Followers

Sunday, August 1, 2010

Bintumobira's Sling Bag

Hmmm......hari ni hari Ahad. Rehat dirumah sahaja, maklumlah, Nuriel pun demam hari ini dan mama Nuriel pun tak berapa sihat. Walaupun tak sihat tapi saya cuba juga untuk menyiapkan tempahan yang melambak ni. Bukan apa, tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang. Sepanjang bulan Ramadhan ni segala tempahan tidak akan diambil sebab nak tumpu pada hal-hal rumahtangga. Contohnya, baju Nuriel nak dijahit, baju sendiri pun tak jahit-jahit lagi, ingat nak siapkan table runner atau apa-apalah untuk hal-hal rumahtangga.

Jadi pagi tadi saya siapkan sling bag untuk kawan kepada seorg kawan...hehehhe...maaflah nama sebenar tak ingat la....tapi dia suruh saya letak nama 'Bintumobira'. Kecik je dihujung. Fabrik ni dia sendiri yang pilihkan. Hasilnya, Seperti inilah:



Bag untuk Bintumobira ni, boleh dijadikan handbag......


Ok, saya hiaskan dengan 'ruffle button brooch' yang sedondon, tapi ini tak termasuk dalam spesifikasi pembuatan bag sewaktu perbincangan diadakan ya.... ini adalah 'gift' dari 'Petals Patch' untuk tuan yang empunyanya nanti...:)...harap dia sukalah...:)


Actually, boleh juga digunakan tanpa hiasan tu....hehehehe. Jadik cenggini je la bila tanpa brooch tu.....brooch tu masa emergency boleh hias kat tudung erk..mcm yang org pakai dalam entry sebelum nih....


Hah...tali boleh bagi panjang untuk dijadikan sling bag....hehehehe.....kira ala2 dua dalam satu le ni...


Bahagian dalamnya saya letakkan 1 poket kecik dari fabrik warna brown dan dalamnya si empunya pilih kain bunga-bunga....:)


Bahagian luar (belakang), saya tambahkan 1 poket kecil dan berzip......senang lah nak letak tisu ke apa ke kan....:)

Hmm....harap si empunya sukalah kan......kecik je bag ni...tak lah sebesar bag saya yang hari tu saya buat (saya punya mmg besar sebab banyak nak diisi...) hehehehe..macam-macam ada....

No comments:

Post a Comment