Followers

Friday, June 24, 2011

RENUNGAN:POLITIK PEJABAT

Salam Sabtu ya semua.......

Dah lama rasanya tak buat sebarang entry. Sebabnya: Saya sangat sibuk dengan kerja rasmi dan tak rasmi....:). Kerja memang menimbun, kerja secara berterusan selama 7 tahun tanpa henti 24 jam, 7 hari seminggu pun pasti takkan habis. Dah namapun kerja, dan hakikat kerja adalah kerja takkan pernah habis. Mengimbangi antara kerjaya dan hidup nyata memang payah. Tetapi kita haruslah cuba yang terbaik, kerana kerja adalah kerja. Namun diluar sana, banyak lagi yang menanti kita, keluarga, sahabat, masa hadapan dan segalanya yang berkaitan dengan hidup kita. Maka hari ini saya sekadar mahu berkongsi tentang kisah politik pejabat yang tidak pernah lari dari diari harian semua orang.

Sebagai seorang pekerja yang datang kerja dan pulang kerja dengan dengan niat untuk bekerja, pasti akan merasa sangat hampa bila dirinya dilimpahkan dengan kata-kata yang berunsur penghinaan dan ugutan dari majikan (tanpa sebab musabab yang logik). Sejujurnya sebagai pekerja yang bekerja di dalam satu organisasi baik kecil mahupun besar, haruslah sentiasa sedar bahawa politik pejabat sentiasa wujud. Politik ini dimana-mana sahaja wujud. Politik, bila digunakan untuk jalan yang elok, suci dan murni, maka moleklah hasilnya. Jika digunakan pun untuk jalan yang salah dan berniat menjatuhkan, maka runtuhlah semua. Bilamana ada pekerja yang tidak bijak berpolitik, dialah yang selalunya akan menjadi mangsa dan ditindas.

Sesekali cuba renungkan sebentar kenyataan ini:

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Bila kita renungkan semula semua itu, pasti kita akan terfikir balik; mungkin selama ini, kita selalu membuat kesilapan bukan? Sebagai manusia, mana ada yang sempurna. Sesekali pasti ada yang silap dan tersasar. Makanya sebagai rakan-rakan yang bekerjasama dalam satu organisasi yang sama, seharusnya saling menyokong, bukannya saling memijak dan menjatuhkan. Akan tetapi, bila difikirkan semula, begitulah hakikatnya politik pejabat, siapa bijak, maka dialah yang berjaya.

Sebenarnya, tujuan utama kita bekerja adalah untuk mendapatkan timbal baliknya iaitu GAJI. Disamping itu untuk kita tingkatkan nilai kendiri yang ada dalam diri kita. Oleh itu, tidak perlu untuk berpolitik yang bertujuan untuk menjatuhkan rakan-rakan yang lain. Bila sahaja merasakan diri kita bijak menggunakan peluang dan mencari ruang bagi menjatuhkan rakan yang lain, adakah kita terfikir bahawa satu hari dalam hidup kita situasi yang sama akan berlaku pada kita, bilamana kita pula yang ditekan kedalam jurang yang pernah kita ciptakan. Hakikat hidup begitulah, mana pernah manusia ini sentiasa baik nasibnya, sesekali akan diuji juga. Cumanya bila kita tak pernah berniat menganiayai, kita akan merasakan nasib buruk itu sebagai ujian dan redha. Akan tetapi bila kita selalunya berniat buruk dengan orang maka nasib buruk itu akan jadi seumpama balasan dan mula menekan.

Dalam hidup ini, apa yang penting adalah kepuasan hidup. Untuk mencapai kepuasan hidup, kita perlulah banyak meneroka, mencari ilmu dan mencuba. Bila rakan kita melihat rakan-rakan berada dihadapan dengan sedikit ilmu yang lebih dari kita, makanya berusahalah untuk menjadi seperti dirinya bukannya cuba untuk menjatuhkan dirinya semata-mata untuk menampakkan diri kita lebih baik dari dirinya. Itu bukanlah untuk kita memenuhi kepuasan diri, tetapi hanyalah kepuasan hati yang bersifat sementara.

Bila rakan-rakan jauh terkedepan, kita cuba mengejar dengan berlari, bukannya menahan kaki agar rakan kita menyungkur diri.

Yang nyata dan pasti sifat dengki-mendengki itu takkan membawa organisasi itu kemana-mana malah mampu untuk menghancurkan. Maka, pihak yang berada di atas seharusnya sedar akan perkara ini dan cuba membaiki barah yang menular sebelum menjadi parah. Jika pihak atasan sendiri hanya menutup mata dan tidak membuka minda ke arah permasalahan ini, maka tunggu sahajalah hari jatuhnya sesebuah organisasi itu.

Selalunya, pihak atasan akan beranggapan, pekerja yang sentiasa berkata YA adalah pekerja yang baik, sebaliknya pekerja yang berkata SAYA CUBA, SAYA TIDAK SETUJU, KENAPA TIDAK BOLEH atau SAYA TIDAK MAHU sebagai pekerja yang gagal dan bermasalah. Jarang sekali pihak atasan mahu renungkan kembali kenapa seseorang pekerja itu menyuarakan suara-suara yang boleh dikatakan negatif. Pihak atasan dan majikan selalunya hanya menyalahkan pekerja tanpa sedar; kegagalan seseorang pekerja itu adakalanya mencerminkan kembali kredibiliti seseorang majikan/pihak atasan dalam membentuk organisasinya sendiri.

Bila KRITIK bukan maknanya PENENTANG
Bila SETUJU bukan maknanya PENYOKONG
Bila TEGUR bukan maknanya PEMBENCI
...bukankah rakan yang baik adalah seseorang yang mampu menegur bila kita berbuat salah dan selalu berada disisi biar apa jua situasinya....

*Sabarlah cip, jika tuan rasa saya tidak perlu berada dalam organisasi ini, bagi saya sedikit masa untuk pergi...:(
~adakalanya kita tidak sedar bila silap memaku, lubang itu tetap akan kekal, ia akan tetap disitu....berhati-hatilah setiap kali hendak memaku!

2 comments:

  1. politik ofice..
    yer betul fieda.. dimana2 ofice pun ada scenario mcm ni. tak boleh nak elak. 7thn dah lama sgt tu. Buat sesuatu utk baiki keadaan Feida. Acu doakan Fieda dpt cari jln penyelesaian..amin.

    ReplyDelete
  2. ....terima kasih ya Acu, harap2 masih ada yang baik untuk saya di masa hadapan.... (seharusnya harapan itu mesti sentiasa ada....)

    ReplyDelete