Followers

Friday, December 31, 2010

Selamat datang 2011

Salam.....

Selamat datang tahun 2011......Semoga tahun yang mendatang ini membawa seribu satu kebaikan, pembaharuan dan perubahan hendaknya....insyaallah....

Hmm.....seperti biasalah, En. Wira tersayang saya sekarang ada di bengkel, menerima sedikit rawatan kulit...hehehehehe...jadinya saya betul-betul patah kaki. Sebetulnya, saya telah pun memohon cuti, tetapi disebabkan saya bertuah kerana dapat menumpang tuah pasukan bola sepak Malaysia yang menjadi juara, makanya saya batalkan cuti yang telah dipohon. Dengan rasa besar hatinya saya menikmati cuti yang telah pun diumumkan oleh kerajaan kita. Akan tetapi, saya masih jua bekerja. Terpaksalah meminta tolong pihak yang berkenaan untuk menjemput di rumah bonda.

Balik sahaja dari 'site' saya minta diturunkan di KOMTAR. Bukan apa, teringin hendak mencuci mata sekejap dan apa yang pastinya saya teringin sekali hendak menaiki bas RAPID. Hehehehehe...betul...dah lama saya tak pernah naik bas. Hendak dijadikan cerita, pada masa yang sama, hp saya pun buat ragam. Bateri boleh 'kong' pula. Makanya saya tak dalam suasana yang blur2 tu turun ke tempat menunggu bas yang terletak di bawah KOMTAR dan dengan semangat wajanya saya pun menunggu bas bernombor 501 (tak dapat nak call bertanya pada bonda nombor bas yang sebetulnya). Tak nampak bayang, tetapi dalam waktu yang sama, mata saya meliar membaca apa yang patut. Sekali mata saya melihat bas bernombor 502-Balik Pulau.....eh? Balik Pulau.???? Rupanya ke Balik Pulau bukan 501, tetapi 502. Hahahahahaha...berlagak tak nak bertanya, nasib baik memerhati juga. Kalau tidak bersawang la tunggu bas 501 takkan sampai. Sebabnya, setelah tiba di Balik Pulau baru saya tahu, 501 adalah bas daripada Teluk Bahang ke Balik Pulau, yang dah tentu takkan melalui KOMTAR. Jadi...ada benarnya kata orang tua-tua ya...malu bertanya, sesat jalan.... Macam nilah...malu tanya, boleh salah naik bas jawabnya..... Tambang pula RM3.40...okay le tu....murah lagilah..... Masih kagum kerana saya betul-betul dah lama tak pernah naik bas henti-henti ni. Kalau bas macam pegi KL ke, atau pergi Ipoh tu pernah la..... Kali terakhir saya naik bas, sewaktu perkhidmatan bas belum diambil alih oleh RAPID Penang lagi. Tambang mahal, service hampesss.....maka saya tak lagi naik. Sekarang alhamdulillah, service okay, cumanya tak naik selalu kot, manalah dapat saya nak berenggang dengan En. Wira saya tu....:)

Malam sempena tahun baru, kami tak kemana-mana pun. Pergi makan-makan sahaja, lokasinya: 'Chinese Muslim Restaurant' yang terletak di Piazza, Bayan Baru. Lepas makan, terus balik, tak ada pun nak melayan bunga api atau apa. Letih....then terus tido. Sedar-sedar dah pukul 3.30 pagi....selamat datang tahun 2011....dengan TV yang masih terpasang tu, layan tido balik...gehgheghe.... Teruk betullah tahap keletihan akhir-akhir ini.....:p





Minuman saya yang terasa macam teringin sangat nak minum. Kalau masa belajar dulu, selalu minum kat Sek.2, dipanggil 'Bancau'....nama pendek kepada bandung cincau......hehehehehe


Nuriel masih makan bersuap ya....sebab kalau tak suap, tak makanlah dia. Rambut dah pendek, kena potong sebab demam baru-baru ni....


Kami....hehehehehe...muka tak siap saya. Letih+malas......kehkehkehkeh....

Thursday, December 30, 2010

Way Back Into Love (lagu je.....)

Entry ini di ketika jam 4.05 am, seiringan dengan gema irama keroncong dari okestra perut..... Adeehhh...tadinya tidur itu amat melazatkan sehinggakan makan malam itu serasa tidak perlu. Maka sekarang tanggunglah akibatnya.....Lapoooo........

