Followers

Thursday, February 10, 2011

Haku yang tercepit

Ego lelaki itu penting??????? Penting ke??? Kononnya sebagai aset pelengkap diri. Ye betullah tu, semua orang ada ego kan.... cumanya bagaimana kita mengawal paras rasa ego tu agar tak memudaratkan diri. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang.

Tetapi keegoan seseorang individu tu berbeza-beza dan sangat bergantung kepada:
1. Cara asuhan dan didikan keluarga serta pegangan agamanya.
2. Pergaulan individu dalam masyarakat
3. Kekayaan atau kemiskinan
4. Individu tersebut merupakan orang berpangkat atau biasa.
5. Orang kenamaan atau kebanyakan sahja.

Sebenarnya keegoan adalah diperlukan untuk seseorang lelaki dalam menjadi pemimpin, pemimpin keluarga, pemimpin di pejabat misalnya. Tetapi seharusnya rasa ego itu dineutralkan dengan rasional dalam kehidupan. Keegoan yang terlalu tinggi boleh memudaratkan, boleh menghancurkan hubungan baik sesama manusia. Tidak salah ego tu, perempuan pun ada egonya sendiri. Sama sahaja lelaki mahu pun perempuan bila kita bicarakan soal ego ini. Cuma yang menjadi soalnya, adakah ego kita itu menyusahkan pihak-pihak yang lain? Berbanggakah kita bila kita dapat menyusahkan pihak yang lain itu? Adakah apa yang kita tentang dan nafikan itu mendatangkan faedah kepada kita? Adakah hanya kita sahaja yang betul dalam organisasi tersebut misalnya dan orang tidak perlu turut campur dalam keputusan kita?

Dalam organisasi misalnya, keegoan bukan sahaja akan menjadikan kesukaran untuk berkomunikasi, tetapi juga menimbulkan lebih banyak lagi masalah yang berlanjutan. Kerana itu, seboleh-bolehnya dalam sesebuah organisasi tersebut mengamalkan muzakarah, perbincangan...supaya semua masalah dapat kita selesaikan bersama. Sebab itulah perlunya mengamalkan TEAMWORK. Bukannya dengan mengatakan keputusan yang kita buat adalah terbaik tanpa perlu meminta pendapat dan pandangan orang lain. Cuba kita fikir dan renungkan, buah fikiran yang lahir dari satu biji otak adakah sama dengan buah fikiran yang datang dari berbiji-biji otak yang lain yang digabungkan kemudiannya dianalisa untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Hai...sebenarnya saya ni tak faham betullah dengan egonya seorang lelaki. Sekiranya masalah tersebut boleh diselesaikan dengan hanya memetik jari, kenapa perlu menepuk meja mengatakan tak puas hati??????


P/s: Apa kena-mengena dengan gambar gajah plak nih??? Nak bagi tau, jangan sampai gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit kat tengah-tengah. Gajah tu dah tentulah dua-dua lelaki dalam hidup nih, dan pelanduk tu saya laa...... Kita keja kan??? Kita kena Teamwork kan??? Tak salah kan sama-sama membantu? Keja kita banyak tau??? Saya tau ada orang tu akan baca kat sini, tadi saya marah kat dia..saya minta maaf la....tapi saya memang hangin tahap gaban tadi. Saya tension dengan kerja, saya nak cari penyelesaian, bukan nak tambahkan masalah, saya ada banyak lagi masalah lain nak fikir. Saya nak kena fikirkan hal kerja, hal rumah lagi, hal anak lagi, hal hidup lagi, hal masa depan lagi. Sebagai rakan sekerja, boleh bantu tak? Tak boleh bantu, maka silalah izinkan saya tukar ke tempat lain misalnya. Hukhukhuk...peribadi dan rasmi, sila bezakan ya.... Payah sungguh nak faham lorrrrrr....sedey betul tadi...:(..

No comments:

Post a Comment