Followers

Saturday, August 28, 2010

Aktiviti Di Hari Cuti....termasuklah menyertai 'Giveaway'

Hmmm.....bulan puasa ni kena diakuilah kurang produktiviti la..... Tapi apa-apa pun kerja-kerja tetap dijalankan macam biasa, cuma agak perlahan sahaja. Hari Jumaat semalam Pulau Pinang bercuti sempena hari Nuzul Al-Quran. Maka dengan itu, saya ada cuti 1 hari extra dari kebiasaan dan dengan bahagianya saya menolak ajakan rakan-rakan untuk membuat kerja lebih masa. Sebabnya, rasa-rasa badan ini memang memerlukan sedikit rehat dan di samping memandangkan kerja-kerja di rumah yang agak setambun tu. Order pun banyak yang belum langsai, maka ada baiknya saya habiskan masa dirumah sahaja.

Oleh itu, pagi-pagi lagi saya dah mengadap Cik Ninalah untuk bersama-sama menyiapkan Sling Bag yang telah di-order oleh Cik Umie. Untuk sling bag ini saya gunakan fabrik yang saya shopping dari MyBotang, dan telah tentunya tuan yang menjualnya bawa terbang jauh dari Japan. Sebenarnya saya suka dengan coraknya, tapi ye la, sayang macam mana pun takkanlah nak disimpan saja. Kenalah juga dijahit, diberi pada orang supaya saya boleh beli baru....kankankankan? Hehehehe......


Oleh kerana saya ada rehat yang cukup, maka saya pun menyertai giveaway yang dianjutkan oleh Kawaii Station. Sebenarnya dah lama Alissa suruh saya join nih, ye la sebab banyak stok yang saya shopping dari dia baru-baru ini. Cuma baru sekarang rasanya berkesempatan untuk menyertainya. Ada beberapa gift yang menarik, tapi yang paling menarik hati adalah fabrik dan fabrik label seperti yang anda nampak dalam gambar di atas inilah....huhuhuhu....Alissa....saya nak...:)...

Jika sesiapa berminat, silalah lawat ke Kawaii Station nih...sempat lagi sebab tarikh akhir 8 September.....:)...mata saya bling-bling je bila tengok stuff kat sini taw.....huhhuhuhu....

Okay....berbalik pada cerita saya....tengah harinya, saya bawa Nuriel dengan Tok Timah pergi shopping barang keperluan untuk hari raya nanti. Bukan apa, nanti tidaklah saya kalut-kalut nak pergi beli barang bila dah dekat-dekat sangat dengan hari raya. Cuti saya pun betul-betul bermula pada hari raya pertama tu saja, kenalah bershopping awal....:).....



Nuriel kena duduk dalam troli, kalau tidak, tak larat nak kejar dia nih....


Budak mata cepet!


Membelek Chesedale..:)


Bila dah malam, kami pun keletihan sebab siangnya bershopping sakan. Maka, kami sekeluarga berbuka puasa diluar sahaja hari ini dan kira untuk Ramadhan ini, inilah pertama kali buka puasa diluar.


Banyak jugalah Nuriel makan semalam.....


Ni sewaktu awal-awal (dia buka puasa dulu....nasi putih dengan ayam goreng..)

Ini hanya gambar tempelan.....kehkehkeh...Nuriel dan mama....(sama ke tak serupa???)...hahahaha



Saturday, August 21, 2010

Tutorial - Beg Bekas Air

Okay....hari ini rasa macam okay sikit kesihatan ni.... Sebenarnya dah 2, 3 hari jugalah macam ni. So, tak banyaklah update di blog juga.....:). Hmm....sebab 'sharing is caring' maka di hari yang agak cerah ni saya akan berkongsi sikit cara untuk membuat Beg Bekas Botol Air. Kira pada ibu-ibu yang ada mesin jahit, ada banyak stok kain cotton yang lebih-lebih tu, hah....boleh la mencuba ya.....:). Saya kira ni cara yang paling mudah dan hasilnya agak ok lah juga kan......:)

Sebelum ini saya buatkan untuk puteri saya. Tgk sini. Kemudian adalah pula yang berkenan untuk menempah. Tapi kalau nak buat sendiri, hmm....tgklah cara-cara di bawah ini ya...:)

Bahan-bahannya:

Sekeping Printed Cotton Corak A bersaiz 10" panjang x 8 1/2" tinggi
Sekeping Printed Cotton Corak B bersaiz 10" panjang x 8 1/2" tinggi (Sekiranya hendak menggunakan corak yang sama dengan A juga boleh)
Sekeping Printed Cotton Bercorak C bersaiz 10" panjang x 10" tinggi yang dilipat dua
2 Keping Printed Cotton Bercorak A dipotong bulat pada diameter 3 1/2"
*semuanya perlu sekurang-kurangnya dilebihkan 1/2" sebagai basi

