Followers

Friday, June 24, 2011

RENUNGAN:POLITIK PEJABAT

Salam Sabtu ya semua.......

Dah lama rasanya tak buat sebarang entry. Sebabnya: Saya sangat sibuk dengan kerja rasmi dan tak rasmi....:). Kerja memang menimbun, kerja secara berterusan selama 7 tahun tanpa henti 24 jam, 7 hari seminggu pun pasti takkan habis. Dah namapun kerja, dan hakikat kerja adalah kerja takkan pernah habis. Mengimbangi antara kerjaya dan hidup nyata memang payah. Tetapi kita haruslah cuba yang terbaik, kerana kerja adalah kerja. Namun diluar sana, banyak lagi yang menanti kita, keluarga, sahabat, masa hadapan dan segalanya yang berkaitan dengan hidup kita. Maka hari ini saya sekadar mahu berkongsi tentang kisah politik pejabat yang tidak pernah lari dari diari harian semua orang.

Sebagai seorang pekerja yang datang kerja dan pulang kerja dengan dengan niat untuk bekerja, pasti akan merasa sangat hampa bila dirinya dilimpahkan dengan kata-kata yang berunsur penghinaan dan ugutan dari majikan (tanpa sebab musabab yang logik). Sejujurnya sebagai pekerja yang bekerja di dalam satu organisasi baik kecil mahupun besar, haruslah sentiasa sedar bahawa politik pejabat sentiasa wujud. Politik ini dimana-mana sahaja wujud. Politik, bila digunakan untuk jalan yang elok, suci dan murni, maka moleklah hasilnya. Jika digunakan pun untuk jalan yang salah dan berniat menjatuhkan, maka runtuhlah semua. Bilamana ada pekerja yang tidak bijak berpolitik, dialah yang selalunya akan menjadi mangsa dan ditindas.

Sesekali cuba renungkan sebentar kenyataan ini:

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Bila kita renungkan semula semua itu, pasti kita akan terfikir balik; mungkin selama ini, kita selalu membuat kesilapan bukan? Sebagai manusia, mana ada yang sempurna. Sesekali pasti ada yang silap dan tersasar. Makanya sebagai rakan-rakan yang bekerjasama dalam satu organisasi yang sama, seharusnya saling menyokong, bukannya saling memijak dan menjatuhkan. Akan tetapi, bila difikirkan semula, begitulah hakikatnya politik pejabat, siapa bijak, maka dialah yang berjaya.

Sebenarnya, tujuan utama kita bekerja adalah untuk mendapatkan timbal baliknya iaitu GAJI. Disamping itu untuk kita tingkatkan nilai kendiri yang ada dalam diri kita. Oleh itu, tidak perlu untuk berpolitik yang bertujuan untuk menjatuhkan rakan-rakan yang lain. Bila sahaja merasakan diri kita bijak menggunakan peluang dan mencari ruang bagi menjatuhkan rakan yang lain, adakah kita terfikir bahawa satu hari dalam hidup kita situasi yang sama akan berlaku pada kita, bilamana kita pula yang ditekan kedalam jurang yang pernah kita ciptakan. Hakikat hidup begitulah, mana pernah manusia ini sentiasa baik nasibnya, sesekali akan diuji juga. Cumanya bila kita tak pernah berniat menganiayai, kita akan merasakan nasib buruk itu sebagai ujian dan redha. Akan tetapi bila kita selalunya berniat buruk dengan orang maka nasib buruk itu akan jadi seumpama balasan dan mula menekan.

Dalam hidup ini, apa yang penting adalah kepuasan hidup. Untuk mencapai kepuasan hidup, kita perlulah banyak meneroka, mencari ilmu dan mencuba. Bila rakan kita melihat rakan-rakan berada dihadapan dengan sedikit ilmu yang lebih dari kita, makanya berusahalah untuk menjadi seperti dirinya bukannya cuba untuk menjatuhkan dirinya semata-mata untuk menampakkan diri kita lebih baik dari dirinya. Itu bukanlah untuk kita memenuhi kepuasan diri, tetapi hanyalah kepuasan hati yang bersifat sementara.

