Hari ini hari yang agak malas, suasana dingin dan lembap ini membuatkan saya turut terasa ingin berkulat di rumah. Berharap sangat hari Khamis itu cepat menjelma, supaya saya dapat merasai Jumaat itu lebih hampir. Hehehehe.....(teruk betul...)
Tetapi, dalam suasana dingin dan lembap itu pun sempat jualah saya berkarya malam ini. Oleh kerana hari ini saya tiba dirumah lewat akibat jalan yang sesak tahap melampau, dan sememangnya saya sendiri pukul 7 masih di pejabat, maka hasil karya malam ini adalah ringkas. Dalam erti kata lain, polos sahaja. Sebenarnya, Tok Timah telah dihadiahkan oleh Tok Wan Usop HP baru....
Tok Timah: Hang tak dak ka sarung HP lebih-lebih yang tak juai lagi?
Saya pun ambil la HP dan membelek-belek, cuba mensuai-padankan dengan HP Pouch yang masih ada dalam stok. Hmmm...kebanyakannya besar sangatlah pula. Maka tadi jualah saya menggunting, menyeterika dan menjahit, lalu terhasillah karya yang ringkas sangat ini.

Taraa.....tengok, bahagian hadapannya memang polos sangatkan? Hmmm.....Okay, saya tahu komen Tok Timah nanti:
1) Awat kelabu sangat?? (Hehehehe, dia memang tahu citarasa anaknya yang kelabu hasap)
2) Nampak warna dia macam buruk la...... (Hehehehe...ini juga citarasa saya, sesuatu yang nampak lusuh...nampak menarik dimata saya....hahahaha)
3) Awat keremetmot-keremettot???? (Maaf mama, anak mama malam ini malas nak 'on-iron' lagi......hehehehe....tak beriron, sebab tulah bentuknya agak tidak sekata ya tuan-tuan dan puan-puan....)

Bahagian belakang juga sama polosnya, tetapi tak lupa saya tempekkan label ya.... dan saya lengkapkan dengan ekor untuk memudahkan Tok Timah mengeluarkan HP tu nanti.
Bahagian dalamnya pula saya letakkan fabrik printed cotton bercorak bunga-bunga. Bahagian luarnya pula saya gunakan cotton linen bercorak polka dot bewarna biru dan putih. Ekornya itu saya gunakan Bias tape saja dan hujungnya saya letakkan butang comel bercorak bunga warna pink yang saya baru saja beli dari giffy.
Ringkas sangat ke? Hmm....okay pe....macam Simplysiti......(betul ke???). Syhh...Tok Timah tak tahu lagi saya dah buatkan baju untuk HP baru dia tu. So, saya sarungkan ke HP baru dan letakkan dalam bilik diam-diam... Konon-konon suprise le ni....hehehehe.... Supprisekah Tok Timah esok???? Jeng, jeng, jeng.......
simple but nice..
ReplyDeletetq mila....:)
ReplyDelete