Sekeping Batting bersaiz 10" x 8 1/2" (jika nak mudah ikut saja saiz kain bercorak A)
Sekeping Stabilizer berbentuk bulat ikut diameter 3 1/2"
Tali (panjang ikut sesedap rasa sajalahkan. Tali ni boleh dipelbagaikan, sebelum ini saya gunakan tali cotton yang siap dijual tapi kali ini saya gunakan bias tape saya untuk dijadikan tali)


Cara-caranya:


Mula-mula sila letakkan stabilizer di atas salah satu Fabrik A yang bercorak bulat. Pastikan bahagian yang bergam adalah menghadap bahagian salah fabrik tersebut dan kemudian seterika. Lapiskan fabrik berbentuk bulat satu lagi, pastikan bahagian yang betul adalah saling berhadapan di bahaguan dalam. Jahitkan di sekeliling stabilizer yang bercorak bulat tadi. Sila tinggalkan ruang kecil untuk tujuan membalikkan fabrik itu nanti. Bila sudah siap dijahit, balikkan dan jahit bahagian yang tidak dijahit tadi.


Bias tape ini boleh disediakan lebih awal atau sewaktu proses membuat. Bias tapi ini boleh dibuat menggunakan fabrik yang bersaiz 3.5mm lebar tetapi perlu menggunakan alat untuk membuat bias. Jika tiada, boleh beli dipasaran atau nak lebih mudah, gunakan saja cara tradisional.....jahit bahagian yang salah fabrik kemudian terbalikkan.....Panjang sila ikut kesesuai si pemakai. seperti saya, kena agak detail sikit untuk membuat tali sebab kadang-kadang tu tak dapat pastikan tinggi di pemakai. Maka kenalah letak slider untuk adjust tali beg tu nanti.


Lapiskan batting di bahgian salah Fabrik A dan perlu dibuat quilting (kena buat lah, jika tak buat memang tak kemas. Walau pun sikit dan kalau nak guna Free motion pun ok juga). Bila sudah siap, lapiskan Fabrik B dan Fabrik A dengan bahagian yang betul saling menghadap di bahagian dalam kemudian jahit sekeliling. Sila tinggalkan bahagian yang tidak berjahit sekurang-kurangnya bersaiz 2" untuk tujuan membalikkan fabrik itu nanti. Bila sudah siap dijahit, balikkan dan jahit bahagian yang tidak dijahit tadi.


Jahit sekeliling ya...:)


Kedua-dua bahagian bawah (bulat) dan bahagian badan tadi yang telah siap dijahit dan dibalikkan hendaklah diseterika untuk mengemaskan bahagian tepi bahagian yang telah diterbalikkan.


Lipat dua bahagian badan tersebut dan mula menjahit untuk mencantumkan kedua hujung tepi serta pastikan jahitan adalah pada bahagian dalam badan beg.


Kemudian pinkan keseluruhan bahagian bawah yang berbentuk bulat di bahagian badan beg yang telah dicantumkan tadi dan jahit sekeliling. Ini pentingnya ukuran, jika tersalah ukuran, maknanya badan dan bahagian bawah beg ini tak samalah jadinya.


Fabrik C yang telah dilipat dua ini perlu dijahit pada bahagian yang salah, diterbalikkan mengikut proses yang sama seperti juga badan beg tadi. Setelah itu, lipat bahagian atas Fabrik C pada saiz 1" dan jahitkan. Bahagian tepi perlu dilipat 45 darjah untuk memastikan ada ruangan untuk tali dimasukkan. kemudian barulah dijahit untuk mencantumkan kedua sisi Fabrik C.


Terbalikkan Fabrik C dan masukkan ke dalam badan beg tadi. Pinkan tali (nampak tak fabrik yang terjulur keluar tuu...) dan mulakan menjahit di sekeliling.



Masukkan tali di bahagian Fabrik C yang telah dilipat tadi dan hiaskan...(ala2 buat kek lah juga ni..).

Nak jerut sesuka hati je la fesyennya.....:)....


Sebab yang ini belum berpunya, tak adalah nama. Tapi nanti boleh juga nak buat nama guna felt dan jahitkan di bekas ini ya, seperti yang saya dah buat sebelum ini.