Bila rakan-rakan jauh terkedepan, kita cuba mengejar dengan berlari, bukannya menahan kaki agar rakan kita menyungkur diri.

Yang nyata dan pasti sifat dengki-mendengki itu takkan membawa organisasi itu kemana-mana malah mampu untuk menghancurkan. Maka, pihak yang berada di atas seharusnya sedar akan perkara ini dan cuba membaiki barah yang menular sebelum menjadi parah. Jika pihak atasan sendiri hanya menutup mata dan tidak membuka minda ke arah permasalahan ini, maka tunggu sahajalah hari jatuhnya sesebuah organisasi itu.

Selalunya, pihak atasan akan beranggapan, pekerja yang sentiasa berkata YA adalah pekerja yang baik, sebaliknya pekerja yang berkata SAYA CUBA, SAYA TIDAK SETUJU, KENAPA TIDAK BOLEH atau SAYA TIDAK MAHU sebagai pekerja yang gagal dan bermasalah. Jarang sekali pihak atasan mahu renungkan kembali kenapa seseorang pekerja itu menyuarakan suara-suara yang boleh dikatakan negatif. Pihak atasan dan majikan selalunya hanya menyalahkan pekerja tanpa sedar; kegagalan seseorang pekerja itu adakalanya mencerminkan kembali kredibiliti seseorang majikan/pihak atasan dalam membentuk organisasinya sendiri.

Bila KRITIK bukan maknanya PENENTANG
Bila SETUJU bukan maknanya PENYOKONG
Bila TEGUR bukan maknanya PEMBENCI
...bukankah rakan yang baik adalah seseorang yang mampu menegur bila kita berbuat salah dan selalu berada disisi biar apa jua situasinya....

*Sabarlah cip, jika tuan rasa saya tidak perlu berada dalam organisasi ini, bagi saya sedikit masa untuk pergi...:(
~adakalanya kita tidak sedar bila silap memaku, lubang itu tetap akan kekal, ia akan tetap disitu....berhati-hatilah setiap kali hendak memaku!

Monday, June 13, 2011

....Kenangan untuk orang seberang

Selalunya, jika hari kenduri, saya memang tak menang nak kepung si Puteri Bertuah. Tapi kali ini, saya serba senang. Sebabnya, kami telah menerima kunjungan daripada delegasi Indonesia...kehkehkehkeh...saudara dari Indonesia..... Salah seorangnya adalah kanak-kanak perempuan yang baru berusia 3 tahun. Kira dalam masa 10minit sudah jadi sahabat gitu..... Senang kerja saya, berdua saja kemana pun....:). Tak adalah saya risau Si Puteri nak berkepit aje....Boleh buat kerja dengan jayanya.

Mula-mula sampai je, dua-dua org dah mula rapat. Tak gaduh pula tu. Sorang cakap ayam...sorang cakap itik. Tak faham sangat tapi ya, ya kan saja. Nasib baiklah juga si Puteri Bertuah rajin melayan sinetron. Faham la juga bahasa si kecil tu.....

Soalan dia pada saya:

dia: Mama, kenapa orang Malaysia panggil tok, kenapa orang Indonesia panggil kakek....

saya: Ermmm... Lain tempat, lain bahasanya. Macam setengah org tak panggil tok juga, tapi panggil opah. Ada macam2 lagi la....

(hehehehe...sebenarnya saya pun tak tahu nak jawab macam mana.....)

Lalu, saya buatkan bag ini sebagai kenang-kenangan dari Malaysia. Agaknya boleh le kot dia pakai...sebab orangnya kecil dan rendah saja...:).

