Single is simple
Kepada wanita yang masih 'single' atau kembali 'single', jangan rasa tertekan, rendah diri atau tidak gembira. Berdua tidak semestinya lebih baik dan menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tetapi ini bukan beerti saya menggalakkan supaya orang menolak mentah-mentah institusi perkahwinan itu. Sekiranya lelaki yang datang itu adalah 'mr.right', maka tak salah menjadi 'double' dan hidup gembira sehingga ke akhir hayat. Tetapi, hidup gembira sehingga ke akhir hayat hanyalah sesuai kita praktikkan bilamana lelaki itu adalah orang yang tepat dan bukannya yang kita cuba untuk menepatkannya. Menjalinkan hubungan itu seharusnya menjadikan kita lebih baik, menjadikan semakin hebat dan lebih membahagiakan, tetapi sekiranya sebaliknya, mungkin lebih baiknya menjadi 'single'.
Selalulah mencuba untuk menjadi wanita 'single' yang bahagia. Mungkin antara tips yang kita boleh kongsi di sini bila mana si 'double' kembali menjadi 'single':
1) Menikmati sepenuhnya masa bersendirian.
Jika sebelum ini kita tidak pernah sendiri. Kemana sahaja berdua dan terikat dengan masanya. Inilah masa untuk kita benar-benar nikmati untuk melakukan aktiviti yang sebelum ini kita tidak dapat lakukan dengannya. Atau pun dikala ini adalah waktu yang baik untuk diri sendiri. Terapi diri mungkin, spa, atau kawasan yang sewaktu dengannya.
2) Sibukkan diri dengan hobi.
Sebelum ini mungkin kita tidak punya cukup masa untuk hobi. Terasa sibuk dengan si dia sahaja. Jadi, inilah masanya untuk kita lakukan hobi yang sebelum ini tak mampu atau tak berkesempatan nak buat. Sekiranya perlu, ajaklah kawan-kawan untuk menyertai apa sahaja aktiviti kita supaya tidaklah kita merasakan keseorangan.
3) Menjalinkan persahabatan baru.
Jangan sehingga merasa serik untuk mengenali insan lain. Jaringan persahabatan adalah lebih baik. Menemui orang baru untuk tujuan tersebut akan lbih mendorong ke arah perkongsian minat dan pendapat. Sekurang-kurangnya kita akan melupakan seketika masalah yang membelenggu.
4) Sibukkan diri dengan kerja.
Sebenarnya menyibukkan diri dengan kerjaya akan membuatkan kita letih seketika. Tetapi adakalanya berbaloi bilamana kita akan meraih kejayaan dimasa hadapan. Berbaloi bukan?
5) Jadilah orang yang gembira.
Hidup adalah sebagaimana yang kita tentukan. Jika kita mahu gembira, maka gembiralah. Jika mahu berduka, maka berdukalah. Ambil masa untuk tentukannya. Menangislah bila perlu dan ketawalah selepas itu. Menangisi nasib? Perlu ke? Jangan murahkan airmata untuk seseorang yang tak penting dalam hidup kita.
Hey, Ladies!! Berhenti menangis. Berusahalah untuk menuju bahagia, tak kira samada 'double' atau 'single'. Bukankah hidup adalah sebagaimana yang kita tentukan??!!
No comments:
Post a Comment