Tetapi dalam dunia manusia ada haiwan.....
Betul ke? Betullah tu... Di kalangan haiwan, memanglah tak ada manusia. Sebab haiwan pun kan.... Allah dah kurniakannya begitu. Makhluk yang tidak berakal dan bertindak berasaskan naluri sahaja. Tetapi apa yang kita bimbangkan kini bilamana di kalangan manusia kini telah mula munculnya haiwan-haiwan. Bila mana manusia itu mula melupakan nilai-nilai hidup, kesopanan, kewarasan, tidak lagi mementingkan kesetiaan, tiada lagi istilah menghormati dan tidak lagi memahami erti kasih sayang. Malapetaka itu kian menular dalam hidup bermasyarakat pada hari ini.
Kadang-kadang sedihnya kita melihat masyarakat kita yang semakin runtuhnya nilai hidup murni. Makin kurangnya rasa kasih sayang dalam diri. Sebagai contohnya, kes buang anak yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Kadang-kadang tetiba je rasa syahdu bila terbaca dalam suratkhabar tentang kes pembuangan bayi ni. Di tong sampah, dalam mangkuk tandas, tepi jalan. Kesian dekat bayi tu, apalah dosa bayi tu....
Tengoklah gambar atas ni... Sedihkan bila tengok bayi yang tak berdosa ni dibuang begini. Ramai lagi orang kat Malaysia ni yang beri-ia nak ada anak. Tinggalkanlah depan pintu rumah orang ke, dalam masjid ke, dalam surau ke.... Napelah bunuh pastu buang kat tong sampah....kat tepi jalan, kat dalam tandas....adehhh...syahdu lubuk hati ni sekejap....hukhukhuk
Ni lagi satu kes kat rumah saya ni. Dilakukan oleh ibu yang langsung tak nak bertanggungjawab. Masa berseronok memang tak ingat dunia. Bila dah beranak, tak reti pula nak bertanggungjawab terhadap anaknya. Sekarang siapa yang susah???? Saya juga. Memang dasar berhati haiwan betullah!!! Oppsss... memang haiwan pun rupanya. Ghegehgehe...(so, dimaafkanlah...)
Dua hari dia tinggalkan anaknya tanpa memberi susu, anak pula baru seminggu je usianya. Atas bumbung rumah pula tu. Jenuh jugalah kami sekeluarga nak mengambilnya. Jika dibiarkan atas bumbung tu, mesti matilah sebab ibunya dah tak pedulikan dia langsung. Kesian sungguh nasib dia....

Minum bersuaplah untuk sementara. Pinjam susu Nuriel plak tu....boleh la untuk sementara....
Isk3...sadis tul tengok dia....tertidur dalam kerinduan. Kekadang tu dia sondol-sondol kain lapik dia sambil tangan dia menekan-nekan macam menyusu kat ibunya. Mesti dia rindu kat ibu dia... Alahai....sian dia*sob, sob, sob
Ayahanda saya kata jaga elok-elok kucing nih. Dia ni kucing bertuah.... Mesti dia doakan kebaikan untuk kita sebab kita dah selamatkan nyawa dia. Ye lah ayahanda.... Kita jaga dia baik-baik ye.... Nanti dia doakan kesejahteraan untuk kita sekeluarga...insyaallah..
Nak letak nama apa ye untuk dia....Diskripsinya: Lelaki, warna hitam+kelabu hasap (agaknya belang-belang juga bila besar nanti), ekor kontot, suara nyaring, mata tak nampak warna lagi....:)
Nak letak nama apa ye untuk dia....Diskripsinya: Lelaki, warna hitam+kelabu hasap (agaknya belang-belang juga bila besar nanti), ekor kontot, suara nyaring, mata tak nampak warna lagi....:)
No comments:
Post a Comment