Seiringan dengan rasa hati, saya pun nak tempeklah lagu ini.....Tajuknya: 'Way Back Into Love'. Layan jo lah ye.....:p




Lagu ni dari cerita 'Music And Lyrics', satu filem romantik komedi lakonan Hugh Grant dan Drew Barrymore. Cerita lama dah pun, tetapi kisah cerita ni adalah juga terkesan dalam hati dan saya memang sukakan lagu-lagu dalam cerita ni. Betullahkan, hidup ini sukar kita nak jangka. Dalam kita mencari-cari cinta, adakalanya ia hanya di depan mata...yang pastinya cinta yang memang kita tak pernah jangka dan dengan orang yang langsung kita takkan sangka....hmmm....


'Unexpected love...with unexpected someone'....hmmm...

Dan saya juga menikmati waktu senggang dengan jayanya memandangkan esok tak kerja (walau kena kerja juga sekejap)...sebab dapat cuti sempena kemenangan Team Bola Sepak Malaysia menentang Indo. Wah, wah, wah.....Menumpang tuah di bumi bertuah nampak gayanya saya pada hari ini ya.......lalalalalala.... Tahniah untuk team Malaysia, semoga terus maju jaya.....:)

'Lelaki romantik dalam hidup? Perlu atau tidak????'

Hmmm...nak tahu tak???? Tadinya selepas balik sahaja kerja, saya telah menidurkan diri dengan jayanya... (penatlah kononnya menyelesaikan masalah kerja hujung tahun yang seciput tuh....). Tapi bukan itu masalah yang sebenarnya, memang 'mood' tadi agak 'down' jugalah.... Tapi bila dah bangun, solat, alhamdulillah saya pun dengan jayanya mengadap FB dan blog. Cik Nina? Esoklah saya hadap. Tapi tak boleh lama lorrrr sebabnya masih ada urusan kerja yang saya kena hadap jua. En. Kontraktor, orang suruh buat kerja tu awal-awal, tetapi kenapa lambat siap???? Dah la siap salah pula tu!!!!! Adesss.....

Okay2...sekarang kita lupakan hal kerja sekejap ya....kita nak buat entry yang agak mengong sikit hari ini sempena mood yang tak berapa nak stabil ni. Topiknya, 'lelaki romantik dalam hidup? Perlu atau tidak????'. Macam biasa, pernah terjumpa satu senarai lelaki yang boleh dikatakan romantik, dah tak ingat kipnap kat mana, tetapi memang senarai yang diambil dari internet je nih:

1.Orang yang romantik selalunya meminati cerita yang berkaitan dengan cinta dan perasaan dan menonton cerita tersebut lebih daripada 5 kali! (macam tak je....action movie...huh!)

2.Orang yang romantik biasanya akan mengucapkan sayang kepada pasangannya lebih dari 7 kali sehari! (ada ke??? hmmmm...jap2...adalah kot...)

3.Orang yang romantik biasanya akan memeluk isterinya lebih dari 7 kali sehari! (opsss...)

4.Orang romantik mudah menangis jika melihat pasangannya bersedih dan sebagainya. (hmmm...ada2)

5.Orang romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya untuk membuat sesuatu sebagai contoh mendahulukan pasangannya makan atau minum dahulu. Memegang konsep lady's first. (sapa punya pesanan sampai dulu kot...hahahahaha)

6.Orang romantik amat kreatif dalam memberi kejutan kepada pasangannya. Sebagai contoh, suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan, suka menyatakan rasa sayang pada saat-saat romantik, suka mengajak pasangannya ke tempat yang tenang dan indah. (tak langsung.....tempat tenang n indah...ye kot)

7.Orang yang romantik takut bersendirian. Tidak mahu ditinggalkan pasangannya dalam jangka masa yang lama. (hmm...ya)

8.Kebiasaanya, orang yang romantik amat setia kepada pasangannya. (setakat ini...)

9.Orang yang romantik kurang berkata-kata tentang perasaannya, tetapi ingin difahami.

10.Lelaki romantik biasanya kurang berkata-kata, tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak mengabui mata wanita dengan kata-kata yang indah. (erk?)