Nak tahu ino lebih lanjut pasal bag ni boleh jengah di galeri saya ya....:)


Inilah dua orang budak nakal tu. Ini kira sepupu si Puteri Bertuahlah. Namanya jika tidak silap; Aribin Aura Lia Adam..... Aribin tu memang nama dia, Aura Lia tu maksudnya aura yang terlahir, Adam tu nama Atok dia.... Nama glamour; Binbee gitu....:)

Manis dan lembut je orangnya. Puteri pun turut jadi lembut sekali, Bila nak buat apa-apa je yang agak tak betul sangat nanti dia akan kata kat Puteri; 'Ngak bisa.....', terus Puteri tak jadi buat...:)

Okay.... sekarang, harusnya saya undur diri. Esok harus ke bandara ngantarin delegasinya pulang..... Daaa.....:)

Sekitar kenduri-kendara...:)

Salam....

Wah.....bersawang sakan blog saya ni ye. Maklumlah dah berhari-hari saya tinggalkan akibat sibuk berkenduri-kendara. Sepanjang masa kenduri tu, tak sempat nak bergambar tau. Maklumlah sibuk kesana kemari. Lagi pun, kamera saya tu kamera cap ayam je.... Tapi adalah juga yang sempat saya curi-curi snap menggunakan kamera HP ni je...hukhukhukhuk....

Hari Jumaat tu lagi saya dah sibuk-sibuk menggangkut barang hantaran dan juga barang-barang persediaan untuk berkampung di kampung. Kemudiannya sibuk-sibuk pergi ambik kek kahwin yang saya tempah dari Nurul. Bawa balik sesorang tau....terkemik sikit keknya. Bolehlah....asal tak hancur lebur....hukhukhuk....


Lawa tak???? Rasa teringin nak tempah???? Boleh le rujuk sini.... http://naimnurul.blogspot.com/


Okay...ini pengantinnya. Di Rumah lelaki..... Rumah perempuan, tak sempat nak bergambo pun....:)
(tgh tunggu sesapa up-load kat fb, nak kidnap...)


Ni masa acara suap-suap kek....saya curi-curi snap juga...hehehehehe


Kehkehkehkeh... Yang ini pula, si Puteri Bertuah yang sudah mula luruh gigi bongsunya..... Ada lagi yang nak luruh, dia dah risau diketawakan rakan-rakannya nanti....:)

Thursday, June 9, 2011

Pengumuman; saya tak de lah minggu ni.....:)

Salam....

Bersiaran di pagi-pagi hari sebelum subuh dengan hidung yang srok srek.... Mata yang separuh bengkak dan tekak yang sakit. Demam masih juga on, off.... Entah la kenapa....:(

Sebenarnya ada nak buat entry, tapi rasanya masa dan kesihatan agak tidak mengizinkan. Jadinya dengan ini, saya mengumumkan, saya tutup kedai la bermula hari ini sehingga hujung minggu ini. Sibuk berkenduri kendara le pulak. Minggu depan je lah saya update....

Sebelum saya mengundur diri, nak bagi tahu, saya suka sangat lagu ni. Layanlah ye...:



LIRIK LAGU TANPAMU

Tanpamu – Sabhi Saddi & Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Chorus

Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

*mode:sad!Jika kamu masih ada.....tidaklah begini peritnya....:(

...tidak cukup lagikah???

mengapa harus menyinga
bila aku cuba nyanyikan lagu bahagia
adakah erti ria bagi kamu
adalah detik mataku bergenang sepanjang masa!!??
tidak puas lagi bagi kamu
bila aku sibuk-sibuk menyeka airmata
kala kamu sibuk-sibuk bercanda??!!
bila aku payah-payah menelan derita
kala kamu menghitung hari menjadi raja????!!
...tidak cukup lagikah?????

