Followers

Thursday, February 3, 2011

From Penang to Ijok to Sg. Kecil with love.....

Selamat Tahun Baru Cina....kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya....:)...tak terlambat lagi kan...hehehehee....

Sempena hari cuti umum ni, makanya ramailah org yang mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga, atau berkenduri-kendara, melangsungkan perkahwinan dan ada juga yang turut sama meraikan Tahun Baru Cina ni dengan menziarahi ke rumah sahabat handai yang meraikan Tahun Baru Cina ni. Kami anak-beranak pun tak lah ketinggalan turut menikmati cuti panjang nih....:). Kami beramai-ramai menyertai rombongan sepupu saya ke Sg. Kecil untuk meminang 'cinta hati' dia.

Cadangan awalnya naklah bergerak balik ke kampung bonda lewat petang, tapinya saya ni 'tergatallah' pulang agak lewat. Maka dengan tergocoh-gocoh la petang tu, dengan nak siapkan baju lagi....nak angkut barang masuk kereta lah.... dan, sekali tengok kek hantaran, alamak! Polos lorrrr..... Hias sikit. Pada awalnya, sepupu saya bercadang nak beli kek 'secret recipi' sahaja. Tapi saya taklah setuju, sebabnya perjalanan agak jauh dan waktu pula tengah hari buta kan...... Maka saya menempah kek yang lain (dalamnya kek coklat kukus dan hiasan luarnya menggunakan steambutter cream).

Bertolak malam hari dah....dan menginap di rumah sepupu saya. Lama betul tak tido di kampung kan....rasanya dah bertahun dah. Sedar pukul 2 pagi, lorrrr sejuk bangat....kira tahap gigil lorrr... Pagi esok tu, lepas solat subuh je dah tak tido. Layan nasi goreng Mak Lang saya panggil (Mak Lang tu dah tak ada tapi nasi goreng dia kekal di hati saya - nasi+bawang merah+garam je...yang digoreng garing. Sedap tau...). Layanlah gambar-gambar sekitar majlis tadi...:):



Saya hiaskan sikit bahagian luar kek tu bagi sesuai dengan tema hantaran yang lain dan supaya tak nampak polos sangat. Jenuh menatang dalam keta tau..... Dari Penang ke Ijok dan ke Sg. Kecil....hehehehe


Hah....inilah sepupu saya. En. Khalil, dah nak jadi laki orang dah ko erk.....


Apa pula ni???? Sepupu saya ketagih nak mengimbau kenangan silam.... teringat masa dia kecik-kecik menanak guna dapur kayu...hehehehe



Ini kuih kegemaran saya.... cucur jawa namanya. Orang lain panggil apa kuih ni saya pun tak tahu la pula... sekali hadap mau jugalah 3 ketul. Tapi yang ini ringgit (bahagian tepi kuih) dia tak berapa jadi... kurang gula kot.... (saya pun tak pandai buat...).


Bila balik kampung, si budak bertuah nilah yang paling syok.... pagi harinya dah siap turun ke laman main-main....jenuh jugalah melayan...


Main-main tak hingat dunia dah si budak bertuah nih....:)



Cesss....nak interframe juga....dah tentulah....dah namanya tuan punya tanah kan....:). Kami dah siap....tajuknya...


En. Khalil sibuk membahagikan hantaran kepada pihak yang berwajib.


Rombongan kami....


Acara menyarungkan cincin pertunangan....sekali salah tangan daaaa.......ghegheghe


Hah!! Yang ni yang paling tak tahan.....tapai....hukhukhukhuk.... favorite saya nih.... kira setengah pinggan tu saya sorang yang hadap... (kategori buruk lantak....)


Okay, sedap.....reganya...4 sehinggit je..... Boleh tempah..... (saya siap kata kat bonda; 'nanti masa kenduri kita tempah erk' - bonda diam je...hukhukhuk)


Hahahaha...sebagai balasan kek hantaran tu, si Khalil bagi kami pilih hantaran yang nak dibawa pulang. Ye lah, sebab kami akan pulang terus ke Penang. Makanya saya pilih kek 'secret recipi' ni untuk di bawa pulang. 'Chocolate Mud Cake'. Dan inilah pengakhirannya... kek dah lari daaa.... (dalam hati, seb baik ko tak beli kek cam ni Mat Khalil oiiiii.....)

Tadinya masa di rumah kenduri, bonda sambil bersembang-sembang tu adalah berkata kepada salah seorang tua di situ. Ayatnya lebih kurang beginilah:

bonda: depa dua-dua ni nasib baiklah dok jauh-jauh tak duduk sekali sekampung (sambil jari tu menuding kat muka saya dan muka si Mat Khalil nih)

orang tua: pasai pa?

bonda: kerja dok bekelai ja... pantang jumpa. Aku mengata kat hang, hang mengata kat aku... (saya dan Mat Khalil pun tersengih macam kerang busuk)

Hai..... dah nak jadi suami orang dah tak lama lagi sepupu saya tu. Betul cakap bonda, saya dan dia memang rapat sejak zaman remaja. Masa kecil tak payah cakap la. Kira saya dengan kakak dia pun taklah serapat saya dengan dia. Kira masa bercinta curi-curi dulu, dialah yang sanggup temankan saya pergi mencari pondok telefon untuk menelefon cinta hati, ke sana kemari bawa saya naik moto dia jika pulang ke kampung, bab bergurau ni pun dah sampai tahap belasah-membelasah dah. Hattanya sewaktu saya telah berkahwin pun masih seperti biasa adanya gurauan kami tu. Tapi, sekarang dia pun dah nak kahwin, agaknya bolehkah lagi kami serapat dahulu. Kang nanti isterinya cemburu tahap gaban, macam manalah pula. Saya dulu bernasib baik, dapat En. Suami yang tak cemburu buta....:)

Hmm.... ye lah, manusia kena berubah kan? Tapi kenapa bila kita sebaik sahaja berkahwin akan mula berubah. Kita akan mula meninggalkan sesuatu yang rutin sebelum ini, kita akan mula menjarakkan diri dengan saudara, kita akan mula jauh dengan rakan-rakan yang sebelum ini sama-sama susah senang.... Sebelum ini, walau pun saya telah berkahwin, rutin hidup saya tak banyak yang berubah. Ye lah, En. Suami kita dahulukan. Tapi sesekali, kita bagi juga diri kita ruang untuk bersama rakan-rakan, bersama keluarga. Saya teringat kepada seorang sahabat ni, sewaktu sebelum berkahwin, sayalah tempat dia mencurah segala rasa. Kemudiannya bila dia di alam bercinta, saya mula dilupakan, tapi sebolehnya saya memberi ruang untuk dia membina hidup bahagia. Tapi bila waktu dia susah, saya benar-benar cuba membantu agar dia tak terus dibelenggu masalah. Harapan saya cumalah, bila masa dia telah pun menjadi isteri orang, silaturahim tu akan masih terjalin. Bukan banyak pun yang saya minta. Saya sayangkan kawan-kawan saya, sebolehnya biar semuanya kekal sama walaupun jauh. Tapi nyata, sebaik sahaja telah diijabkabul, khabar tu bukan sahaja jarang, rasanya tak ada langsung kot. Tak apalah.... saya ikhlas membantu dia sewaktu itu, apa sahaja pun saya halalkan. Cumanya saya terkilanlah bila dia langsung tak pernah mengingati saya... Dan saya mula terfikir, jika saya berkahwin, apakah perlu saya meninggalkan semua hidup saya sebelum ini..???? Huhuhuhu, janganlah kan... kena bincang nih!!!

No comments:

Post a Comment