11.Lelaki romantik selalunya ikhlas meminta maaf jika membuat kesilapan kepada pasangannya. Tetapi lelaki romantik jarang melakukan kesilapan depan pasangannya. (ye la....sokmonye...)

12.Lelaki romantik biasanya taat beragama dan selalunya menganggap cinta adalah suci dan kesucian harus dipelihara. (hmmm...)

13.Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita. Sebaliknya menjaga kehormatan dan amat menghormati wanita. (hmmm...)

14.Lelaki romantik biasanya akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berkata-kata. (..ye...-sambil angguk2)

15.Lelaki romantik ikhlas dalam memberi hadiah. Dan suka mendengar luahan perasaan pasangannya. (hadiah, ikhlas...tapi suh pi pilih sendiri.....tak patutkan....:(. Suka dengar ye luahan tu ye la kot....)

16.Lelaki romantik selalunya suka memuji akan kecantikkan pasangannya. Pujian yang diberikan selalunya ikhlas dan dinyatakan pada waktu yang bertepatan. (cam suka kutuk je lebey...hukhukhukhuk)

17.Lelaki romantik biasanya memanggil nama kekasihnya dengan panggilan yang manja dan lembut. (erk...time nak pujuk je kot....oleh itu, kena merajuk selalu...lalalalala)

18.Lelaki romantik suka mengambil perihal makanan kesukaan pasangannya. (..kena mengaku ya...)

19.Lelaki romantik akan mengajak isterinya berbicara jika melihat isterinya sedang risau dan sebagainya. (ye jugalah...)

20.Jika isteri mahu bercakap, lelaki romantik biasanya akan memperlahankan nada television atau radio untuk menghormati isterinya bercakap. (ye jugalah disini...)

Hmmm....sila semak, adakah suami atau kekasih anda termasuk dalam kategori romantis ni.... Jap nak semak jap. Hmmm....macam kurang je kan.....kuang3.....(sob3...sedey......). Romantik tu perlu ke? Perlulah sebenarnya. Dambaan hati wanita tu..... Perempuan (bukan semua la, tapi hampir semua) harap sangat untuk memiliki seorang teman hidup yang romantik, tak banyak, sikit pun jadilah. Akan tetapi bagaimana yang dinamakan romantik ni? Adakah dengan kata-kata sayang seharian tanpa henti, atau mempamerkan sayang itu seperti berpelukan atau berciuman di khalayak, atau memberi hadiah yang kononnya 'suprise' bernilai ribu-ribu, atau kena buat aksi yang pelik-pelik, atau lelaki tu mulutnya manis je memanjang....hmmm...Bukan,bukan.... Itu tak semestinya romantik okay....

Elemen romantik ni perlulah juga ada dalam perhubungan, baik lelaki, baik perempuan. Bukan apa, itu yang akan merapatkan hati, mendekatkan jiwa gitu. Sebagai contohnya, sesekali memberikan hadiah biarpun bukan pada tarikh penting dalam hidupnya, mengucapkan kata sayang sesekali (tetapi kenalah pada waktunya bukan...), mengambil tahu dan perhatikan kesukaan pasangan, memahami dan mengerti.... dan bermulut manis dengan ikhlasnya, bukan pura-pura ye...serta mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka, memberi hadiah walau kecil dan murah, yang penting ikhlas. Ini hanya contoh ya, romantik ni macam jua cantik. Diskripsinya berbeza mengikut keperluan individu ya. Tetapi kan....... Hidup ini tak selalunya indah, tak semua yang kita impikan, mampu untuk kita miliki. Akan tetapi, seharusnya kita bersyukur dengan apa sahaja yang dikurniakan kepada kita. Tidak semua yang ada pada kita dan pasangan lengkap dan seperti yang kita idamkan dalam hidup.

Ketidaksempurnaan milik aku dan dirimu, makanya salinglah kita melengkapi agar menjadi milik kita yang abadi(..huhuhu..dah lorr kurang romantik...pastu kalau dah dapat tido, lupa org terus......waaaaaa...sedey balik)




Monday, December 27, 2010

Sepi.....(wahhhh tajuk....)

Percaya tak, kesepian dalam hidup mampu membunuh? Adakalanya ia membunuh kita secara perlahan, adakalanya terlalu cepat dan rakus....