Monday, June 6, 2011

Gubahan hantaran...taraa...dah siap....:)

Salam.....:)

Sekarang dah pun pukul 3 pagi. Saya baru sudahkan hantaran untuk sepupu saya. Menyambung perjuangan yang belum selesai tu.... Tapi sekarang dah boleh dikatakan selesai. Kek pun saya dah order. Hantaran yang di pertanggungjawab pun dah saya siapkan. Cumanya tinggal satu lagi je yang perlu saya siapkan pada 10hb. Yang itu memang tak dapat buat awal-awal, tapi saya dah pun siapkan barang-barang untuk menghiasnya termasuklah bunga dan riben serta wrapping.

Lagi beberapa hari je saya akan sibuk-sibuk dengan majlis kenduri tu. Hai....bersawang lagilah blog saya untuk sekian kalinya....:)


Hmm...ini gubahan untuk beg tangan dan wallet. Ros kuncup tu sempat jugalah saya gentel-gentel masa dalam kereta, pergi balik site dan pejabat tadi. Nasib baik hari ini ada orang yang baik hati nak tolong drivekan kereta....:)


Bunga hiasan...buat lebih...spare gitu....:)

Bila saya perhatikan gubahan hantaran saya ni, macam lari je dengan tema warna. Sepupu saya kata dia nak tema GOLD!!! Kemudian hantaran tu biar ada coklat gelap...:). Saya pula boleh gi kombinasikan dengan warna belacan (pink masam). Apa nak dikata bila stok riben tak de. Itulah, kerja selalu last minit.....beginilah jadinya.... Harap si dia tu sukalah dengan hantaran yang dah buat ni.... Sian kita tau...penat menggentel....hukhukhuk

Esok....

'Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba, belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna'.~dipetik dari La Tahzan

Siapalah kita untuk menjangkau hari esokkan? Tetapi sebagai manusia, kita merancang, kita berusaha untuk menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini. Akan tetapi, bila sahaja hari esok itu tidak berlaku sebagaimana yang kita inginkan, adakah kita perlu bersedih dan menyalahkan takdir???

'Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya. Jangan pernah menanyakan khabar beritanya, dan jangan pula pernah menanti serangan petakanya. Sebab, hari ini Anda sudah sangat sibuk'.~dipetik dari La Tahzan



...aku sendiri tidak pasti,
adakah esok adalah dia yang aku cari,
bila rasa itu sendiri kian mati..
hari ini,
aku benar harap esok adalah hujan yang menyirami,
menyejukkan dan menyegarkan....
malah menghidupkan!!


*sebenarnya saya pun tak tahu apa yang sedang saya perbuatkan ketika ini. saya sendiri tidak pasti, jadinya saya biarkan segalanya di tentukan oleh DIA. hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya ketika ini....



Sunday, June 5, 2011

Perjuanganku belum selesai......

...Saya berehat sebentar, setelah seharian menggentel kelopak mawar yang kuncup tu.......

Hehehehehe..... Jenuh tau..... Hari ini sehari-suntuk saya di rumah, keluar sebentar bersama Tuan Puteri Bertuah, beli stok riben untuk mengerjakan hantaran. Sambil tu dalam kepala tengah berangan-angan apa yang dibuat nanti. Rasa macam berkenan je nak buat macam tukan, maka bergulung-gulung la riben di beli. Sebenarnya, tadi riben kat kedai pun banyak yang dah habis stok. Korang ni kalau kawen pun tinggalkanlah sikit riben untuk saya....:(

Okay, Bila dah ada stok tu, saya mulakan aktiviti menggentel. Hasilnya seperti inilah:


Telekung yang digubah menjadi bentuk topi dan di letakkan dalam raga....


Close-up sikit...:)


Hantaran kasut.....


Perasan tak saya letakkan bunga riben dikeliling raga ni.... Berkenan sangat ngan design ni.... Bila dah buat, hahahahaha, baru tau...hazab tau...... Jenuh ku gentel....


Set Wangian....


Hahahaha...inilah budak yang rajin nak menolong tu..... Sungguh dia tolong kan????



