Followers

Thursday, July 21, 2011

Guna semula-Bekas bunga telor

Salam semua....

Hokey, setelah penuh dengan entry jiwa2, maka sekarang masa untuk entry guna2. Kehkehkehkeh.... Bukan pasal ilmu guna2 ya... tetapi sebenarnya ilmu guna semula sebenarnya. Okay... sebenarnya benda ni dah seminggu juga saya buat. Tetapi sekarang baru berkesempatan membuat entry.

Bahan yang saya nak guna semula kali ini adalah bekas bunga telor. Sealalunya bila dah dapat bunga telor ni, telor diambil, bunganya dibuang. Kali ini, bekas bunga telor ini macam comel pula saya tengok, unik sikit, maka saya pun cuba untuk memaksiamakan penggunaannya supaya tidak terbuang begitu sahaja. Caranya beginilah:


Bekas bunga telor yang saya maksudkan tadi beginilah bentuknya, memang bentuk telor siap dengan kerawang dan hiasan manik dan riben.


Lekatkan kain net di bahagian dalam bekas bunga telor ini.....silalah gunakan gam UHU.


Ulang langkah yang sama untuk kedua-dua belah bekas tersebut dan kemaskan bahagian tepinya.


Potong daun pandan untuk dibuat bunga rampai gitu dan masukkan je dalam bekas tadi. Tujuan kain net dilekatkan adalah untuk memastikan bunga rampai tak terjurai-jurai keluar di celahan kerawang bekas bunga telor ni....


Taraaa...dah siap...gantung je kat kereta macam saya buat ni. Nampak cantik, menarik dan wangi seluruh kereta.... Tetapi kena rajinlah buat bunga rampai tu, seminggu sekali ke, untuk kekalkan kesegaran baunya.


Meh la cuba buat macam saya.....mudah, murah dan tak ada masalah....hehehehehe.....

Sekian, contoh kerastangan saya.....:)

2 comments:

  1. cantiknya..ko mmg kreatif..

    Pani..

    ReplyDelete
  2. tq......:)
    ni namanya dah tak de kerja, godek2 apa yang patut...hehehehehe

    ReplyDelete