*mode: tak berapa nak rajin...:p
entry ini adalah entry tanpa gambar
Seperti biasanya, saya akan biarkan blog ini bersawang untuk sekian kalinya buat beberapa hari. Bukan apa, agak kesibukan....agak keserabutan....agak kemalasan.... Tapi itu bukan penyebab utamanya. Tetapi lebih kepada, rumah sewa tak da 'tenet', jadi tak dapatlah nak meng-up-date gitu......gheghegheghe. Jadi kepada teman-teman yang nak apa-apa tuh boleh le terus ke email je ye.....(tak de pun selalunya, tapi manalah tau kot-kot....).
Okaylah, dalam mode yang malas ni sebenarnya nak kongsi tentang sesuatu. Tadinya saya terbaca di akhbar KOSMO, ruangan JURNAL; Leukemia penyakit paling mahal. Dalam tu dia cerita la tentang perihal penyakit leukemia yang banyak meragut nyawa kanak-kanak, orang dewasa pun sama juga. Okay ni ada sikit info pasal Leukemia yang saya google tadi:

Leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih, leukosit (inggeris = leukocyte). Ia merupakan sebahagian dari kelompok penyakit yang lebih luas yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (''hematological neoplasms'').
Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (jangka masa lama):
- Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sum-sum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
- Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya dipantau untuk suatu tempoh tertentu sebelum dirawat (biasanya dengan kemoterapi dsb) untuk keberkesanan rawatan yang maksimum.
Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak-normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:
- Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
- Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mieloid/mielogenus".
Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:
- Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
- Leukemia mieloid akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
- Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
- Leukemia mieloid kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.
- Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selesema lain
- Kelesuan dan lemah
- Hilang selera makan dan/atau berat badan
- Gusi bengkak atau berdarah
- Perdarahan berlebihan (meskipun akibat luka kecil)
- Simptom neurologikal (cth.,sakit kepala)
- Hati dan limpa bengkak
- Mudah lebam
- Kerap dijangkiti penyakit
- Sakit tulang
- Sakit sendi
- Tonsil bengkak
- Kerap pengsan
Saya masih ingat lagi suatu masa tu Rizal selalu je diamkan diri dalam bilik bila balik kerja. Tidur dan tidur. Sebagai seorang isteri yang sedang sarat mengandung apa yang terlintas di fikiran ketika itu? Dah tentulah saya terfikir; mungkin dia dah tak sayang saya lagi atau pun dia dah menyampah tengok muka isterinya yang dah mula bengkak-bengkak dan tak lawa ni kan....:). Bila satu hari gusi dia mula berdarah, bila belakang dia lebam-lebam bila bersandar pada kerusi, hati mula berdetik risau. Kemuncaknya bila dia bersin dan keluar darah dari hidungnya, saya terpaksa mengerahkannya berjumpa doktor. Setelah pemeriksaan rapi, maka dia disahkan menghidapi ALL. Gelap! Itulah perasaannya ketika itu. Patutlah selama ini dia lemah je....:'(
Sepanjang tempoh rawatan, memang saya kena mengakui betapa besarnya kos sara hidup saya ketika itu. Bernasib baik kerana Rizal di rawat di Hospital Kerajaan. Makanya kos perubatan dapatlah dikurangkan. Tetapi perbelanjaan yang lain? Bukan sahaja untuk penyakit seperti leukemia sahaja, apa-apa penyakit yang bernama kanser sahaja akan melibatkan kos yang tinggi baik dari segi kos perubatan atau pun kos sara hidup yang lainnya. Kenapa tinggi? Antara sebabnya:
- ada sesetengah ubat yang takkan dibekalkan oleh pihak hospital, keluarga kena beli sendiri daripada farmasi terutamanya ubat yang berkos tinggi;
- pesakit leukemia memerlukan pemakanan yang sihat. Seboleh-bolehnya perlu mengelakkan makanan yang dibeli. Makanan sebolehnya dimasak dari rumah dan menggunakan bahan yang bersih serta berkhasiat;
- pesakit leukemia juga akan mengalami hilang selera makan yang teruk. Adakalanya kita terpaksa menyediakan pelbagai jenis hidangan semata-mata untuk memastikan pesakit mempunyai selera makan. Jika tak makan macam mana nak sihat bukan?;
- pesakit memerlukan peneman sepanjang masa. Selepas rawatan, akan terdapat beberapa komplikasi seperti muntah-muntah, pening, loya dan sebagainya. Adakalanya demam teruk. Ada ahli keluarga yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga pesakit menyebabkan punca pendapatan keluarga terjejas;
- pesakit itu sendiri akan mula hilang punca pendapatan. Tempoh rawatan adalah panjang. Selalunya doktor akan memberi tempoh setahun atau mungkin lebih. Sekiranya pesakit bekerja dengan pihak swasta, dah tentulah paling tinggi cuti yang diberikan adalah 3 bulan. Dari manakah pesakit akan memperolehi pendapatan bagi membayar segala beban?.
Sebab itulah kini saya cuba juga menyumbang walau pun sedikit menerusi MAKNA (Majlis Kanser Nasional). Walau tak banyak, sekurang-kurangnya saya mencuba. Kepada kawan-kawan yang lain pun mungkin boleh turut sama menyumbang. sekurang-kurangnya dapatlah kita mengurangkan serba sedikit beban kepada pesakit dan juga keluarga mereka. Berat mata yang memandang...berat lagi bahu yang memikul....

*mode:bertukar sedih.Sob...sob...sob....how I miss him sooooo...T_T
Slm Fieda,
ReplyDeletekebetulannya nya ketika ini seorg sahabat baik sy sdg menghadapi situasi yg sama. Suaminya di diagnos dgn penyakit ni dan skrg sdg kimo di hospital.
sy x sempat baca semua in yr blog, but i guess it's sad ending. Sedig sgt mengenangkan my fren tu :(. Don't know how to support :(
nasib baik baru aje amik insuranss
ReplyDeleteiman: ...mungkin apa yang kawan u perlukan ketika ini sokongan moral dari kawan2, sedikit bantuan kewangan...bantulah sekadar yang termampu...:)
ReplyDeleteQas:...itulah, saya pun gagahkan diri juga ambik insurans untuk diri dan anak. Sebabnya dah belajar dari kesilapan lalu. Bila jadi macam ni, langsung tak da sumber lain untuk support sedikit di kala memerlukan...