Followers

Sunday, August 8, 2010

Make over - Nuriel's shoes

Al-kisahnya kasut yang agak comel dimata saya ni sudah agak lama saya beli. Sewaktu bulan Februari masa tu (dengan kewangan yang agak terhad sewaktu tempoh pengangguran). Jadi kasut ini agak nostalgia jugalah di dalam hati saya sebab saya berusaha untuk menyempitkan kewangan diri untuk membelikan si Puteri ini sepasang kasut baru. Tetapi sayang, si puteri tak lah pula pandai menggayakannya. Agaknya dia tak biasa berkasut macam ni. Si puteri lagi selesa bersandal sahaja atau pun berkasut 'sport' gituu.......

Alasan si puteri tidak memakai kasut ini adalah: 'kasut ni besar sangat la mama...'.

Bukan besar sangat sebenarnya. Tetapi memang dia tak begitu pandai bergaya dengan kasut ni. Agaknya setiap kali melangkah dia akan terasa macam kakinya hendak terkeluar dari kasut. Jadi selalunya dia akan berjalan seumpama robot dan hati saya pula jadi belas bila tengok dia dalam keadaan tidak selesa begitukan. Jadi kasut itu terbiar agak lama sehingga kini.

Memandangkan kasut ini mempunyai sentimental value dalam hidup saya dan juga kaki anak-anak ini yang begitu cepat pertambahan saiznya, maka saya membuat sedikit pengubahsuaian dengan harapan si puteri akan selesa bila mengenakannya nanti......:)



Okay, ini kasut yang asal tanpa sebarang pengubahsuaian.



Taraa.....dah siap diubahsuai. Sebenarnya hanya tambahkan satu tali (ye ke?) dekat situ agar si puteri yakin bila berjalan yang kasutnya takkan tertanggal dari kakinya....:)



Okay....then saya hiaskan dengan sebutir bead yang bersinar-sinar gitu. Sebenarnya bead ni pilihan si puteri sendiri.....: 'adik nak berkilat-kilat bercahaya...'. Begitulah ayatnya....:)

Sekian......sayangkan jika benda yang kita beli kemudian tak dapat digunakan, dah tak boleh kita gunakan atau terbuang begitu sahaja. Jadi sedikit pengubahsuaian boleh menambah nilai dalam sesuatu barang yang kita samada yang baru dibeli atau barangan lama untuk kelihatan baru...atau dalam kes macam inilah......ghegheghe.....

No comments:

Post a Comment