Kamu serasi bersama???? Adoiii... Lately ni banyak juga fikir bab ni sebenarnya. Ada terbaca tau baru-baru ni tentang serasi bersama atau pun soulmate ni lah. Tapi cuba cari balik tak la pula jumpa kat mana. Kalau tak salah ada 8 tanda lebih kurang beginilah:
1) Kerjasama
Maksud kat sini lebih kurang beginilah, jika kamu dan si dia saling bantu membantu tidak kira samada dalam urusan yang paling remeh sehingga urusan yang paling payah, makanya hubungan itu dapat kekal berpanjangan. Kerana, ini petanda bahawa kamu dan si dia akan dapat bersama dalam mengharungi segala urusan, pahit-jerih hidup ini. Walau pun mungkin orang lain tidak dapat membantu, tetapi bila berkerjasama, segalanya dapat di atasi dengan lebih mudah. Hmmm...macam WONDERPET gitulah....:)
2) Kemampuan untuk bersahaja
Hah...yang ini macam mana erk??? Beginilah, jika kamu atau si dia asyik nak control cun atau control macho je... tanpa memperlihatkan cara hidup yang sebenar, sudah tentulah sesuatu hubungan tu tidak akan berjalan lancar. Mungkin juga tidak kekal, kerana pasangan akan merasa tipah tertipu. Makanya, kemampuan untuk bersahaja tu pentingkan? Bukan la bersahaja sampai tak kisah apa pun, tetapi sebagai contohnya cara ketawa; depan si dia ketawa pun hikhikhikhik je... Sekali belakang si dia, dengan kekawan, langsuir pun kalah. Sebenarnya, dalam erti kata lain, jadilah diri sendiri.
3) Deria saling tahu (naluri/batiniah)
Jika yang sana susah hati, yang sini akan terasa susah hati. Kadang-kadang tu, tak tahu kenapa pun, tapi rasa macam tak kena je. Lebih kurang gitu le. Ye lah, macam naluri tu saling berkaitan. Adakalanya, masing-masing dah dapat menduga reaksi masing-masing dan perasaan pasangan terutamanya dalam situasi tertentu.
4) Saling tenang dan saling memerlukan
Bila sama selalunya saling menenangkan. Maksudnya, bila ada dengan si dia, kita akan berasa selesa dan tidak tertekan. Adakalanya sehingga sehari suntuk pun kebosanan tu tidak terasa. Cuba bayangkan jika selalunya bila bersama kita merasa bosan, tertekan dengan sikap atau perangai yang bukan-bukan, kemudiannya kita terpaksa hidup dengan dia untuk sepanjang hayat selagi bernyawa. Tentu suasana bukan lagi bosan, sebaliknya ketegangan mula melanda.
5) Dia selalu ada dalam apa jua situasi
Dia ada dalam apa jua situasi. Selalunya susah senang bersama. Jika kamu dalam kesusahan, adakah dia orang pertama yang akan datang memberikan bantuan? Jika ya? Maka, mungkin dialah pasangan yang sesuai untuk kamu, yang serasi.
6) Boleh menerima diri kamu seadanya
Dia tak kisah dengan masa lalu, siapa keluarga kamu atau siapa bekas kekasih kamu. Tidak juga malu-malu menceritakan tentang masa lalunya, makanya beerti kamu dan dia saling serasi, saling mengenali dan saling menerima diri masing-masing.
7) Memperlihatkan kekurangan
Sebenarnya ini lebih kurang macam kemampuan untuk bersahaja juga. Jika tanpa rasa segan-silu kita mampu untuk mempamerkan wajah tak mandi di depan dia dan dia pula tidak kisah memandangnya. Atau pun tanpa ragu-ragu pergi berdating dengan baju bau peluh selepas bersukan, dan dia pun tidak kisah dengannya, maka apa lagi. Inilah yang dinamakan pasangan yang sesuai lagi serasi.
8) Memberitahu rahsia dan rasa selamat
Kamu dan dia boleh berkongsi rahsia. Atau pun tiada rahsia antara kamu.
Sebenarnyakan, sebut sahaja bab serasi bersama ni kan, bukan sahaja keserasian tu perlu wujud diantara pasangan yang bercinta/berumahtangga sahaja. Tetapi pasangan yang bekerja atau pun apa-apa kerja yang memerlukan hubungan lebih daripada seorang individu itu, serasi adalah penting. Cuba bayangkan jika si A dan si B ditugaskan untuk satu projek. Akan tetapi mereka saling berbeza pendapat mempunyai cara hidup yang berbeza. Mampukah tugasan itu diselesaikan? Mungkin mampu tetapi dengan penuh kepayahan dan konflik mungkin akan timbul.
Saya pernah seketika mengenali seorang lelaki dalam hidup. Sekejap sahaja. Memang saya sedaya upaya cuba untuk menerimanya. Jika dilihat dari segi taraf pendidikan, dah tentu saya lebih tinggi. Jika dilihat dari segi latar belakang keluarga, kami jauh berbeza. Jika dilihat dari segi kerjaya, mungkin saya lebih baik dan tetap. Akan tetapi, itu semua bukan menjadi masalah jika si dia adalah seorang yang jujur dan ikhlas serta rajin berusaha. Akan tetapi, yang menjadi masalah adalah bilamana si dia dan saya sebenarnya tidak serasi. Dia takkan faham bila saya marah atau berkecil hati. Dia tidak langsung mengerti bila saya rungsing atau perlu menyendiri. Bilamana tekanan ada dalam hidup saya, tanpa silu dia akan lebih mendesak dan menekan. Jika sekali deringan tidak berangkat, makanya pasti akan ada 30 miscall biar pun saya telah SMS; saya sedang ada kelas!!!. Atau; saya tak senang sekarang ni!!!!. Memang dia tidak mengerti sikap saya yang lebih mahu diam untuk seketika untuk membolehkan saya berfikir dalam nada yang lebih waras. Saya betul-betul tidak mampu untuk menerima keadaan itu. Tetapi ini cerita lalu, biarlah berlalu. Sekadar saya ceritakan disini untuk dijadikan contoh.
Adakalanya, apa yang kita perlukan dalam hidup? Seseorang yang mampu untuk menerima diri kita seadanya, bersama disisi dalam susah atau pun senang. Mampu membuat kita tersenyum walau sedang berduka. Cuba hayati lagu ni, lagu lama oleh group yang popular dari tanah seberang. Cuba hayati liriknya. Hanya ini sahaja yang kita mahu sebenarnya, seseorang yang benar-benar memahami kita disaat kita amat perlukan dan selebihnya, pasti kita takkan terlalu kisah:

Buat Aku Tersenyum - by SHEILA ON 7
Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan ‘kan ku katakan semua
[Reff:]
Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun ‘tuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku
Kar’na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s’lalu bersama
Kar’na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang
[Bridge:]
Dapatkah engkau s’lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku
[Reff]
~haishhh...jiwa kacau ke apa? Nape le fikir memacam je pulak. Apahal dengan serasi tak serasi ni? Entah lorrrr.... Tapi pasti, saya benar merasakan lelah dan mahu bersandar seketika. Apakah? Tapi mengapakah? Mungkinkah keserasian atau kimia(chemistry) itu wujud rentetan daripada keakraban yang mewujudkan rasa saling memerlukan, saling mempercayai, kemahuan untuk berkongsi dan saling mengambil tahu????
No comments:
Post a Comment