Followers

Saturday, February 19, 2011

Bekas kekasih, bolehkah menjadi sahabat??

Salam....

Hari Sabtu dah pun tamat.... Maka datangnya Ahad.... Kemudian Isnin.... Kena pergi kerja, meneruskan hari-hari sebagaimana seharusnya. Boleh ke? Boleh..... mesti boleh.... Bila saya nampak dia nanti, saya senyum saja.... macam biasa. Bila saya kena cakap dengan dia nanti, saya cakap saja, macam biasa.... Dalam hati ini, dia tahu tak? Dia takkan pernah tahu... Hati saya ni pedih sangat.... Sebab apa dia tak tahu? Sebab saya pelakon terbaik... Manalah ada orang boleh ketawa-ketawa depan 'ex' diaorang sambil buat kelakar kan???? Saya buat.... Jadi persoalan entry saya hari ini adalah; 'sejauh mana kemampuan anda untuk berhadapan dengan bekas kekasih? Bolehkah dia menjadi sahabat?'.

Bila putus sudah, kasih sayang tu kan.... Mestilah ada rasa sakit hati, dendam ke, benci ke... jadi boleh tak bekas kekasih tu jadi sahabat? Rata-rata tentulah akan katakan TIDAK!!!! Dan saya pun akan berkata yang sama, tak boleh, memang tak boleh. Seperti tadinya saya menonton Filem Hindustan, tajuknya; 'Hum Tum'. Kira salah satu dialog dalam filem tu yang saya ringkaskan maknanya, seorang lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi sahabat kerana cinta adalah penghalangnya. Memanglah mula-mula bersahabat, kemudiannya akan jatuh cinta. Masalah sekarang ni daripada telah jatuh cinta kemudiannya putus cinta. Jika bersahabat, bagaimana nantinya jika jatuh cinta kembali? Akan pastikah perasaan kasih sayang sebagai sahabat akan wujud tanpa rasa cinta lagi? Susah untuk kita pastikan rasa tu betul tak?

Tak apa, jika ada yang telah putus kasih sayang, kemudiannya bercita-cita nak jadi sahabat dengan bekas kekasih atau bekas suami pun boleh juga, ni saya selitkan sikit tips:

1) Ambillah masa dan ruang untuk anda berdua. Jarak dan waktu bisa mengubat hati dan perasaan yang terluka. Jika marah, akan reda nantinya. Jika benci akan kurang akhirnya. Jika sayang, mungkin akan tawar jua. Kurang-kurangkanlah panggilan telefon, atau SMS misalnya. Memang la tak mudah sebab kita dah biasa, pergi tandas berapa kali sehari pun nak maklumkan dekat si dia kan? Dah putus tu makanya, belajar-belajarlah hidup sendiri.

2) Seboleh-bolehnya elakkan dari bertemu berdua sahaja. Kira dalam erti kata lain, janganlah serupa nak dating dulu-dulu lagi dah. Kalau boleh nak keluar tu biarlah beramai-ramai. Makanya tak perlulah bertentang mata dengannya. Mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati bukan? Jadi jangan pandang matanya. Larikan mata kita. Jika dah putus, masih ada rasa cinta, payah tu....

3)
Jangan digoda lagi. Bila dah boleh terima sebagai kawan, sebagai sahabat. Tak perlulah rasanya hendak menggoda kembali bekas kekasih. Mungkin ketika itu, dia telah pun berpunya. Jika belum berpunya pun, cuba ingat kembali sebab musabab terjadinya perpisahan tu. Adakah mahu pisang berbuah dua kali? Jadi, sebaiknya elakkanlah..Janganlah menjadi duri dalam hati sendiri. Dan sebaiknya sebagai perempuan, biarlah maruah diri tu kita pelihara. Jika si dia telah mengkhianati segala kepercayaan, apa perlu lagi ditagih pada kasihnya....

