Followers

Sunday, July 10, 2011

Masak-memasak di hari Ahad

Hari yang panas sungguh, relanya saya melepak sepanjang hari di dalam rumah sahaja. Tetapi hari ini berusaha menjadi orang dapur yang berjaya juga...:). Pagi-pagi lagi saya dah masuk dapur menyediakan sarapanlah kononnya. Menu pagi, nasi goreng terkejut dengan sayur kailan goreng bersama cendawan shitake. Nyum2..... Sebenarnya, dah hampir 2 minggu saya agak kurang menitik beratkan soal diet ni.... Makanya sekarang kembali ber-diet-lah. Walaupun saya dah mula makan nasi, tetapi kuantitinya masih saya kawal dan saya kena lebihkan sayur-sayur dan buah.


Tengaharinya pula, saya masak ayam masam manis (lauk paling malas, goreng ayam, tumis bawang putih, tuang cili sos, masukkan air sikit, kacau, garam, gula, kemudian letak tomato yang dipotong, letakkan ayam yang digoreng tadi, letak bawang besar yang dihiris bulat dan kacau.....dah siap...). Hahahahaha.....

Tapi, seperti biasalah, masih juga ada sayur. Untuk sayur, saya buatkan sup sayur bersama cendawan enoki. Wahhh...peminat cendawan tau saya ni....hikhikhikhik. Saya ni kalau memasak, sayur memanglah pelik-pelik. Jenuh la bonda jadi tukang rasa. Okay, cendawan enoki ni juga dikenali sebagai cendawan straw. Bentuknya macam gambar kat bawah ni....:)


Cendawan ni sesuai je untuk dimasak secara goreng-goreng, rebus-rebus, malah campur ala-ala kerabu pun okay. Hari ini saya buat masak sup sayur je. Warna dan rupa, memanglah tak menarik langsung, tetapi rasanya sedap jugalah. Rasanya macammmmm....hmmm...macam... Dah tentulah macam cendawan, takkan rasanya macam durian, ye tak?


So, sambil lepak-lepak lepas makan tengahari, sempatlah juga mentelaah suratkhabar sebentar. Tiba-tiba mata tertarik dengan satu artikel; Ah! Wanita cantik hanya tambah stress. Menarik ni. Isi kandungan artikel lebih kurang begini:

Walau hanya 5 minit berduaan dengan wanita cantik sudah cukup untuk meningkatkat cortisol, iaitu hormon stres dalam badan lelaki. Keadaan ini sebenarnya boleh berlaku bila lelaki mula merasa wanita cantik tadi berada di luar jangkauannya.

Sebenarnya, maksud si penulis artikel ni, jika lelaki berasa perempuan yang disisinya terlalu cantik sehingga merasakan sukar untuk memiliki wanita itu, stres akan mula timbul. Sebab itulah jika lelaki yang memiliki isteri yang cantik kononnya akhirnya akan meninggalkan wanita tersebut kerana merasa terlalu stres..... Hahahahahaha...Boleh terima????? Saya tak setuju!Tak de kena-mengena langsung tau..... Ini hanyalah alasan! Sebenarnya memang sikap lelaki, tak pernah merasa puas dengan apa yang ada, atau kadang-kadang mahu sekadar mencuba, kemudian, terjebak.


*walau apa alasannya, wanita suka berhias, apatah lagi untuk suaminya yang tersayang.... Tetapi sang suami tu adakalanya lebih suka memandang yang bukan isteri berhias, sebaliknya isteri sendiri, biarlah ala kadar sahaja. Kenapa ya? Sebab, lelaki ni memang sukar amat difahami!

No comments:

Post a Comment