Di tengah keramaian juga kita mampu berasa sepi. Walau mungkin kita dikelilingi keluarga dan teman-teman...kesepian itu akan muncul jua. Entah la...mungkin sepi itu sejenis penyakit dalam hati yang sunyi. Sebenarnya saya pun tak tahu sangatlah penyakit berkaitan psikologi ni tetapi saya benar memahami dan merasai makna sepi bila seorang rakan menyuarakan isi hatinya. Secara kasarnya, saya melihat dia seorang yang berjaya, ada segalanya tetapi masih jua tidak pernah merasa bahagia dengan hidupnya. Merasakan sunyi dan sepi adalah perkataan paling tepat dalam mengisi hari-harinya.

Sudah menjadi kewajaran, sebagai manusia yang diciptakan berpasangan tidak pernah jemu cuba mencari yang sejiwa, yang mampu membahagiakan dirinya. Akan tetapi seringkali jua dia gagal bila mana lelaki-lelaki ini hanyalah berniat mengambil kesempatan.
'dasyatnye pandangan manusia terhadap pangkat,pelajaran dan pekerjaan. kalaulah semua ni xterjadi,siapa agaknye yg ade setia dgn aku'
Ini antara kata hatinya....hmmm...yang lebih menjurus kepada kesetiaan orang-orang disekitar hidupnya. Yang mana suka mengambil kesempatan, mempergunakan dirinya untuk satu tujuan yang lain dan bersifat demi kepentingan diri sendiri...Begitu jualah kisah yang berkisar mengenai lelaki yang hadir dalam hidupnya, sekadar mengambil kesempatan terhadap pangkat dan kedudukannya. Kesian juga bila saya melihat dia merasa jatuh....merasa terlalu payah untuk bangun semula. Kecewa dengan sikap lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Saya mengerti, kerana sebahagian hidup saya juga dikelilingi lelaki seperti ini. Tetapi sebagai hambanya, saya redhakan saja ujian ini.....sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya. Sepertinya jua, saya pernah merasakan saya hanyalah menjadi duri dalam hati sendiri, sakit dan pedih bila diri sendiri yang menjadi duri. Kenapa? Kerana kita yang membuat pilihan....bila pilihan itu salah, kita akan merasakan sakit yang teramat sangat.

Wahai sahabatku......
Dari kecil kita bertatih...
Jatuh dan bangun,
Lagi dan lagi,
Agar kita mampu berjalan...
Supaya kita mampu berlari,
Mengejar mimpi-mimpi....

Dan pada hari ini....
Bila jatuh lagi....cepat berdiri....
Sesungguhnya...
Esok pasti datang lagi..
Bersama matahari...
Hangatkan kembali hatimu...

Okay....sejak bertahun dulu, saya suka benar dengar lagu ini bila hati rasa tak berapa gembira. Solat dan doa adalah pengubat hati yang paling mujarab. Lagu ini hanyalah umpama minyak angin cap kapak yang mengurangkan mual-mual ketika pening meloya....hahahahaha.....layan je la ye...(ntah apa perumpamaan yang saya bagi ntah....)



Saturday, December 25, 2010

Bekas Botol Air Qisdina


Bekas air untuk Adik Mujahidah Qisdina. Pada dasarnya, saya tak pernah pun jumpa adik Qisdina ni, tempahan hanya dibuat melalui sepupu saya. Jadi saya berharap sangatlah adik Qisdina akan bertambah comel ye bila bawa bekas air ini pergi sekolah nanti ya......:)

Kombinasikan printed cotton bercorak strawberry yang comel berwarna biru dan pink yang bercorak polka-dot dengan riben.


Saya hiaskan sikit tali tu dengan fabrik pink yang terang bercorak polka-dot.

Wanita Cantik Selalu Curang???? Apa kata anda????

