Followers

Monday, May 9, 2011

...entry hangin (tak baca pun tak pa-entry ini adalah tanpa gambar)

.....hmm...pernah tak dalam seumur hidup korangkan, pandang seseorang yang kita kata berumur@tua dengan rasa nak tampo2 je????? Isk3..... (saya tahu....tak sepatutnya, saya kena hormat orang yang lebih tua, apatah lagi dia memang tua.....) Tapi!!! Yang ini, memanglah pandai sungguh bicaranya.... Kita cakap A, dia terus mau bagi A++++. Tapi akhirnya, hapa pun tarak!!!

Mau tau apa cerita??? Meh dengar ini cerita:

Alkisahnya begini, Si Pak Cik ni adalah seorang kontraktor yang telah ditawarkan kontrak untuk melaksanakan satu kerja tu. Masa awal-awal lagi sebelum dia ditawarkan lagi, saya dah pun panggil dia untuk terangkan tugas-tugas dan persediaan yang perlu dia buat sebelum kerja-kerja di tapak boleh dilaksanakan. Beria betul saya untuk memastikan projek ini berjalan dengan jayanya. Dari beberapa siri pertemuan tu, saya lihat dia memang tidak pernah gagal untuk mencatit. Kiranya, bila sudah dicatit, silalah buat, ye tak??? Tapi setiap kali dia datang lepas tu, hasilnya belum juga ada untuk dia buat seperti mana yang saya arahkan. Tapi bagi saya, mungkin masih ada masa, sebab itulah dia belum buat. Selain daripada tabiat mencatit ni, dia selalu juga menceritakan pengalaman-pengalaman dalam melaksanakan kerja yang seumpama dengan kerja yang ditawarkan. Dengan begitu besarnya...seolah-olah kerja ini hanyalah ' a piece of cake' gitu......

Pada suatu petang yang hening, saya telah membuat panggilan meminta agar satu dokumen diserahkan dengan kadar segera pada minggu ini iaitu hari ini. Dia bersetuju dan berjanji akan menghantarnya. Dokumen tu daripada awal-awal pertemuan telah pun saya minta disediakan. Lalu pagi-pagi tadi saya telah membuat panggilan dan lebih kurang beginilah perbualannya:

saya: En. XYZ, pukul berapa ya nak hantar dokumen tu kat saya, sebab saya nak kena tengok dulu sebelum serah kat bos...

dia: Puan, saya ni....(ngong,ngang,ngong, ngang...dok cerita pasai insurans tak boleh dapat lagi, nak tunggu insurans la kononnya...)....

saya: Tak...macam ni En. XYZ... Yang insurans apa semua tu, nanti ambil. Sekarang saya nak dokumen tu dulu sebab kita nak meeting dalam masa terdekat ni... saya kena baca dulu apa yang u propose....

dia: Tak, tak...puan, puan dengar cakap saya..... (bla, bla, bla.... dok cerita lagi pasal insurans tak boleh ambil......)..

saya: Okay...saya faham...sekarang ni saya nak dokumen tu dulu. U faham tak?

dia: Saya tau. Semua dah ada... nanti sat lagi after lunch saya pi hantaq kat puan... Puan tak payah risau. Saya tau apa yang saya buat. Saya pi cari u kat mana pun nanti untuk bagi dokumen tu... (hamboiiiiii.....)

............

Lepas lunch tu...maka dia pun sampailah di pejabat. Dengan muka sucinya. Saya pun duduklah dengan harapan yang menggunung. Dia pun mengeluarkan LA yang telah ditandatangani (yang dia janji nak hantar minggu lepas tapi tak hantar-hantar), Borang Pendaftaran Syarikat dan sekeping surat.

saya: Dokumen yang saya nak tu mana???!!!!!!

dia: Apa dia puan? Puan nak apa??? (sambil tangannya bersedia nak mencatit dokumen yang saya maksudkan!!!!!)

Masa itukan...saya memang rasa dia tu kecik je.... Tapikan saya senyum juga. Dalam hati, cuba menyingkirkan syaitan-syaitan yang dok bergayut di tangkai hati tu. Dah la dokumen tu tak bawa, ada hati lagi pula tu nak mencatit untuk sekian kalinya sedangkan sebelum ini dah pun dicatit. Hapa lagi yang dicatitnya???!!! Haishh..... Nasib baiklah dia orang tua yang memang betul-betul tua. Jika lebih kurang dengan umur saya, memang sebakul la makan sumpah-seranah saya tadi. Bukan hapa, dah la janji manis, cakap besar, acting lebih... hapa pun tarak....

Isk, isk, isk.... memanglah hangin betul saya pada hari ini. Dah la kerana dokumen tu bos moody. Kan tak pasal-pasal saya juga yang salah. Ni yang menyampah ni!!!!!!!!

Ayat dia sebelum balik:

dia: Tak pa puan, esok pagi-pagi sebelum pukul 8 saya mai hantaq dokumen tu kat pejabat...

Hokey.... saya nak tengok. Isk3.... Tapi tadi memang betul-betul geram je rasa...memang rasa nak tampo-tampo je waktu dia dok tulis-tulis hapa yang saya cakap suruh dia buat tu... Selama ni saya cakap dia catit juga, tapi nape tak buat???!!! Waaaa..... sakit hati.....

5 comments:

  1. Sakit jiwa gini.. Buku catit tu salunya buku yg sama ke? Kot-kot la buku sokmo bertukar sbb tu dia x perasan dh catit duluu

    ReplyDelete
  2. ...kadang2 kat buku...tapi hari yang hangin tu dia tibai kat kertas je.dah tak sempat nak keluarkan buku gamaknya. yang hangin lagi.... datang pukul 8 tu pun bendanya 2x 5 dan sampai rini hasil tarak....adehhhhhh

    ReplyDelete
  3. kadang2 buku yang sama je....tapi yang hari hangin sangat tu kat kertas je dia sempat tibai catit....sampai hari ni...hapa pun tarak....hampeh!!

    ReplyDelete
  4. orang tua yang.. mmg gitulah romannya..
    kita yang muda ni kena la banyak sabar.
    eh muda ke akak nie? heee..

    ReplyDelete
  5. ....hukhukhukhuk, umo kita sama je rasanya.... si pak cik ni mmg dah tua... tak check plak umo dia berapa.... tapi yang pastinya, sesekali, cuba tenangkan jiwa, dengarlah jua cakap anak2 sungguh pun ko tu makan garam lebih. Ni anak nak cita ni, kena buat gitu, kena buat gini....sekali tak mo dengar kata... surat bertulis terpaksa ku berkan...kuikuikui

    ReplyDelete