Followers

Friday, February 4, 2011

Mahligai dari airmata....teganya kamu.....

Salam Sabtu....:)

Suka saya sebab hari ini tak bekerja.....menikmati cuti dengan melayan blog sebentar. Dalam berjalan-jalan jenguk blog orang, terbacalah blog Qastalani yang penuh emo. Tajuknya, perghh....sabar Qas.... Biasalah, kita mesti akan emo bila kita terbaca, terlihat atau terdengar cerita-ceriti yang ada serba-sedikit seperti cerita kita juga. Saya pun pernah emo juga sampai biji mata tak boleh nak buka keesokan harinya hanya kerana menonton movie. Tak percaya, saya pernah buat entry sebelum ni....hehehehehe.

*sumber google (putus sudah, kasih sayang...)

Saya pun dengan gigihnya meneliti satu-persatu link yang Qas letakkan. Tapi saya pun tak mahu komen lebih-lebih. Perjalanan hidup ni panjang lagi, tak tahu pula apa yang akan berlaku di depan. Cumanya, saya sedih la bila baca blog si Pisang tu (Pisang adalah merujuk kepada si perempuan yang telah merampas En. Suami dari Pn. Isteri~dah orang lain membahasakan dia pisang, saya ikut je la....tak perasan plak nama betul dia sebab bila baca blog dia ala2 geli biji mata). Dari sedih tu, terbitlah pula rasa kasihan saya kat perempuan yang di gelar Pisang ni. Teruk betul dia dihina, teruk betul dia dicaci, agaknya sepanjang hayat dia kini dipenuhi sumpah seranah orang je. Kesian diakan???? Jangan tembak saya dulu, memang dia patut kena sumpah, memang dia sesuai kena maki atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Sebabnya;

1) Tanpa rasa berdosa, dia rampas En. Suami sewaktu Pn. Isteri tengah sarat mengandung;
2) Tanpa segan-silu dia mengumumkan perampasan kuasanya kepada umum di blog yang dicipta bagi tujuan menyakitkan hati Pn. Isteri yang terlebih dahulu telah terlibat dalam dunia blog nih;
3) Tak terbit langsung rasa kesal di hatinya atas kesilapan yang telah dia lakukan;
4) Tak terlihat langsung kejujurannya dalam ber-blog-ing selain dari niatnya untuk menunjuk-nunjuk dan menceritakan aibnya Pn. Isteri (ada part yang nampak langsung tak logik-contohnya dinner makan malam sempena menyambut hari perceraian[nape dinner berdua dok meja bulat erk???]);
...dan bermacam-macamlah lagi..(maaf lorr...tak ingin nak letak link si Pisang tu....).

Sungguh saya kasihankan si Pisang ni. Sesungguhnya dia belum dihidangkan dengan lumrah dunia yang sebenar. Warna-warni kehidupan yang nyata. Mungkin sejak dari kecil dia dah tahu apa itu bahagia, terlalu mudah mendapatkan apa sahaja yang dia mahu sehinggakan dia tak pernah tahu bagaimana rasanya derita. Ini hanyalah andaian saya. Saya pun tak kenal siapa si Pisang ni. Blog dia pun dah terhenti sejak tahun lepas lagi. Agaknya sekarang tengah berbahagia kot bersama En. Suami. Harap-harap begitulah..... Bilamana sesuka hati dia mengutuk keburukan Pn. Isteri; tak pandai jaga anak, tak pandai uruskan rumahtangga, tak reti nak melayan suami dan mulut yang brok-brek, brok, brek. Dik non oiii...meh sini akak nak cakap skit. Sebaik sahaja kahwin ni, menyerlah sikap lelaki En. Suami. Sebagai contoh, antaranya;

1) Tang mana kain pelekat tu di tanggal, tang situlah sampai esok, lusa, tulat, tungging...sampai hari dia nak pakai balik;
2) Lagu mana spender tu bergulung waktu ditanggal, macam tulah juga dia kan bergulung dalam mesin basuh;
3) Gelas air yang diminum tu, akan mula tersorok di bawah kusyen, di celah pintu, dan di daerah mana-mana lokasi En. Suami berada diketika itu. Silalah mengutip wahai Pn. Isteri;
4) Jika masa bercinta, gigihla En. Suami tolong memasak, tolong membasuh. Sebaik sahja berkahwin, sila bersedia untuk menanak walau pun anda sedang lemah-longlai mabuk kepayang akibat buatan suami. Dan pastinya nak masakkan air pun belum tentu En. Suami pandai ya.....;
5) Seboleh-bolehnya segala urusan rumah tangga adalah tanggungjawab Pn. Isteri termasuklah urusan kebersihan rumahtangga, urusan anak-anak dan termasuklah juga urusan duit belanja dapur!!!;
6) Tu belum tahap sabar dia mendengar anak menangis laparkan susu di tengah malam hari di saat Pn. Isteri baru terlena setelah membasuh kain-baju yang menimbun contohnya;
...haishhh...macam-macam lagilah dik nonn...oiiiiii......Ini contoh yang akak bagi kalau En. Suami anda adalah sorang yang tak berapa nak bertanggungjawab. Isteri manalah yang akan sanggup menjeruk rasa, sesekali, mestilah terkeluar juga sepatah dua kata. Sesekali mestilah termiss nak tukar pampers anak kerana sibuk terkejar sana-sini menguruskan anak-anak. Hmmm....siapa yang dah kahwin, dah ada anak 1 pun cukuplah, akan faham apa itu ertinya kain batik tak bertukar ganti, atau lipstik tak dan nak menghias bibir. Lainlah kalau En. Suami tu bertanggungjawab dan selalunya akan bantu Pn. Isteri. Sediakan hal-hal rumahtangga yang sememangnya tanggungjawab En. Suami (ko baca balik, basuh pinggan mangkuk, kemas rumahtangga tu tanggungjawab siapa dik nonn oiiii....????). Haishhh....saya pun tetiba naik emo kejap.