Lauk tengah hari yang sempat disiapkan sambil menggentel....hehehehehehe.... Sayur Campur dan Ayam masak kicap dengan kucai.....

Ada lagi 2 set hantaran tak siap lagi..... Esok la sambung.... Tak larat menggentel dah ni...hukhukhukhuk. Perjuanganku belum selesai rupanya....

Saturday, June 4, 2011

Gubahan Telekung (belum siap lagi daaa....)

Salam Ahad.....

Semalam saya tidur lewat, lebih kurang 3 pagi jugalah. Tapi, seperti biasa, saya bangun pagi-pagi sebelum bonda saya buka speaker kuat-kuat. Hehehehehe.... Jadinya sebelum si Tuan Puteri Bertuah bangun, sempatlah juga saya membelek hantaran untuk sepupu saya. Ingat tak saya pernah cerita tentang sepupu saya bertunang hari itu? Tak ingat boleh tengok sini balik ye....:)

Yang sempat saya buat pagi ni hanyalah menggubah telekung ni je. Yang lain-lain tu belum lagi, bunga hiasan pun tak beli lagi barang-barangnya. Jap lagi baru nak shopping dengan Tuan Puteri Bertuah. Tapi yang bab lipat-lipat ni memang kena buat masa Tuan Puteri Bertuah tak ada atau tak bangun tidur lagi, sebab nanti bila saya pegang dia pun pegang, saya lipat dia pun lipat, saya cucuk dia pun cucuk.... Hadoiii..... Ini budak rajin nak menolong, tapi percayalah, tolong dia tu memang la memayahkan.....hukhukhuk. Sudah la lama saya ni tak buat kerja-kerja kraftangan, dah jadi macam kerastangan dah ni.....:)



Akhirnya separuh siap..... Tak letak riben dan bunga hiasan lagi pun....nak letak atas apa pun belum tau lagi....:)


Bangun je tidur, beginilah situasinya:

puteri: Eh! Apa tu?

saya: Gubahan Pak Ngah, cantik tak???

puteri: Cantik, adik nak try pakai....

saya: Haishhh...mana boleh,...

Tengok, dah nak cuba try test.....alahai.....


p/s: Nanti dah siap saya uploadkan gambar yang lain ye......:)


Insyaallah.....

Mudahnya lelaki berbohong, kesiannya perempuan kena tipu... Episod 2


Saya tak emo!!!! Cumanya merasa sedikit menyampah!!!(tapi, hairan ye...napelah si wanita tu boleh lagi control cun dan senyum je sepanjang waktu peristiwa tu berlaku????? Si wanita tu normal ke tak erk????)

Hahahahaha....sebenarnya sesaja je saya buat entry ni. Kenapa erk saya nak kongsi juga cerita remeh ni? Sebabnya saya nak sambung sikit lagi entry ni:

http://unmebecomeus.blogspot.com/2011/04/mudahnya-lelaki-berbohong-kesiannya.html

Ini antara contoh pembohongan paling nyata yang saya dengar dari telinga yang tidak tuli lagi. Dari mata yang belum buta saya melihat pembohongan ini!!! Ceritanya begini:

Pada suatu pagi yang hening.... bersama deruan kereta disisi jalan adalah sepasang lelaki dan wanita yang bukan kekasih pun sedang bersarapan. Si lelaki adalah kekasih hati yang telah curang dan tak setia, si wanita pula wanita yang tak reti nak mengamuk dan kononnya cuba tak merasa menyampah (walau dalam hati dah puas la juga menyeranah kerana selalu dah dengar ayat2 tipah tertipu...).

lelaki: Awak, kenal tak sapa2 yang kerja bank?

wanita: Hmm...nape???

lelaki: Tak dak lah, nak pinjam duit skit...

wanita: Berapa?

lelaki: 30k

wanita: 30k? Nak buat apa??????!!

lelaki: Nak beli tanah kat kampung, kalau lambat nanti terlepas la pula...
wanita: Hmmm... Entah lorrr


Dalam hati, si wanita tu tengah menyeranah. Lebih kurang macam ni ayat dia:

'hek kamu! Ingat haku bodo sangat, nak beli tanah 3 segi tak mo cakap.... Carik lah sendiri!!'.

