Dah lama benar rasanya saya berehat dari membuat entry, sebabnya nantilah saya ceritakan...:). Tapi bila dah tak menulis, sukalah pula saya membaca dan tadinya saya tertarik dengan kata-kata di dalam satu entry seorang blogger:
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tapi kena Allah hanya menganugerahkan kita sekeping hati? Kerana Allah telah menganugerahkan sekeping lagi hati kepada pada seseorang untuk kita mencarinya.... Itulah CINTA.
Haishhh...jiwa-jiwa sungguh saya hari ini. Sebenarnya, bukan sahaja hari ini, tetapi dari kelmarin lagi. Tika jam berkelip2 pada detik 1:33 tengahhari Ahad kelmarin, ada satu rasa yang benar-benar tertinggal. Waktu itu, bas baru sahaja bergerak meninggalkan Kuala Lumpur, meninggalkan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur yang banyak meninggalkan kenangan dalam hidup saya. Ada yang manis yang masih bersisa di situ. Masa itu, airmata ini pelan-pelan sahaja mengalir. Cinta tidak semestinya bersatu..... Hanya itu yang mampu saya katakan. Bila kita menyayangi seseorang, apa yang lebih membahagiakan diri kita selain daripada melihat dirinya bahagia sebagaimana seharusnya.......
Apa yang sedang saya lakukan adalah belajar menerima kenyataan hidup. Mungkin dia tidak mengerti mengapa saya harus memilih sesuatu yang saya sendiri tidak pasti. Sudah pasti dia tidak mengerti kerana dia tidak pernah tahu apa yang telah terjadi..... Biarlah semuanya saya telan sendiri... Dan bila dia mula membisu...saya akan jadi lebih bisu. Hanya jari ini yang mampu berkata-kata:
aku masih ingin berlagu,
biar dalam nada yang jauh berbeza,
sungguh aku masih mahu,
tapi andai laguku hanya jadi lara dalam jiwa,
aku rela pergi berlalu....
Saya sendiri tidak pasti jika dia turut merasakan yang sama. Atau rasa itu hanya saya sendiri yang merasakannya....
kamu;
aku pergi,
kerana aku yakin di dalam hati,
bahagia bagimu,
bila tanpa aku,
bahagia bagimu,
bukan dengan aku,
bahagia bagimu,
bila tiada aku....
biarlah airmata ini menakung penuh di dada,
biar aku rengkuh segenap asa,
cuba melupakan sesuatu yang pernah bawa aku bahagia...

~entahlah, mungkin ada kata yang takkan mampu aku kota, ada rasa yang takkan mampu aku sisa.....
No comments:
Post a Comment