Followers

Sunday, February 20, 2011

Terapi diri bila bersedih....

Lagi satu entry untuk malam ini.....

Nantinya, saya akan membiarkan laman ini bersawang beberapa hari. Okay, bila kita terasa jiwa serabut, tertekan atau tak menentu, apakah terapi diri yang paling sesuai??? Kita pergi kepada sesuatu yang paling asas.

1) Berdoa. Itulah satu-satunya permulaan yang baik untuk kita yang sedang dilanda keresahan jiwa. Sentiasa mengingati Allah dan berdoa. Moga sentiasa dikuatkan iman dan diberi ketabahan dalam menghadapi ujiannya;

2) Bermuhasabah diri;

3) Beristighfar;

4) Beramal. Maksud saya disini, lakukanlah apa-apa sahaja amalan yang boleh memberi ketenangan seperti bersolat, membaca Al-quran, berzikir.... misalnya.

Sekiranya kita tidak lupa kepada segala yang asas tadi, insyaallah serba sedikit kesedihan hati kita akan terubat. Tidaklah kita akan membuat perkara-perkara yang tidak baik, tidak elok atau pun diluar dugaan. Sebab bila hati kita sedih dan sepi, kosong, syaitan tu mulalah nak menghasut-hasut dan kita akan lebih mudah terikut-ikut. Minta dijauhkanlah dari perkara-perkara begini kan.....

Akan tetapi juga, sebagai seorang perempuan, saya juga dengan gumbiranya telah membuat satu lagi jenis terapi untuk mengubati kesedihan hati. Apa yang saya buat???? Saya pergi jejalan kat shopping kompleks seorang diri. Kemudiannya saya di temani oleh rakan seperjuangan di satu masa dulu. Kira tak berapa cium mulut sangat dulu tapi agak rapat. Lagi pun kami kongsi nasib yang agak sama, makanya salinglah kami menyokong masing-masing bukan?. Bersembang sambil makan-makan di Chicken Rice Shop, lebih kurang 2 jam....(agaknya waitress kat situ pun hairan nape la lama benar 2 org hamba Allah ni makan kat sini???). Kemudiannya kami pergi membeli-belah....(salah satu terapi diri selalin tidur dan makan....heheheehe).


Saya mencuba baju baru ye...... Nice tak???? Hmmm... Okay, tadinya saya pakai seluar carik saya yang telah siap dibaiki. Nampak tak???? Hmmm... Alhamdulillah, nasib baik tak adalah yang perasan betapa uniknya corak tambahan di seluar saya ni....hehehehe



Saya dan Unie Jehan... Thanks ya Unie untuk mendengar cerita, untuk airmata yang sama-sama keluarkan.... Untuk segala gelak-tawa tadi....:p

Kesimpulannya; bila bersedih, apa yang kita perlukan??? Allah....
dan sahabat....T_T

3 comments:

  1. setuju...
    bermuhasabah diri paling perlu..

    ReplyDelete
  2. tip yang bagus ni,elok untuk terapi diri bila bersedih...

    terima kasih..sekurg2nya mengubat hati ini...

    ReplyDelete
  3. mya: ya...:)...begitulah seadanya....

    imanmom: ...sesamalah kita saling mengingati...siapa lagi nak ubati hati, diri sendiri juga. Nak harapkan orang lain? memang tidaklah, jadi berusahalah mengubatinya sebaik mungkin....:)

    ReplyDelete