Hmmm...dah lama sungguh saya tak buat kunjungan ke blog-blog yang selalu saya kunjungi. Maklumlah banyak kerja sungguh akhir-akhir ini. Tadinya dari pukul 4 pagi lagi dah tercogok depan PC, mengadap blog sendiri dan blog-blog orang lain. Makanya macam-macamlah yang saya updated kan diri......hehehehehe. Tetapikan, berkunjunglah ke blog si Mak Qaiser ni. Adalah baca satu entry yang agak menarik hati juga, 'Wanita Cantik Selalu Curang.......'. Eh, ye ke?????? Sebenarnya ini antara artikel dari suratkhabar. Sememangnya saya taklah pula membaca isi kandungan artikel ini untuk mengulas dengan lebih lanjut. Akan tetapi cuma tajuknya sahaja yang membuatkan saya sentap sedikit.

Samada wanita itu cantik atau tidak atau dia hanya perasan cantik, tiada apa yang dapat memastikan kesetiaan dalam diri seseorang melainkan kesungguhan hatinya untuk memelihara kesucian sebuah perhubungan. Bagaimana pula dengan lelaki yang kacak??? Hmmm....sejauhmana agaknya kesetiaan dia pada pasangan? Taklah pula saya katakan dah tentu tak setia, tapi yang pastinya, payah sungguh nak cari yang setia di zaman globalisasi ini. Bukan lelaki sahaja, malah wanita pun tidak kurangnya. Bila teknologi memudahkan jaringan dan mendekatkan perhubungan, maka kesempatan itu digunakan secara salah oleh manusia.....lelaki mahupun wanita. Sebahagiannya, bukanlah semuanya ya.....


Maka secara kesimpulannya, tidak semestinya tidak cantik memungkinkan kesetiaan. Pokok pangkalnya adalah hati. Jika niatnya baik, maka baik jualah jadinya, jika serong niatnya maka seronglah hidupnya......Tidak begitukah? Walaubagaiamana pun sudah tentu lelaki di luar sana, menyimpan impian untuk punya teman hidup yang cantik. Ye lah....itulah wajah yang hendak dipandang setiap hari, itulah muka yang nak dilihat sebaik sahaja mata celik. Akan tetapi renungi sebentar kata orang tua-tua, biarlah buruk dimata asalkan sedap di hati..... Tepuklah dada, tanyalah hati....nasib diri tak siapa yang pasti....:)

Sunday, December 19, 2010

Red Flower Ball

Do you still remember one of my entry about the circle I've made from felt fabric?If not, please click here, and today, I'm presenting the end product of it.....hahahahaha

Hmmm....okay....Actually this is just another simple craft for my own collection with warm of red color. I'm not celebrating any Christmas. Anyway, the red of Christmas inspired me on this craft, may be it can be use on my happy day...someday...hehehehe



It's not simple as it look actually. A lot of petals needed to complete this simple flower ball, about hundred or more I guess.... Hmmm...

Saturday, December 18, 2010

Polka Pink Pouch

Sukanya saya tengok warna pink ni....tak ada apa yang menarik pun dengan pouch ini....cuma warnanya memang terang dan corak fabriknya polka dan di gabungkan dengan checkered....:)


Sesekali saya tgk macam simple sangatlah pula designnyakan? Hmmm.....


Double zipped...luar dan dalam ada satu lagi poket dengan zip....:)


Perinciannya....hmmm....simple sungguh rasanya....:)

Sekitar Cuti Hujung Minggu.......

Hmmm... Bulan Disember ini selalunya bulan bercuti bagi saya sekeluarga. Tetapi nampak gayanya tahun ini tukar la pula. Tak jadi cuti lebih banyak dari bercuti agaknya. Sebabnya, banyaklah pula peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini, kerja-kerja yang tertunggak di pejabat yang perlu di selesaikan sebelum hujung tahun ini dan macam-macam lagilah cerita-ceritinya. Yang paling menyedihkan, cuti tahunan pun tak lah banyak sangat. Hanya tinggal dua hari saja lagi tau. Maka saya simpanlah untuk dibawa ke tahun hadapan. Manalah tahu kalau-kalau benar-benar perlu bercuti banyak hari di tahun hadapan....hehehehehe

Okay....walau pun tak pergi bercuti ke mana-mana, tetapi bawa jugalah si tuan puteri tu tengok-tengok dunia ni kan. Antara lokasi pada hari minggu ini adalah.....'Pesta Bunga' yang meriah betul di Botanical Garden, Pulau Pinang. Pagi-pagi lagi kami dah mula bergerak dari rumah, keadaan hari pula renyai-renyai je. Tetapi bonda tak berapa kisah, demi orkid yang menggamit pandangan matanya, dia rela berpayung sekali pun. Kali ini lokasi agak jauh makanya penatlah kaki nak berjalan. Dengan gagah hatinya, kami semua naik 'train mini' yang disediakan dengan bayaran RM1 seorang ya......budak bawah umur 3 tahun free saja.


