Followers

Tuesday, May 17, 2011

Something untuk baby Amani...:)

Hmmm... semalam saya dapat SMS dari kawan yang dah lama benar tak berjumpa. Maklumlah sekarang ni dia tinggal jauh nun di Putrajaya, mengikut En. Suami. Dulu, boleh dikatakan kami agak rapat, berkongsi suka-duka terutamanya yang berkaitan dengan kerja-kerja pejabat. Jika bekerja sehingga lewat malam sekali pun, dengan dia inilah. Rasanya sejak berpindah ke Putrajaya, sekali pun saya tak pernah lagi jumpa dengan dia. Sekarang tahu-tahu sahaja dah pun ada anak.

Okay, berbalik kepada SMS tu lah...bukan apa, dia menjemput saya ke kenduri di rumahnya hari ini. Ada kenduri sikit birthday anak saudaranya dan juga majlis cukur jambul gitu. Disebabkan saya tak pernah lagi jumpa dengan baby kawan saya ni, maka saya gagahkan diri buatkan something untuk dia. Tadi pagi saya kerja, balik kerja je terus menumpukan sepenuh perhatian membuat ni, nasib baik sempat. Apa saya buat??? Boleh tengok kat galeri. Hehehehehe


Entah la...sebab tak pernah tengok baby Amani ni kan...jadi tak dapat nak agak saiz kepala dia, harap sangatlah muat untuk baby nanti. Maaf la Amani, Aunty awak ni dah lama benar tak menjahit tau...Amani punya pasal, Aunty godek-godekkan jua. Harap sangatlah muat untuk kepala gonjengmu nanti ye......:)

No comments:

Post a Comment