Kehkehkehkeh.... Tengok.... Senang je kan bila orang lelaki nak tipu. Tak ada rasa berdosa, tak ada rasa bersalah. Agak-agaklah nak menipu pun, bukannya perempuan tu dungu sangat, cerdik juga, cumanya dia malas nak gaduh-gaduh, malas nak main perang-perang, malas nak masuk penjara kerana bunuh orang. Tapi bila si wanita diam tak berkata-kata, dengan mudahnya dia bermain kata. Tak pelah, tayar motor tu kan sentiasa berputar, sekali tak sekali jatuh lopak gak. Sesekali tergelek gak kena taik anjing kankankankan??? Allah tu Maha Adil....Buatlah si lelaki... Berbohong selagi mampu, si wanita nak tengok je...:)

Ilmiah:Keretakan Bangunan

Salam Sabtu ya semua......

Hokey, bersiaran kali ini dengan keletihan lepas baru balik kerja. Dah rehat-rehat sambil tengok TV tadi, sekarang masa mencuci sawang di blog ini ya......

Entry kali ini berbentuk ilmiah sikit ya. Berkaitan rapat dengan kerja yang saya sibuk-sibukkan 2,3 hari ini. Saya telah menerima arahan untuk menyediakan satu 'structural intergrity defects report'. Adehhh..... dah lama sebenarnya saya tak buat kerja-kerja 'survey' ni. Letih jugalah rasanya. Cuma kali ini saya cuma perlu lihat dari segi keretakan bangunan yang berlaku kat situ.

Masa pergi tu tengokluar bangunan, hmmm.... memanglah tak disenggara dengan baik.... Bila masuk dalam, tengok keretakan bangunan yang berlaku, alamak????? Ni parah ni, bukan setakat keretakan pada dinding, sebaliknya, tiang dan struktur bangunan yang lain pun retak juga. Nah layan le gambar-gambar yang saya pilih ni, banyak lagi yang lain. Tengok ini sudah le ye.....








Meh saya nak cerita sikit bab retak ni:


(i) Klasifikasi Retak berdasarkan Arah iaitu ’longitudinal
cracks’,’transverse cracks’, ’diagonal cracks’ atau ’random cracks’.

(ii) Klasifikasi Retak berdasarkan Lebar iaitu ’hairline cracks (<
0.1mm), ’fine cracks (0.1mm – 1mm), ’medium cracks’(1mm – 2mm) dan
’wide cracks’ (> 2mm).

Ada beberapa sebab berlakunya keretakan pada bangunan. Antara sebab-sebabnya adalah:

1) Thermal Movement (kebanyakan bahan binaan akan terpengaruh dengan perubahan suhu, bila sejuk dan panas, adalah pula kecut dan kembangnyakan....);

2) Chemical reaction (reaksi kimia yang berlaku pada bahan binaan yang menyebabkan bahan binaan tersebut mula lemah, contohnya macam pengaratan yang berlaku pada kerangka di dalam lantai atau tiang konkrit);

3) Shrinkage (...ini melayunya pengecutanlah....kuantiti air yang tidak cukup atau simen yang berlebihan sewaktu campuran untuk kerja melepa misalnya boleh menyebabkan dinding mudah retak);

4) Foundation Movement or Settlement of Soil (pergerakan tanah di sekitar tapak bangunan boleh berlaku contohnya bila terdapat beban yang bertambah dan tidak sekata pada kawasan tersebut, selain daripada itu, struktur sokongan bangunan iaitu asas yang tidak sesuai boleh menjurus ke arah keretakan juga);

5) Earth Quake (dah nama pun bencana alam....habis la struktur bangunan boleh jadi retak sebab ni...).

