya cari disitu. Betullah bila kita ni orang yang beriman, Allah akan sentiasa bantu, akan ada jalan penyelesaiannya, hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang akan terjadi untuk setiap hambanya, maka hambanya hanya perlu berusaha. Cuma cara ia disampaikan tidak terkesan bagi saya. Sebenarnya apa yang saya nampak adalah plot drama yang panjang di pendekkan ke dalam bentuk movie berdurasi 1 jam 34 minit. Jadi, banyak yang masih tergantung, terlalu banyak flashback yang menjadikan jalan cerita tidak lancar dan berkecamuk dan yang paling penting penamat cerita yang tidak lancar. Apa pun bagi saya movie arahan Khabir Bhatia ini cantik! Menampilkan barisan pelakon yang mantap dan berlatarbelakangkan panorama indah bumi Malaysia, Jordan dan Arab Saudi. Subhanallah...memang cantik. Cumanya saya masih katakan plot penceritaannya tergantung kerana terperangkap dalam tempoh yang terlalu pendek. Mungkin pengarah sendiri tidak mahu penonton berada terlalu lama di dalam panggung menonton movie ni....

Apa-apa pun, Lagu Tema untuk movie ni memang saya suka...haishhh...kalau jiwang tu jiwang jugalah....:)

~ Hmmmm....Datuk Rahim Razali sebagai Aidil di zaman tuanya tu macam tak sesuai. Suara latar pun menggunakan suara Datuk Rahim Razali juga, agaknya suara Datuk macam sesuai untuk cerita berunsur epik atau pun sebenarnya saya masih terkesan dengan Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi sesungguh, banyak pengajaran yang boleh diambil dari jalan cerita ini...unsur keagamaan, kekeluargaan dan segala yang positif ada tetapi itulah plot kisah yang panjang sepanjang hayat tu terlalu dipendekkan sehingga tergantung sebahagiannya, penonton kenalah pandai buat kesimpulan sendiri atau penelitian sendiri.



Lirik Bertemu Cinta – Mila (Ost Nur Kasih)

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Chorus
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Ulang Chorus

Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya


No comments:

Post a Comment