Kemudiannya, saya pun dengan rendah hati jenguk pula blog Pn. Isteri. Kecik je saya rasa diri saya berbanding dia. Tabah hatinya menempuh hari-hari yang mendatang dengan membesarkan 3 anak sendirian. Naik-turun mahkamah nak tuntut hak bagi dirinya dan anak-anak. Itulah, bila kita merasakan diri kita malang, ada lagi orang yang lebih malang dari kita. Sesungguhnya Allah takkan menguji kita dengan apa yang kita tak mampu, tabah dan redha sahaja. Berdoa agar kita selalu kuat dan tabah dalam menghadapi apa jua ujiannya....

Saya teringat, beberapa kes yang melewati dalam hidup saya:

KES 1

Pn. Isteri telah mengetahui En. Suami asyik bermain kayu 3 dan mula meragam-ragam. En. Suami merasa dirinya tercabar dan mula buat perangai dengan tidak mendampingi Pn. Isteri selama bertahun-tahun. Rasanya lebih dari 7 tahun kot. Hanya kerana keegoan seorang lelaki, maka dia sanggup menanggung dosa membiarkan isterinya tanpa nafkah batin. Jika Pn. Isteri berzina diluar, agaknya siapa ya yang akan menanggung dosa tu???? Dah tu pula, si Kekasih Gelap tu pula asyik menyamar macam sesumpah je dengan Pn. Isteri. Ada ayat maki-maki, kejap ada email insaf, kejap menyamar jadi orang lain pulak konon-konon berdating dengan En. Suami. Hmmm.....macam-macam ada...

KES 2

Pn Isteri terlalu bangga dengan kecantikannya dan selalu memperlekehkan ibu saudaranya yang kononnya tak pandai jaga suami. 'Tgk *** ni, jaga makan laki, jaga body, barulah laki tak cari lain,' katanya pada suatu hari. Selang beberapa bulan selepas itu, dia diam menyepi. Setelah diselidik, rupanya dalam proses perceraian laki bini. Pn. Isteri telah mendapat tahu, En. Suami telah memberikan madu sejak bertahun-tahun yang lalu. Beza umur anak mereka hanya 1 tahun ya......itu pun anak dia yang bocorkan setelah anaknya selalu keliru bila kawan-kawan kata muka anaknya seorang dengan seorang lagi junior. Adakah berketerampilan menarik menjamin anda disayangi suami sepenuh hati? Adakah anda pakar masakan sehingga perut suami memboyot menjamin anda tidak akan diceraikan/dimadukan? Adakah kehebatan adanda di atas katil menjamin suami anda tidak lagi mau yang lain???? Hmmm...tepuklah dada, tanyalah hati.... Nora Danish yang bergetah+comey tu pun kena talak masa mengandung...hhmmm....dunia....

KES 3

Pn. Isteri dan En. Suami kahwin tak berapa nak ikhlas hati (kahwin paksa selepas kemalangan). Akan tetapi bila sudah bergelar suami isteri seharusnya, buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Kenangan silam tu lupakanlah. Pn. Isteri pula subur terlebih, baru kahwin je dah lekat. En. Suami pula gatal tak habis lagi, bila dah lekat mulalah menyampah. Maka mainlah kayu 3. Dah lahir anak, insaf la sekejap. Tapinya Pn. Isteri lekatlah lagi, main lah lagi kayu 3 si En. Suami. Begitulah kehidupan mereka sehinggalah anak yang ke-4. Adoiii.... Pn Isteri ni payah betul bila nak dinasihati. En. Suami tu pula egonya tak bertepi. Padan betullah dalam erti kata lain. Sekarang dah tak lekat lagi. Harapnya En. Suami tak ada alasanlah nak main kayu 3 pula lagi ya.... Sebagai kesimpulan disini, ada suami yang memang suka bangat nak main kayu 3 bila isterinya tengah mengandungkan. Sebab apa ya??? Mungkin si isteri tengah mabuk dan tak mampu nak layan nafsu-nafsi si suami? Makan-minum tak terurus, tapi sementara je kan....nape sabar tu tak diamalkan di sini????

