Seharian di rumah sahaja, memang berehat sakanlah dari segala aktiviti. Nak kemana pun tak dapat sebab aktiviti mengorek longkang aktif di depan rumah, bonda dok sibuk-sibuk jadi 'Engineer' tak bergaji. Maklumlah, dia risau jengkaut tu kaut sekali dengan pokok-pokok yang berderet depan rumah ni. Jadinya saya pun menghabiskan masa dengan rehat, menonton TV dan ber-FB dengan jayanya.
Eh, ingat lagi tak tak saya pernah buat entry pasal sepupu saya minta dibuatkan HP pouch untuk dia??? (tak ingat sila rujuk sini). Lepas tu kan tak jadi....hahahahahahha... Terkecil la pula. Maklumlah masa tu jiwa kacau bangat. Sekarang dah okay ke???? Okay lah, walau tak okay pun saya akan okaykan juga. Benda dah lepas dan berlalu. Sakit tu masih terasa tetapi kita kena ke depan kan??? Baru-baru ni bonda pulang ke kampung, sekali sepupu saya membuat penuntutan. Erk!!! Ingatkan dia tak nak lagi dah. Rupanya masih mahu...hehehehehehe. Maka hari ini saya buatkan ya.....

Saya gunakan fabrik linen bercorak polka dot warna biru. Saya suka fabrik ni sebenarnya. Walau pun nampak macam kusam, tapi entah la, saya suka. Untuk Tengok lebih lanjut mengenai pouch ni, sila la jengah ke galeri.
~ Ermmm....ada lagi tak sesiapa yang masih saya terlupa nak siapkan order sewaktu saya lupa daratan akibat patah hati hari tu???? Jika ada boleh buat penuntutan kat saya ye.... Dan insyaallah saya akan buatkan juga untuk dia, khas dan special lagi. Gheghegheghe....
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
No comments:
Post a Comment