Sediakan payung sebelum hujan......sengih memanjang sementara menunggu train....:)


Proses tawar-menawar sedang dilaksanakan oleh bonda.....mengangkut tak ingat....


Inilah yang paling tak larat.....bila si tuan puteri dah letih berjalan.....mama dialah yang jadi mangsa......waaaa....


Peace....:)


Sedang kagum...


Makan aiskrim sebelum balik....aktiviti wajib di Botanical Garden ni...:)


Makan tengah hari pula di RFC....Sungai Petani!!!!! Wahhh......tak lah dekat pun kan.....tapi layan je la bila si tuan puteri nak RFC....hehehehehe

Saturday, December 11, 2010

At last!!!! I got it...hehehehe....:)

Hmmm....I got it!!!! At last.....hahahaha. Apa bendalah yang dapat tu????? Toing3......

Sebenarnya tiada apa yang penting. Cumanya seronok sebab dah dapat balik momentum bagi kerja-kerja kerastangan saya ini. Walau pun tidak begitu puas hati dengan hasilnya tetapi saya suka jugalah...:)

Entah kenapa la akhir-akhir ini mood saya jadi 'down' sahaja. Begitu banyak beban kerja di pejabat, ditambah pula keterpaksaan melayani kerenah pihak-pihak yang memang tak berkuasa langsung saya nak melayan walau pun kena layan juga dan adalah peristiwa mengong yang telah melanda jiwa baru-baru ini. Tetapi, alhamdulillah, I'm moving forward. Tak mau benda-benda tidak penting mengganggu-gugat cita-cita dan impian saya......cewahhh......hidup, adalah sebagaimana yang anda tentukan.....


A holder and coaster set of 4. Guna kombinasi printed cotton bercorak barang-barang dapur dan polka-dot yang bewarna merah hati.....


Esok layan yang ini pula ye.......isk3, nape mata ni asyik polka dot, kombinasikan dengan checkered. Sesuai tak????? toing3.......:)


Tuesday, December 7, 2010

Di kala blog bersawang kembali...huhuhuhu

Bersawang kembali???? Begitulah keadaannya blog ini. Pada dasarnya saya masih meneruskan hari-hari seperti biasa dengan rasa rindu yang mendalam untuk meng-up-date blog. Akan tetapi kesibukan kerja akhir tahun dan beberapa masalah berbangkit telah membantutkan sebentar. Insyaallah, saya sedang mencuba untuk mengembalikan momentum di blog ini seperti sediakala. Insyaallah....sila doakan untuk saya ya....:)

Sepanjang ketiadaan saya di blog ini, saya sempat juga membuat beberapa hasil kraf, tetapi belum berkesempatan nak up-load disini. Sebelum itu, silalah layan gambar budak comot ini menikmati hari-harinya bersama saya disepanjang tempoh mendiamkan diri ini:


waaa.....Pesta Pulau Pinang dah bermula ya...jadi saya bawa dia bermain-main dengan gembiranya disini.....


Mula-mula takut je, lepas tu nak satu round lagi.....:)


Yang ini pun sama juga......:)


Ini mainan yang paling wajib...tiap-tiap tahun naik. Selalu kena temankan, kali ni boleh naik sorang-sorang dah.


Kenduri-kendara di sana sini. Ini kenduri di kampung ibunda, bersama sepupunya.....


Dah balik kampung, menangislah tak mahu balik semula ke Penang....adoiii.......peninglah juga nak memujuk....:)

Wednesday, December 1, 2010

Mari cuci sawang kat sini!!!

Wahhh.....blog saya dah bersawang. Hahahahaha....

