Followers

Monday, August 2, 2010

'Ruffle button brooch the series'

Sebenarnya tak ada apa pun nak up-date kat sini. Sekarang hanya sibuk potong-potong pattern untuk projek seterusnya sahaja. Jadi, belum ada hasil yang menarik untuk saya paparkan di sini. Maka dengan itu, saya pun menampalkan 'ruffle button brooch the series' sewaktu di awal pembikinannya hari itu. Ada yang saya dah siap pack hari itu juga dan ada yang semalam baru saya pack-kan. Macam-macam warna ada lahkan, kebanyakannya ikut kehendak orang yang memesan. Ada yang saya buatkan untuk dijadikan 'free gift' kepada pelanggan saya yang memesan hasil kerastangan sayaberjumlah RM30 ke atas.



Saya masih mengusahakan untuk menghasilkan lebih banyak. Tapi buat masa sekarang rehat dulu sekejap. Buat delivery sahaja 2 hari ni untuk pastikan workstation saya surut sedikit dan ada ruang untuk kerjatangan yang baru nanti.....

Okay, apa agaknya projek saya lepas ini? Hmmm.....mungkin saya cuba menyiapkan diapersbag...Dah siap nanti saya akan uploadkan ya...:)

No comments:

Post a Comment