Followers

Thursday, July 21, 2011

HP Pouch yang simple

Sekarang saya jarang-jarang mempamerkan hasil kerastangan saya kan? Hmmm.... Sebabnya, saya rasakan hasil kerastangan saya kebelakangan ini agak keras. Tetapi saya masih juga gigih menjahit kerana saya tidak mahu jari-jemari saya turut keras atau Cik Nina merajuk pula.

Okay, dengan itu, saya mempamerkan salah satu hasil kerastangan saya yang memang keras pun iaitu HP Pouch. Simple sungguh dengan fabrik 'printed cotton' yang comel berlatarbelakangkan hitam dan bercorak 'Pots & Flower' ini.


Bahagian dalamnya saya gunakan fabrik 'printed cotton' juga dengan corak belang-belang merah putih dan untuk tali pula saya gunakan 'printed cotton' juga dari corak yang lain tetapi warna yang sama dengan fbrik bahagian dalam. Saya hiaskan hujung tali tersebut dengan butang bentuk bunga bewarna pink.


See....keras sungguhkan hasil kerastangan saya kebelakangan ni...huhuhuhu....tapi si penggunanya suka.... Dia LIKE, katanya...hehehehehe

2 comments:

  1. ko je rs kerass..aku tgk cantik jer...
    klu aku dekat, dh lama aku order lagi..

    Pani

    ReplyDelete
  2. ...hikhikhikhik.....
    tq ya.....sekarang ni tgh gigih merajinkan diri balik. Dah nak raya...banyak lagi yang kena buat.... Order mula berderet semula...hikhikhik

    ReplyDelete