Minggu yang sibuk, bekerja secara terus-menerus tanpa cuti tau, termasuk Sabtu dan Ahad. Makanya saya keletihan. Makanya saya hanya mampu memandang sahaja fabrik yang bersusun sebab tak ada mood yang betul-betul stabil untuk aktiviti gunting-gunting dan cantum-cantum. Tetapi alkisahnya jari-jemari ni manalah boleh duduk diamkan, ada sahaja yang nak dibuatnya. Maka saya pun menggungtingkan banyak 'circle' daripada fabrik felt ini. Apa yang saya nak buat????? Nanti saya up-load ya....:)


Tak sempat siap lagi....mata dah blur2, perut dah nyanyi lagu keroncong....maka kena berehat sebentar ya...

'the circle'


Sambil-sambil tu saya nak mengimbau sikit kenangan. Lagu ini memang best, cuba hayati senikatanya ya....:). Marilah ramai-ramai hayati.....sambil cuci sawang kat blog saya nih!!!!


TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Mula tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


Monday, November 29, 2010

Not in da mood to cut and patch

Everything just seem not fine....:(

Really missing somebody and not in the mood to work on cut and patch. Therefore, no updating will be going on till further notice.....hukhukhukhuk. At this moment, please enjoy this song, one of my favorite.



Thursday, November 25, 2010

Couple Pillow saya akan bertukar tangan.....

'Place mat and coaster boxed set' saya tidak jadi diambil oleh seseorang sebaliknya dia berminat pula dengan 'couple pillow-The Patch Block' sebagai hadiah di hari perkahwinan kawannya. Ada permintaan tambahan iaitu penambahan butang di bahagian belakang dan sedikit tanda ingatan di 'couple pillow' tu. Makanya tadi sambil menonton, saya pun menyiapkanlah tempahan ini sebab esok tuan yang empunya dah nak ambil ya......:)


'Friendship 4ever:zura'. Maaf ya, kena handstich saja sebab pillow ni readymade item.

Taraaa... Siap untuk dibawa dan beerti 'couple pillow' saya ini akan bertukar tanganlah nanti, siap sedia sahaja di dalam bag ini. Paperbag ni saya bagi percuma sempena promosi sehingga 1 Jan 2010. Harap-harapnya yang menerima gift ini nanti suka dan gembira.

Wedding set gift saya pun dah tinggal 1 item sahaja lagi. Tak sempat nak tambah stok....hmmm....Harap hari Sabtu dan Ahad ni sempatlah saya tambahkan stok apa yang patut...huhuhu. Itu hanya harapan...rasa macam tak dapat je, sebab kena kerja.....waaa...sedih rasa hati. Tadinya saya baru terbaca di beberapa blog kisah pasal curi-curi tempek gambar hasil kerja tangan orang dan juga kisah belian online yang tidak jujur. Sedih jugalah, sebagai seorang crafter yang bergiat di laman maya ini, sedikit sebanyak dah tentu akan terasa dengan senario ini. Saya ingat lagi, jika nak elakkan kan orang mencuri gambar di blog kita, letakkan watermark (yang saya sendiri pun agak jahil bab ini) atau pun ada code html yang tertentu. Saya pernah baca di satu blog tu, tajuknya klu tak salah: 'Jangan curi gambar saya!!', lebih kurang begitulah. Nanti saya kena cari balik ni, bukan apa, buat persediaan di masa hadapan...hehehehe.

Akhir kata, craft anda, penat anda, orang lain, jangan ambil!!!! Pada kes tipah tertipu semasa membeli secara online tu pula, memangnya kita berisiko kerana jarak pemisah antara kita, cubalah cari pembekal atau penjual yang di rekemenkan oleh kawan-kawan yang pernah membeli sahaja. Lebih selamat begini....:). Harap semua peniaga/pembekal di laman maya akan lebih telus dalam urusan perniagaan...barulah maju dan jaya, INSYAALLAH...:)

Wednesday, November 24, 2010

Saya bungkus...:)

Malam ini tiada apa pun yang saya kerjakan sebenarnya. Saya hanya sempat mengemas ruang kerja saya sedikit dan disamping itu, saya membuat pembungkusan untuk 'Sweet Roses' saya. Siap bungkus, saya letakkan asing di dalam kotak kecil. Bukan apa, nanti jika nak guna, saya boleh terus kilik kotak tu saja....:). Maklumat lanjut mengenai 'sweet roses' ini boleh klik sini ya...Sekali tengok, macam bungkus candy pun ada ni...:)