Sebenarnya bila berlaku keretakan, kita kena tengok keretakan tu dulu. Adakalanya hanya melibatkan keretakan yang minimal pada permukaan kemasan sahaja. Hairline crack pada dinding yang disebabkan Perkara (3) tadilah. Bila jadi begini, biasanya kita boleh 'patch' dan cat semula dinding tersebut misalnya. Tetapi jika keretakan tersebut melibatkan keretakan struktur, maka banyak langkah-langkah yang perlu diambil untuk banyaklah untuk memastikan bangunan tersebut selamat digunakan.

Daripada pemerhatian awal saya terhadap bangunan ni, saya dapati keretakanya melibatkan keretakan struktur. Punca berlaku keretakan mungkin disebabkan Perkara (4), kerana saya dapati bangunan ini terletak berhampiran dengan cerun tetapi tidak ada sebarang dinding penahan. Selain daripada itu, terdapat struktur dinding tambahan yang dibina ditapak tanpa mengambil kira kemampuan asas sediada untuk menerima beban. Dan jika tidak salah saya, bangunan 2 tingkat ini juga tidak dilengkapi dengan asas cerucuk sebaliknya hanya bergantung kepada asas jenis pad sahaja. Adehh...banyak lagi nak kena study nihhh!!!!! Ada sesapa yang nak tolong saya buat report ni??? Meh le.....saya alu-alukan...hahahahahaha

Siap ada dinding yang dibina di tingkat atas, tapi bahagian bawahnya tiada sebarang penyokong seperti rasuk atau pun tiang. Terapung di lantai je.... Cuba fikir????? Mana beban dinding tu pergi??? Tersebar luas ke lantai la, patutlah diaorg selalu mengadu kemasan lantai selalu pecah, tiap kali nak gunakan, kenalah buat baru. Garu kepala saya tadi..... Makin disiasat, makin pening saya, penambahan struktur tanpa mengambil kira struktur asas, ada struktur yang dibuang/diganggu, persekitaran yang tidak disenggara dengan baik dan macam-macam lagilah. Haii....baru tengok retak, belum tengok defect lain lagi dak??? Adehhh....

p/s: ....tapi yang paling kelakar, sibuk2 pi tengok retak kat bangunan orang, ni rumah sendiri pun retak menanti belah, apa cerita???? Ayahanda, cepat sediakan budget, kita baiki retak sebelum rumah kita terbelah!!!!!!

Friday, June 3, 2011

...hanya tempelan....

....dengan ini diumumkan.....Tuan Tanah Kedaung is soooooo bz....sampai dia telah membiarkan blog ini bersawang.....

Pagi ini saya cuma masuk bersih-bersihkan sawang.....pastu tengoklah, malam nanti ke baru buat entry ye.....

Sebelum entry yang selanjutnya, silalah baca satu surat bantahan terbuka kepada TV3 nih....nukilan rasa akakgeli@nowa ni......(surat tu bukan la sampai ke TV3 pun, tapi saya senyum je sepanjang masa baca):

http://cikgeligeli.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-kepada-tv3-bantahan.html

Klik je dan baca.....

Betul tak???? Hidup ni kenalah nyata..... Yang dalam filem tu, yang dalam drama tu, yang dalam novel tu..... Hanyalah imaginasi dan angan-angan si penulis je....

Fakta hidup adakalanya lebih pahit, fakta hidup adakalanya lebih payah mungkin jua fakta hidup adakalanya lebih indah.... Makanya, berpijaklah di rumput jangan nak sibuk-sibuk mendongak ke langit mengharapkan memijak bulan.....:)

Tuan tanah kedaung berhenti menulis.... Malam karang sambung lagi....Ni nak pergi kerja.... Waduh2..... Buat OT, kumpul duit raya.....hukhukhukhukhuk.....