Followers

Saturday, July 2, 2011

..yang baru hadir....antara kami....

Okay, dah habis sangat kerjanya. Dah tak ada sangat kerja lain???? Kuikuikui..... Mari saya kenalkan kepada yang baru hadir antara kami....:)

Bukan tak ada kerja, tapi apa boleh buat, ini permintaan hati si Tuan Puteri Bertuah. Asalnya dia mahukan seekor lagi 'hamster', tetapi bagi saya, biarlah kali ini sebarang pembelaan itu adalah sesuatu yang lebih bermanfaat. Makanya, saya mula yakinkan Tuan Puteri dengan arnab yang lebih comel. Hampir 2 bulan saya janjikan dengan arnab dengan Tuan Puteri, maka semalamnya tertunai sudah......:)

Terima kasih je la kepada Tuan Kesatria, susah payah meredah bukit-bukau menghantar sepasang arnab untuk Tuan Puteri saya yang seorang ini.... Sebagai upahnya, saya belanja awak makan 'char keow teow' yang lazat.....

Comelkan? Hikhikhik....


Tapikan...Tuan Puteri ni memang cerewet orangnya....:

dia: Mama, mana sangkar arnab adik? Adik nak tengok samada dua tingkat atau tak.

saya: Mana ada sangkar arnab dua tingkat!

dia: Kan adik dah kata, adik nak sangkar arnab yang dua tingkat. Yang tempat makan dia dekat bawah lepas tu bila dia nak tidoq dia boleh panjat tangga dan tidoq dekat dalam rumah dia dekat atas tu. Hari tu pun mama beli sangkar tikus adik tu tak macam yang adik mau. Adik nak yang dua tingkat. Bukan macam yang mama beli tu....

saya: Lorrrr... Arnab bukan macam tikus adik la. Arnab mana boleh naik tangga.

dia: Kenapa pula dia tak boleh naik tangga?

saya: Perut arnab gemuk la adik. Dia tak larat panjat tangga.....

dia: Ooo... ya ka? Habis tu? Tak boleh la beli sangkaq dua tingkat?

saya: Tak boleh.... Cukup satu tingkat.....

Kehkehkeh....cerewet. Jika mahukan sesuatu, siap bagi spesifikasi segala bagai. Jika tidak menepati, siaplah.... Dia tuntut sampai memenuhi spesifikasi yang dia nyatakan sebelum ni. Jika dapat apa yang dia mahu, beginilah ayat dia:

'Hah...baru puas hati adik hari ini sebab dapat mandi dalam kolam'.

Itu salah satu contohla....

Berbalik tentang arnab ni pula. Dialog pagi tadi:

dia: Mama, comel la anak arnab ni...

saya: Okay, tapi jangan pegang dia sangat-sangat macam tikus adik tu. Nanti dia mabuk tangan pula...

dia: Okay, yang putih tu adik namakan dia 'Yang Merah', yang hitam tu pula adik namakan dia 'Yang Hitam'..

saya: Eh! Nape pula yang putih tu adik bagi nama 'Yang Merah', tapi yang hitam tu adik bagi nama 'Yang Hitam'????? (hitam adalah merujuk kepada arnab yang bewarna perang tu...)

dia: Sebab yang putih tu cantik, adik bagi la nama 'Yang Merah'. Yang hitam tu tak berapa cantik, 'tu nama dia 'Yang Hitam'....

Kehkehkeh...Tengok, mata si Tuan Puteri Bertuah tu memanglah berkenan benar dengan merah. Bagi dia apa-apa yang cantik adalah merah, merah jambu atau pun unggu.... Warna lain? Tiada seri banginya...:)

♥selamat datang
~kepada yang baru hadir di antara kami.... Semoga segalanya adalah seperti yang diharapkan....:)



No comments:

Post a Comment