4) Banyakkanlah bersabar. Memang tidak mudah untuk menjadi sahabat dengan orang yang pernah kita sayang. Sedih memanglah sedih, pilu, syahdu semua ada. Tapi, sebagai hamba-Nya, terimalah ketentuan yang dia bukan jodoh kita. Terima dengan hati yang terbuka. Dia bukan lagi untuk kita, hidup mesti berp
ijak di dunia nyata.

Tips-tips ni tak seberapa pun. Ingatlah, tak semua yang kita rancang itu akan menjadi kenyataan. Bila kita berbicara soalnya hati, memang payahlah nak dimengerti, payah hendak ditafsir, payah hendak kita terokai. Apa-apa pun, kesabaran itu penting. Berbaliklah kepada-Nya, mohon dikuatkan hati, keimanan di dada, supaya sentiasa diberikan kekuatan.

Tapi tadi saya kata pada dia; 'satu hari nanti awak akan faham apa yang saya rasa...jauh dalam hati saya, I will never forgive n forget'. Adakah saya seorang yang tidak menerima kenyataan? Saya terima, bukan saya tak terima. Cuma rasanya saya ada hak untuk tidak memaafkan setelah apa yang telah diperlakukan. Tengoklah, saya masih mampu untuk senyum padanya, masih mampu bergurau senda, masih mampu makan semeja, masih mampu segalanya seperti mana rutin sebelumnya. Kenapa? Kerana saya tidak punya pilihan lain melainkan mendera hati saya sendiri. Saya memilih untuk menjaga airmukanya agar segalanya tidak terlalu ketara, supaya tiada siapa yang tahu apa yang berlaku. Jadinya saya berhak untuk tidak memaafkan dirinya atas segala kesakitan yang akan saya tanggung sepanjang tempoh waktu ini. Dan dia tentunya akan lebih faham kenapa saya tidak akan pernah memaafkan segalanya....

Puisi ni saya tulis di bulan-bulan yang sudah. Waktu tu hati sedang berbahagi-bahagi, tak tahu mana jalan yang nak pilih. Nak terima atau tidak:

payah menafsir hati

susah menerka rasa

entah apa yang pasti

..beralah pada kata sebuku daging dalam diri akhirnya

cuba!! mungkin dia yang kau cari selama ini....

Sekali.....saya terima. Sekali.... salah daaaaa....hukhukhukhuk. Adehhhhhh...memang salah rupanya....hujan....lebat....hukhukhuk...lencun hatiku...



5 comments:

  1. As salam......

    Cerita kita serupa cuma berbeza saya dan x tidak pernah berjumpa selepas berpisah di alam nyata.Setelah sekian lama,saya sendiri tidak pernah terfikir dia dapat mencari saya.Saya akur pada ketentuan Allah, tiada jodoh antara kami...dan selayaknya kami bersahabat sahaja...cuma mampukah hati menafikannya?

    ReplyDelete
  2. ...susah bila kita nak bicarakan soal hati....hanya akal sahaja yang mampu menjawabnya....:)

    ReplyDelete
  3. bila berbicara pasal hati sndiri, tiade siape yg bley tolong buat kputusan..crita pade org untuk brkongsi memg mudah tapi untuk tolong tangani memg payah malahan xde pn..hanya pada Allah kita memohon pertolongan...

    ReplyDelete
  4. ...berbalik kepada yang paling asas...itu sebenarnya....apa2 pun hanya allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....

    ReplyDelete
  5. sy pun sama sekarg sy bersahabat dgn bekas kekasih...die pernh tanye sy, bolehkah terima die sbg sahabt? pd awalnya mmg x boleh terima, tp lama kelamaan sy terima dan kitaorg jd sahabat yg baik...walaupun sy tahu die masih menaruh hati pd sy, tp sy sentiasa ingtkn die ttg pmpn yg akan die nikahi....tiada jodoh di antara kami dan sy tahu ade hikamh di sebalik yg terjadi....

    ReplyDelete