Salam pagi yang sangat pagi...... Jarang sebenarnya saya hendak membuat entry dari wilayah rumah sewa dengan bantuan BB yang sangat tidak laju ini.... akan tetapi, jiwa yang agak berkecamuk ini mendorong saya untuk melakarkan sesuatu di laman ini dengan penuh pening lalatnya. Jiwa kacau agaknya.....
Hokay...saya tahu saya si 'single' yang masih juga belum kahwin 'lagi sekali', akan tetapi saya mempunyai alasan yang betul-betul kukuh dan jitu. Saya dilahirkan sebagai anak tunggal di dalam keluarga dan ditakdirkan menjadi ibu tunggal dalam usia yang masih muda iaitu 26 tahun. Siapa boleh melawan takdir bukan? Siapa saya untuk menolak ketentuannya dan siapa pula saya untuk mempersoalkannya mengapa harus saya yang menanggung semua rasa ini. Sepanjang tempoh ini saya sabar dengan segala ujian yang dianugerahkan kepada saya, saya tempuhi segala tohmahan orang dengan penuh ketabahan dan saya masih berharap agar tiada orang yang akan melalui keperitan yang saya lalui. Saya benar berharap.... Hanya orang yang pernah memiliki dan kemudian kehilangan akan faham apa rasanya yang cuba saya maksudkan di sini. Bercerai hidup dan bercerai mati adalah berbeza. Bila bercerai hidup, kita ada alasan untuk membenci tetapi bercerai mati, mungkin kasih dan sayang itu akan kekal sampai mati...... Jadi, bila ada yang bertanya, kenapa sampai 5 tahun dok menjanda lagi, saya rasa sebal sangat dalam hati....(tak apalah, kisah tu dah pun berlalu...).
Apa yang saya hendak nyatakan disini, ada yang pernah bertanya, kenapa saya tidak menerima cinta suami orang, memilih sangat saya ini dengan status 'janda' saya itu..... Sebabnya adalah, sebagai insan yang dilahirkan sebagai anak tunggal dalam keluarga, saya tidak pandai berebut, biarpun bonda tidak pernah mendidik saya untuk memiliki segala yang saya hajati, sungguh saya masih jua tidak pandai berebut. Jika ada jualan murah di pasaran raya pun saya masih terkial-kial mengutip sisa pilihan orang untuk dibeli, apatah lagi jika ini melibatkan soal kasih sayang bukan? Kalah saya nanti. Jadinya jika lelaki itu bukanlah seorang yang benar-benar teguh, faham makna adil sebagaimana yang dituntut di dalam Islam dan mampu dalam istilah yang sebenar-benarnya, hati saya tentu saja berat untuk menerimanya. Bukan beerti saya memilih....tetapi alasan saya kukuh bukan? Saya tidak mahu mempertaruhkan sesuatu yang sememangnya saya telah tahu kegagalannya.....
Saya memang tidak pandai berebut. Selalunya saya hanya membiarkan orang lain berebut-rebut dan saya hanya melihat. Sebab itulah saya hanya layak sebagai GK dalam permainan bola jaring yang hanya merebut bola bila peluang itu datang dan bukannya berlari-lari mencari peluang untuk berebut. Jadinya, dalam soal kasih sayang, saya memang tidak pandai berebut. Jika ada yang hendak berebut dengan saya ketika ini, dengan baik hatinya saya lepaskan.... Sebabnya, saya tidak pandai dan tidak suka main tarik-tarik muka masam hanya kerana mahu orang sayang saya......:(.
Jika saya merasakan sesuatu itu akan mampu saya miliki, saya akan dapatkan, tetapi jika sesuatu itu telah saya nampak kegagalannya, dengan rela saya lepaskan pergi....
*jadinya, Pak Cik yang berusia hampir 70 tahun yang sibuk dok bertenggek kat balkoni mengorat saya yang sedang gagah perkasa angkat beras 5kg dan 2 beg plastik penuh dengan barangan lain tu, tak payah nak mimpi ye..... Sila jaga isteri anda elok-elok....... selagi waras, saya takkan pilih Pak Cik biar pun saya ni janda lagi 10 tahun...hukhukhuk...Dan.... kepada insan yang berwajib yang sendiri mau ingat....saya ni tak pandai berebut-rebut..... jika saya rasa payah beno...saya tinggalkan je....:(
mode: sebal dalam hati...... payah juga nak menangani masalah ini sedewasa mampu kerana berurusan dengan anak-anak yang berbulu!!!!

No comments:
Post a Comment