Ini model tetap Petals Patch yang siap menggayakan beg bekas air yang dah saya siapkan ini. Hmmm...dah pun siapkan satu Beg Bekas Air yang boleh dibuat untuk puteri tercinta, putera pun boleh apa. Dan jangan tak percaya, ayahanda saya pun minta dibuatkan satu tau. Cuma bila buatkan untuk lelaki ni, fabriknya janganlah fancy sangat pula kan....:)

Selain daripada itu, kalau nak buatkan hadiah pun boleh. Saya ada lagi tempahan berderet untuk bekas air ini....semua serupa saja nanti, cuma yang berbeza diperincian nama tu saja....:)... nanti saya upload ya....:)

tak ambil masa yang lama pun nak buat ni, kalau bahan semua sedia ada, satu jam boleh siap satu.....Selamat mencuba ya...:)

Undefined

Hmmm...out of topic for a while.......the feeling is undefined....:(

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Sunday, August 15, 2010

Pouch Si Pari-Pari -Promosi Hari Raya?

Keskeskes......alahai.....sepagi tadi bersama Cik Nina. Malam ni pula memandang PC je la jawabnya sebab ada kerja pejabat yang harus saya selesaikan pada kadar segera. Hmmm..... Ok, macam yang saya janjikan sebelum ini, saya akan uploadkan gambar untuk set pouch si pari-pari ni kan.... So, inilah gambarnya.....:)..... Satu set pouch yang comel bersama sepasang hair clip dari fabrik yang sama. Ni kira Promosi hari raya lah. Untuk info lanjut boleh rujuk sini ya.



Apa pula ni? Ini gambar handbag si mama nuriel yang bertuah yang berkurun zaman diusahakan untuk disiapkan dengan jayanya. Tapi nampak gayanya lambat juga siapnya. Ye lah, asyik buatkan untuk org saja, yang diri sendiri diabaikan. Isk3....tak boleh jadik ni. Bulan ini mesti siapkan jugak!!!!!!! Hmmm.... Macam kelabu hasap juga ke warnanya? Nak buat macam mana kan, dah memang balik-balik warna ini jugalah pilihan hati saya....:)........

Pouch si pari2 saya dah siap...:)

Hari ini hari ahad yang cerah. Jadi sepagi jugalah saya menghabiskan masa bersama Cik Nina. Apa yang kami buat? Ya......terhasillah pouch si pari-pari. Pa gunanya pouch ni? Hmmm....saya saja buat untuk jualan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ni. Jadi sesiapa yang berkenan boleh la jengik-jenguk ke galeri saya nanti ya. Sebenarnya saya akan setkan dengan sepasang hair clip. Tapi saya tak sempat nak upload sekali. Nanti saya akan up loadkan di entry yang akan datang....:)

Saya gunakan printed cotton yang mempunyai gambar pari-pari. Sebab itulah nama pouch ini adalah pouch si pari-pari. Walau pun kelihatan sama saja tapi memang tak serupa sebab saya kombinasikan warna fabrik yang berlainan untuk setiap pouch ni. Warna ala-ala traffic light gitu, ye la, merah, oren dan hijau.....:)....

Layan je la gambar-gambar ni.....sebenarnya bila dah siap, saya suka pula dengan warnanya. nampak ceria. Ye la....klu anak-anak yang nak guna, mestilah kena ceria kan.....takkan nak kusam pula.......


Saya sempat buat 3 dulu. Yang lain bakal menyusul...:)


Pandangan dekat


Bahagian dalam pouch.....hehehehe

Friday, August 13, 2010

Butterfly Pouch di hari hujan......

Percaya atau tidak, bila kita dah biasa menjahit dan seronok dengan menjahit, letih atau tidak larat macam mana pun mesti nak menjahit juga. Jadi tadi selepas berbuka, saya pun menggodek-godek la Cik Nina lalu terhasillah pouch yang simple ni. Tapi kenapa saya suka pouch yang simple dan comot ni? Sebab, ia diperincikan dengan 2 jenis wood button. Yang bentuk 'butterfly' tu adalah hadiah dari seseorg dan saya memang sayangkan button ni. Tapi takkan nak simpan sajakan, mestilah kena guna walaupun sayang.....:)

Jadi, saya pun namakan pouch ni sebagai Butterfly Pouch. Simple.....dan comot....tapi unik sebab saya yang buat dan tak ada jual kat kedai....hehehehe.....


