Followers

Friday, July 1, 2011

Tuan Puteri Bertuah Suka Berdugung

Salam Sabtu semua.....

Saya kembali bersiaran di awal Julai setelah sekian lama meninggalkan sebentar alam blog kerana melayan jiwa karat ni. Hikhikhikhik..... Hatiku diguris luka lagi sehingga mood menulis itu lenyap.

Walau pun saya sibuk melayan hati luka, saya tetaplah juga melayan kerenah si Tuan Puteri Bertuah. Okay, dia sibuk-sibuk nak minta kolam. Nak swimming di rumah katanya. Sebab mama dia dah lama juga tak bawa dia pergi swimming. Maka untuk memenuhi permintaan hati si Tuan Puteri, gagah la mamanya singgah ke TESCO selepas waktu kerja untuk membeli kolam. Masa membelek-belek tu mula la keliru untuk membuat pilihan. Kemudian sibuk membayangkan keluasan dan ketinggian kolam yang bakal di beli. Sudahnya, ambillah yang besar sekali tu. Jika tidak silap, 72" dia x 15" tinggi.

Sebaik sahaja sampai dirumah, Tuan Puteri pun membuat perasmian. Sekali..... Aduhhh...besarnya..... Bukan setakat Tuan Puteri ni, saya pun boleh berdugung sekali di situ....hahahahahahaha


See..... Besarkan. Kira cover hampir separuh bahagian dapur kering dirumah gitu. Bonda apa lagi, mulalah bising. Bising kenapa beli besar sangat, air banyak nak guna, nanti bil air melambung. Tuan Puteri, ada dia kisah. Yang dia tahu, dah ada kolam untuk dia esok. Kalau boleh, malam tu juga nak rasmi....:)


Maka hujung minggu berikutnya, saya pun bawa jugalah si Tuan Puteri Bertuah ke kolam renang. Seronok lagilah dia.....


Al-konon pandai sangat berenang, rupanya sekadar kuak katak di tepian kolam.


Bermain pasir di tepi pantai dibawah terik mentari tengah hari...


Jenuhla pujuk ajak balik tak nak.....hukhukhukhuk...Matahari dah tegak atas kepala dah....


Bila bonda bising-bising pasal bil air yang meningkat tu, makanya saya buat keputusan melabur untuk kolam air yang lebih kecil. Kolam yang besar itu akan di pos pulang ke kampung untuk digunakan oleh sepupu saya nanti.

Sekali, beli pun, agak besar jugalah...tapi kecil sikit dari yang hari itu. Nuriel pun sukalah sangat sebab ada gambar Looney Tunes...

Dah sah kata suka, dengan rambut tak sikat, sibuklah makan roti canai dalam kolam baru dia tu!!!! Sungguh overacting!

No comments:

Post a Comment