Banyak lagi kes-kes yang tak dapatlah nak saya senaraikan satu-persatu disini. Adakalanya bila tengok pengalaman kawan-kawan dan orang disekeliling, ngeri rasanya untuk berumahtangga lagi. Tapi yelah kan...ada baiknya mencuba dan gagal dari tak pernah mencuba langsung bukan? Dalam kes si Pisang ini, banyak pilihan yang dia ada. Dia pun muda belia, kenapa suami orang juga yang dia mahukan? Tapi ye lah, mungkin juga dah namanya jodoh dia. Tapi bukankah dia masih ada pilihan yang lebih baik, iaitu dengan mengamalkan poligami. Dah dia datang selepas Pn. Isteri dalam hidup En. Suami, apa salahnya dia beralah. Poligami tidak salah, ia dibolehkan dalam Islam. Kenapa sampai perlu meruntuhkan rumahtangga En. Suami. Akan bahagiakah hidup kita jika kita membina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain? Biasalah bila hidup bermadu nanti akan jua ada baik buruknya. Akan tetapi, itu adalah lebih baik dari kita meragut dengan tamaknya kasih sayang itu. Benda tak banyakkan, apa salahnya kongsi-kongsi. Maklumlah lelaki baikkan makin pupus di abad ini. Dapat je yang baik macam En. Suami, itulah yang nak direbut juga. Tapi fikirlah anak-anak. Kesian anak-anak dia..... Pandang dan renung jika 10 tahun lagi nasib kita macam tu juga. Macam entry saya sebelum ini, 'kenapa ya suami menggatal'. Tahap En. Suami tu kira tahap dua. Dia akan datang satu lagi tahap, maka berhati-hatilah. Cuba fikir, kalau sekarang dia boleh jadi macam tu kerana kita, apakah tak mustahil satu hari nanti dia boleh jadi begitu juga kerana orang lain pula.


*sumber google

Bonda saya selalu kata, jika mak bapak sendiri pun payah nak didik anak-anak sendiri yang darah daging sendiri, apatah lagi kalau mak tiri atau bapak tiri. Jadinya, sebelum bercerai hanya kerana nak membina rumah tangga baru dengan orang baru tu renung-renungkanlah. Dapatkah dia hidup dengan kita, dengan anak-anak kita nanti. Ikhlaskah hati kita bila dia kata dia sanggup menjaga anak-anak kita sedangkan isteri/suami kita sendiri pun adakala merasa lelah dengan kerenah anak-anak. Perceraian tu adalah sesuatu yang Allah halalkan tetapi juga sesuatu yang paling dibenci Allah. Bercerailah bila tiada lagi jalan penyelesaian yang terbaik. Akan tetapi, jika masih ada jalannya maka cubalah serata jalan yang masih ada. Apa yang kita beri kepada orang, itu yang kita akan dapat balik.... Apakah kita akan mendapat madu jika kita memberi racun kepada orang??? Renung-renungkanlah.....

Perkahwinan itu, tanggungjawab. Apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab???

TANGGUNG di dunia;
JAWAB di akhirat.

Kepada lelaki-lelaki janganlah lupa tu. Tanggung di dunia, jawab di akhirat. Laratkah nak berjawab dengan Allah nanti? Kalau larat? Buatlah sesuka hati kamu....

2 comments:

  1. Ermm..best jugak bace statement akak ni.Saya pon brada di situasi ni.tapi bukan saya, mak ayah saya yang dah berpisah.Sebagai anak tuhan je yang tau pressurenya.Tapi buat2 tak tau je.

    Dalam kes ni, suami isteri kene kaji kelemahan diri sendiri.jangan nak menuding jari sebelah pihak je.Pendapat saya lar tu...nak cakap lebih pon blom kawen lagi..huhuhu..pokok pangkalnye atas hati masing2.saya pon ade kawan2 yang seusia saya dah pon bergelar janda n duda.Muda2 dah bercerai.huhuhu..Btambah fobia saya nak kawin.Sebenarnya atas diri masing2.Kadang2 bukan suami je yang jahat.Pompuan pon ade.Tak caye tgk lar paper skang.Byk kes camtu.Depan mata saya pon ade contoh.ish3x...dasat dunia skang...

    ReplyDelete
  2. ...ini hanya secebis dari kisah hidup, banyak lagi sebenarnya. Lelaki dan perempuan sama sahaja, bila lupa tanggungjawab, beginilah akhirnya dan anak2lah mangsanya....

    ReplyDelete