Agaknya sebab 2 hari sebelum puasa, saya meredah hutan simpanan Bukit Bendera untuk mengambil ukuran longkang. Berjalan berkilo-kilometer membuatkan letih tu masih tak hilang hingga hari ini. Jika bulan Ramadhan, memang saya dah ke spa buat terapi ni....nanti bila senang saya up-loadkan gambar2 menarik yang sempat saya snap kat atas sana. Cantik pemandangan....(sebelum meredah hutan tu la......). Dah masuk ke kawasan hutan tu....cantik jugalah....hijau saja...hehehehe

Inilah antara pemandangan di Bukit Bendera...sewaktu ekspidisi mengambil ukuran dilaksanakan.....:)

Hahhh....inilah antara longkangnya.....ni hanya permulaan sebelum hutan belantara yang seterusnya diredah.....nampak tak longkang ni memang betul-betul dalam HUTAN!!!!!


Thursday, August 12, 2010

Aktiviti di awal Ramadhan

Salam.....:)

Hmmm...rasanya macam dah lama tak update blog ni. Ye lah...sewaktu awal-awal bulan puasa ni memang terasa sangat produktiviti diri sendiri agak menurun. Tapi tak apa, sekejap saja ni. Selepas sedikit service, tuning dan sebagainya, seperti sediakala harapnya. Kalau tidak memang masak saya.....ghegheghe....(ni pinjam kata-kata seorg kawan).

Sebagai permulaan saya memang pelan-pelan membelek kelopak-kelopak bunga saya yang akan saya gunakan di dalam produk saya yang akan datang. Selain dari pada itu, saya juga telah menghasilkan sebuah clutch bag yang simple la sesangat. Kali ini saya gunakan fabrik warna brown dan susah nak kotorlah warna fabrik ni. Maklumlah, bila dan nama pun clutch bag yang letaknya di tangan sahaja maka cepat sangat kotornya. Sebab tu rasanya bila guna fabrik warna gelap lebih mudah untuk dijaga kot....:). Bila saja dah siap, saya pun tempelkan bag ni di galeri saya.


Double love Simple Clutch Bag yang saya hiaskan dengan sedikit lace dan 2 button berbentuk love yang comey...:)


Eh!...hehehe saya dihari pertama puasa? Bukan....sehari sebelum puasa sebenarnya.....:)


Ok....the petals will bloom soon....

Doakan saya sihat ya....doakan semangat saya tak luntur dalam mempersiapkan tempahan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni......huhuhuhu....dugaan banyak betul la.......(",)

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan buat semua pembaca blog saya yang beragama Islam....semoga bulan ini dipenuhi keberkatan darinya...... Insyaallah... :)....

Monday, August 9, 2010

My Ruffle Lace Brooch

Hmm....siang tadi letih betul sebab kena buat aktiviti melawat site yang lebih menjerumus ke arah hari hiking sedunia. Uishhhh....letih, kaki ni sengal je rasanya. Pinggang tak payah ceritalahkan. Maka sambil merehat-rehatkan diri sambil juga melayan cerita CSI, maka saya pun menggodekkan brooch saya yang terkini. Bila dah siap, terasa sayang la pula nak bagi dekat orang. Tapi memang selalunya saya akan buat extra dan saya tempelkan di Blog Petals Patch yang akan saya jadikan macam galeri gitu.....boleh melawat di sini ya....:)...



Hmmm...antara yang sempat saya snapkan gambarnya. Yang lain saya dah siap-siap pack. Terlupa nak snap pula....:)

Sunday, August 8, 2010

Make over - Nuriel's shoes

Al-kisahnya kasut yang agak comel dimata saya ni sudah agak lama saya beli. Sewaktu bulan Februari masa tu (dengan kewangan yang agak terhad sewaktu tempoh pengangguran). Jadi kasut ini agak nostalgia jugalah di dalam hati saya sebab saya berusaha untuk menyempitkan kewangan diri untuk membelikan si Puteri ini sepasang kasut baru. Tetapi sayang, si puteri tak lah pula pandai menggayakannya. Agaknya dia tak biasa berkasut macam ni. Si puteri lagi selesa bersandal sahaja atau pun berkasut 'sport' gituu.......

Alasan si puteri tidak memakai kasut ini adalah: 'kasut ni besar sangat la mama...'.

Bukan besar sangat sebenarnya. Tetapi memang dia tak begitu pandai bergaya dengan kasut ni. Agaknya setiap kali melangkah dia akan terasa macam kakinya hendak terkeluar dari kasut. Jadi selalunya dia akan berjalan seumpama robot dan hati saya pula jadi belas bila tengok dia dalam keadaan tidak selesa begitukan. Jadi kasut itu terbiar agak lama sehingga kini.

Memandangkan kasut ini mempunyai sentimental value dalam hidup saya dan juga kaki anak-anak ini yang begitu cepat pertambahan saiznya, maka saya membuat sedikit pengubahsuaian dengan harapan si puteri akan selesa bila mengenakannya nanti......:)



Okay, ini kasut yang asal tanpa sebarang pengubahsuaian.



