Followers

Saturday, May 14, 2011

Ni ada cerita pasal AZAM (iaitu seorang manusia)

Salam pagi Ahad.....

Hari ini baru terasa bestnya dapat mengadap PC. Semalam saya kerja walau pun sepatutnya bercuti. Ye lahkan.... Banyak kerja tertunggak akhir-akhir ni. Jadinya hari cuti pun kerja jugalah. Tetapi hari ini saya mengambil kesempatan untuk bercuti sepenuhnya. At least ada masa skit untuk gaduh-gaduh ngan Nuriel kan....:)

Hari ini ada nak kongsi tentang satu kisah lawak dan menjadi rencah hidup orang single macam saya ni. Okay, sekadar nak berkongsi okay.... Begini kisahnya. Pada satu malam yang dingin, hujan turun dengan renyai-renyainya. Saya telah pun dilamun mimpi dan terjaga kembali (sebab tido awal sangat dan biji mata mula berjegil di lewat malam....). Tetiba sahaja, telefon bimbit saya berbunyi; toink, toink.

dia: Salam, hai

Lepas tu ada la 2,3 kali saya balas SMS tu. Tanyakan siapa yang empunya diri yang begitu berani meng-SMS di malam buta. Katanya;

dia: saya azam, nak berkenalan dengan awak. boleh tak? (lebih kurang cenggini le hayatnya...)

Saya malas melayan, jadi terus tanya kat mana dapat nombor telefon saya. Katanya dia menjumpai nombor telefon saya sewaktu dia hendak membuat panggilan di pondok telefon (kahkahkahkahkah...ini adalah alasan paling lapuk dalam zaman serba canggih yang pernah saya dengar....). Manalah ada orang zaman serba canggih ni tulis nombor saya kat kertas lepas tu sibuk-sibuk nak pergi buat panggilan kat pondok telefon pastu tertinggal kertas tu kat situ. Lawak tak alasan dia. Tapi yang tak berapa lawak, pada pukul 1 pagi kemudiannya dia call terus.... Waaaa.... kira menunjukkan dia adalah manusia yang memang wujud dan bersungguh la nak kenal saya kononnya.

Pada hari yang berikutnya dia diam. Tapi dua hari sudah dia SMS tengah malam dan di saat mata saya memang telah tutup, jangan haraplah saya nak balas. Esoknya ada SMS lagi, saya layan lah sekejap sebab memang nak tahu jugalah siapalah manusia yang nak aniaya saya ni????? Kemudiannya semalam saya tanya dia lagi kali ini betul-betul punya ayat. Minta alamat FB, dia tak nak bagi. Tapi dia suruh saya cari dia punya FB (gokusaiya) dengan gambar dragon ball la kononnya.... Terus saya tergelak. Adeehhh...budak lepas sekolah mana la plak ni. Tapi semalam masa kerahan pertanyaan tu, fakta dapat nombor telefon tu dah tukar pulak. kali ni kononnya member FB dia bagi nombor. Dia just SMS dan call dapat kat saya. Kira member tu la yang tipu dia. Dah kebetulan perempuan, dia pun naklah berkenalan... Ehem2... bestkan cerita dia....???? Tu yang lepas tu saya terus minta alamat FB, minta alamat email je sebenarnya, tak nak pula di beri. Sekali, pepagi tadi lagi saya dah on9, nak tengoklah budak sekolah manalah tengah ngorat saya ni....kehkehkehkeh... Sekali, korang tengok le ni....hahahahahaha:




Haishhhh...memang menguji keimanan betullah si mamat jebon nih!!! Kuikukuikuikui....

*Hmppfff...sebenarnya bukan nape saya beria nak tahu jua siap gerangan manusia yang meng-SMS tu. Bukan kerana saya ni gatal-gatal nak berkenalan sangat dengan si mamat yang mendakwa diri bernama azam tu yang mungkin jua hanyalah budak lepasan sekolah yang baru nak kering hingusnya. Akan tetapi kerana, nombor telefon saya yang di SMS sokmo tu adalah nombor telefon rasmi saya, iaitu ketika tugasan rasmi saya sahaja. Yang kadang-kadang sahaja saya gunakan untuk orang tidak rasmi, itupun saya pilih-pilih. Jadinya yang bermain di fikiran saya ketika ini adalah:

1) Haishhh...ni mesti ada orang pejabat yang saja nak aniaya aku ni???
2) Tak pun, ntah2 kekasih si tuan kesatria pa buat main-main ngan aku nak suruh orang tu selidik-selidik pasal aku...
3) Tak pun, adalah si mamat tu kot yang nak main-main ngan haku le ni...konon2 sesaja nak kacau haku...

Haishhh...memang fikir buruk je pasal orang erk?? Tak baikkan? Tapi biar fikir negetif dulu dari asyik positif rupanya negetif. Dah la, sebelum tu pun ada yang call terus kononnya nak cakap ngan anak sedaralah.... Siap tanya nama lagi..... Apa ni korang....??? Wat lawak le tu...=(


Tak baik betulkan....!!!!??? Pada En. yang mendakwa diri bernama Azam yang entah betul entahkan tidak, harap maaf la lepas ni... boleh blah je la..... kuikuikuikuikui....

No comments:

Post a Comment