Followers

Friday, July 1, 2011

'Public Parenting'- bagaimana cara anda?

Hmm....sebenarnya dah lama rasanya saya nak kongsi tentang topik ni. Tapi bila mood nak menulis tu agak tidak kesampaian, maka biarlah dulu.

Okay, hari ini saya nak kongsi tentang 'public parenting'. Haishhh.... tak sama tau, 'home parenting' dengan 'public parenting' ni. Bila di rumah, jika anak-anak buat perangai, degil tidak mahu mendengar kata atau arahan, kita boleh meninggikan suara atau hadiahkan secalit dua tanda kat paha tu jika perlu. Di kawasan orang ramai, takkan lah pula tetiba sahaja suara kita nak bergema bagaikan halilintar membelah bumi. Paling tidak pun mungkin sekadar jelingan manja sambil sepit ketam singgah di paha gebu tu kan..... Tapi kemudiannya terimalah padah bersambut dengan ratapan pilu anak anda yang memecah keheningan maya....hahahahahaha....

Dalam kes ini, saya ambil contoh saya dan Puteri bertuah lah. Sejak dari keluar dari bilik bedah, sudah dikenalpasti karakternya. Dengan kain lampin yang dibedong tu dah tertanggal, siap kaki tangan menggawang di udara, fikir sendirilah karakternya bila dah besarkan??? Saya ni tak boleh tinggalkan dia barang sesaat pun, makanya sepanjang 6 hari di hospital, saya cuma mandi sekali sahaja. Tinggalkan sesaat, maka dengarlah suaranya menyaring satu wad!!!

Bonda dan ayahanda memang tak pernah izinkan saya keluar membawa Tuan Puteri tanpa salah seorang dari mereka. Susah hendak kawal dia sebenarnya. Bila sudah agak faham bahasa melayu tu barulah saya berani. Itu pun dengan syarat yang berjela jugalah. Contohnya:

- Bila shopping barang-barang dia akan duduk dalam troli sahaja, tak boleh jalan-jalan sendiri. Ye lah, mana nak tolak troli, mana nak tengok barang, mana nak pegang dia kan?

- Bila berjalan, sentiasa pegang tangan dia, jika dia sibuk-sibuk tak mahu dipegang, makanya balik terus tanpa apa-apa notis!

- Jika nak membayar tu, si Tuan Puteri akan kena pegang baju saya. Ye lah, saya dok sibuk-sibuk menggodek beg duit, kang dia dok sibuk-sibuk pegang barang itu ini, jatuh atau pecah, siapa nak bayarkan. Satu lagi jika ada manusia yang perlahan-lahan tarik tangan ke, siapa yang perasan.

- Jika asal-usulnya hendak beli buku, makanya beli buku sahaja. Jika hendak beli sesuatu yang lain, perlulah pertimbangan dari saya dahulu. Biasalah, dah pergi shopping tu kadang-kadang mulalah nampak mainan yang terkenan di hati. Jika dia sibuk-sibuk hendak beli juga, makanya tak perlu beli apa-apa pun! Balik!

Hahahahaha.... Over tak saya????

Haii...tak mudah sebenarnya nak buat 'public parenting' ni. Mencabar minda dan tenaga sebenarnya. Anak-anak ni, bila dirumah memang mendengar kata, tetapi sesekali di kawasan orang ramai inilah nak membuat perangai. Jadinya, ibu-bapa yang bagaimana anda nak jadi? Yang tegas, yang lemah-lembut atau yang tak kisah langsung apa anak anda nak buat?

Bila anak anda mengamuk misalnya di tengah tempat shoping akibat kehendak hati yang tidak dipenuhi, apa yang anda akan buat? Sesetengah ibu-bapa akan biarkan sahaja, betul tak? Tapi adakalanya kita kena tahu, ada orang yang akan terganggu dengan kerenah anak kita. Maklumlah tengah mengamuk macam tu kan? Pencemaran bunyi, kacau-ganggu semua ada. Adalah sebaiknya, jika sebagai ibu-bapa, anak tengah mengamuk macam tu, segeralah ambil/dukung anak anda, bawa keluar dari tempat kejadian, tenangkan dia. Pendekatan yang paling baiklah. Tapi macam saya, si Tuan Puteri tak berapa reti bahasa memujuk. Saya lebih tegas di situ, diam atau balik! Kehkehkeh...sekiranya masih nak berlagu riang, saya akan tinggalkan dia seketul di tempat kejadian. Terus dia diam dan mengejar saya..... Bagi saya, saya boleh berbincang dan boleh mempertimbangkan setiap permintaan hatinya. Tapi bila saya kata tidak boleh atau nanti, silalah mengerti dan jangan membuat ragam di tengah orang ramai. Memang dia agak mengerti sekarang dan tak berani lagi membuat ragam. Alhamdulillah.....

Sebenarnyakan, bila kita tengok anak orang lain mengamuk tak tentu arah di pasaraya atau di dalam restoran atau di dalam LRT misalnya, janganlah kita sewenang-wenangnya cakap yang ibu-bapa budak tu tak reti nak didik anak atau sebagainya. Anak-anak ni adakalanya, di luar dan di kawasan awam itulah dia nak buat perangai luar jangka, cuma sebagai ibu-bapa, pendekatan pun kenalah betul dan tepat sebelum jadi sesuatu diluar dugaan. Hanya orang yang dah beranak pinak sahaja yang lebih mengerti.... Bertuah sangatlah jika anda ada anak yang mendengar kata, arahan dan permintaan hati anda sepanjang masa. Yang mampu hanya duduk di kerusi sewaktu makan di restoran tanpa berlari-lari keliling meja atau main 'pekaboo' di bawah meja!


Ini salah satu contoh yang best untuk mengawal anak anda sewaktu membeli-belah. Perasan tak, si ibu tu hanya memegang tocang si anak sahaja sewaktu jalan-jalan. Jika tidak dipegang nanti entah kemana-mana je anak tukan... Nuriel pun kadang-kadang tak mahu tangannya dipegang sebab masa itu sibuk nak makan aiskrim dan sebagainya, saya akan pegang kolar baju dia sahaja. Tetapi, tetap tak lepas dari tangan saya. Hmmm... ada juga kegunaan tocang ni rupanya selain dari untuk comel dan kemas...:)

2 comments:

  1. Saya yg beranak 5 pun tak kira, jika dah buat perangai, kena marah juga hehe...
    Jika dia buat silap perlu tegur serta-merta bagi depa faham.Ya, saya juga sangat takut bila bawa anak-anak keluar, takut jika anak saya diambil orang! Bayangkan 5 orang anak, jika tanpa suami, tak keluarlah saya hahaha!

    Orang mmg tak faham cara kita jaga anak, tapi pada saya, daripada anak jatuh luka atau lebih teruk, hilang! Baiklah saya menempik dan kuat suara hehehe...janji semua ada dan selamat!

    ReplyDelete
  2. ...hikhikhik....hanya org yang dah punya anak akan lebih mengerti. Ada juga org kata saya tegas sangat dengan anak. Tapi jika kat dalam rumah tu dia mmg manja amat dengan tok dan manja terlampau dengan atok, siapa lagilah org yang dia akan takut dan mendengar kata jika bukan saya.

    Saya baru seorg saja, Liza dah 5, mesti lagi hebat skill tempik gempita tu kan...hehehehehe

    ReplyDelete