Taraa.....dah siap diubahsuai. Sebenarnya hanya tambahkan satu tali (ye ke?) dekat situ agar si puteri yakin bila berjalan yang kasutnya takkan tertanggal dari kakinya....:)



Okay....then saya hiaskan dengan sebutir bead yang bersinar-sinar gitu. Sebenarnya bead ni pilihan si puteri sendiri.....: 'adik nak berkilat-kilat bercahaya...'. Begitulah ayatnya....:)

Sekian......sayangkan jika benda yang kita beli kemudian tak dapat digunakan, dah tak boleh kita gunakan atau terbuang begitu sahaja. Jadi sedikit pengubahsuaian boleh menambah nilai dalam sesuatu barang yang kita samada yang baru dibeli atau barangan lama untuk kelihatan baru...atau dalam kes macam inilah......ghegheghe.....

Saturday, August 7, 2010

FOR SALE - Party Bear (Diapers Bag)

Ingat lagi tak sebelum ini saya ada kata nak up-loadkan gambar sebaik saja siap diapers bag yang terkini ni. Okay, sekarang saya dah up-load...:).... Hmmm...sebenarnya memang belum berpunya diapers bag ni. Saya saja buat setelah saya lihat stok kain gambar bear yang comel ni sewaktu saya memunggah stok kain hari itu. Hasilnya seperti yang boleh dilihat disinilah. Besar, memang besar. Saiznya 17" panjang x 5" lebar x 14" tinggi..... dan ada banyak poket disini. Sajalahkan, bila dah nama pun diapers bag, tentulah ada banyak barang yang nak diisi nanti, segala pampers, baju, tuala kecik, botol susu, air lagi....hmmmm.........kira banyaklah khazanah yang hendak dibawa. Sebab tu lah ada banyak poket disini supaya semua tu dapat diletakkan berasingan dan tidak terkial-kial mencari bila dah kalut-kalut nanti kan....:)


Keskeskesss......Si Bear yang berhidung besar.......:)




Kat belakang saya letakkan poket yang berzip untuk letak benda penting agar tidak tercicir pula.


Bahagian dalamnya yang ada lagi 2 poket dan cukup luas rasanya nak letak bajua atau pampers anak nih...:)

Memandangkan beg ini belum berpunya, sesiapa yang berminat bolehlah carik saya nanti ya....:)....Saya buka perkataan 'FOR SALE' lah macam ni....:)

Another Me: I love to be different...

Hmm....dah agak beberapa hari tak berkesempatan nak up-dated blog saya ni. So, hari ini saya hanya nak kongsi beberapa gambar yang sempat saya snap kebelakangan ini. Bukanlah tujuan nak menunjuk muka saya yang tak comel ni ya...tapi sebenarnya nak tunjukkan cara saya menggayakan 'ruffle button brooch' yang saya karyakan sendiri....:)...

Sebenarnya, tak ada yang istimewanya dengan tudung-tudung yang saya gayakan atau brooch yang saya hasilkan. Cuma adakalanya saya kena terpaksa akur dengan 'I love to be different'. Hehehehe.....so, inilah saya, cara saya.....



Okay...gambar ni jauh...tak nampak pun brooch tu, cuma nampak si Nuriel yang nakal je..... (tapi yang tersemat di dadanya tu....hah....dia panggil sebagai butang 'I love U'...)



Another me....with the ruffle button brooch

Me: with the brooch....in blue



Me again...


and...another me with the jerawat...ghegheghe...(sampai rini tak hilang lagi tau.....:(....)



Hmmm...gambar ni tak de kena mengena dengan brooch atau pun hasil-hasil karya saya yang lain. Cuma ada kena mengena dengan kerjaya saya. Terkejut masa saya mula-mula tengok. Dialognya lebih kurang begini:

Saya: Eh, mana u punya kasut????? (dalam nada memang menjerit)

Dia: (Terus dia tanggalkan kasutnya yang nyaris tak menimpa batang hidung saya...) Kakak, ini besi ada panas. Itu pasal pakai kasut.

Saya: Saya tanya mana u punya kasut. Apa pasai tak pakai kasut sarung? (Kalau sebut safety shoes pun mmg sah la dia tak faham kan...)

Dia:Tarak apa kakak, jangan risau. Ini macam sudah boleh. Sikit jam saja ini atas.

......dan lain-lain dialog yang memang tak perlu diceritakan di sini. Aduhh, ini yang dinamakan 'safety first' or 'safety not at all'.......??