Tadi siang pun ada yang bertanyakan mengenai 'wedding gift' set iaitu 'place mat and coaster boxed set'. Makanya tadi saya pun memperkemaskan ikatan reben sebelum esoknya saya bawa ke pejabat. Untuk sepanjang bulan November dan Disember ini, kotak yang disertakan adalah percuma. Maka ramailah pula yang membeli. Saya tak sempat nak tambah stok. Harap hujung minggu ini saya bolehlah buat kerja-kerja penambahan stok...:)


Makanya, sekarang nak zzZZZZ...:)

Tuesday, November 23, 2010

Sweet Roses- Hair Clip (2)



More is coming......:)

Love my sweet roses hair clip!! The colour is cheerful and vibrant. More info will be up-dated in my gallery, tonight, hopefully....gheghegheghe....

Sweet Roses- Hair Clip

Actually, nothing much to up-date. But, I'm presenting my new sweet roses hair clip that I've completed while watching TV just now. Yeah....much more will be coming soon. How sweet it is? Just have a look on the ready item, the green and pink...


Sweet as this???? The marshmallow? Hahahaha...

Saturday, November 20, 2010

'Little Rose' Handbag untuk ibunda...

Hari ahad yang panas!! Biar pun langit di atas ada pokok-pokok hujan yang gelap merimbun, tetapi hangatnya hari ini terasa sangat.

Okay, hari ini saya bangun awal, selepas solat subuh sahaja, saya sudah memulakan kerja-kerja membuat pattern untuk produk baru saya. Maklumlah saya baru sahaja membeli beberapa jenis 'bead' yang baru. Ada yang berkilau dan ada yang comel, semuanya akan saya gunakan nanti dalam projek-projek saya yang akan datang sebagai sebahagian kemasan dan perincian.

Selain daripada untuk menghasilkan pattern yang baru untuk produk saya, saya sebenarnya sedang melangsaikan hutang saya pada ibunda. Bukan apa, sebenarnya saya sebagai seorang 'fabric crafter' yang seringkali menghasilkan bag-bag comel atau anggun untuk orang lain (...perasannya kamu ini....), maka sudah tentunya agak tercalar kewibawaanku bilamana ibunda saya ini terkial-kial membelek sesuatu di gerai jualan barangan Thailand pada minggu yang lalu. Dialognya begini:

ibunda: Eh, cantik tak bag ni?? (saya sewaktu itu, sedang membelek-belek kasut...)

saya: Cantik....(mendatar sahja bunyinya...)


ibunda: 25 ringgit, tak boleh kurang dah. Tapi tangkai dia dia pendek la pulak. La ni tak larat la nak pegang-pegang beg...(saya pandang je muka ibunda...)

saya: Ni, nak bag lagu mana?


ibunda: Kalau boleh biaq la tangkai dia ni panjang sikit. Boleh la nak selepang.


saya: (dengan muka agak-agak brutal kerana tercabar kewibawaannya...) Dah, letak balik. Nak beli bag. Pastu macam tu lah, macam ni lah.... Ni, tukang buat bag dok dalam rumah tak mau suruh buat. Lepas tu dok komplen macam tu macam ni.....


Okay2...bukan saya nak menghalang ibunda saya dari menggunakan produk orang lain atau jenama lain. Tetapi adakalanya sewaktu membeli-belah, ada sahaja yang tidak kena dengan citarasanya. Banyak poket sangatlah, pattern orang mudalah, talinya pendeklah dan macam-macam lagi. Selain daripada itu, saya juga membelek hasil jahitan bag tersebut kurang memuaskan. Takut nanti jika dibeli, walaupun hanya RM25.00 kemudian baru digunakan 2,3 kali sudah mula bermasalah. Disamping itu, saya terasa jugalah, dan seharusnya saya kena mengakui, adakalanya saya mengabaikan keperluan rumah tangga dan mengutamakan pelanggan pula. Kesian ibunda saya, terkial-kial tengok orang lain dapat bag baru. Hehehehe....


Jadinya pagi tadi sewaktu saya membuat pattern dan seterusnya menggunting fabrik, ibunda datang:


ibunda: Hang buat apa pulak tu???


saya: Beg la..... (tapi kemudiannya saya diam, dia pun mesti terfikir yang beg tu untuk orang lainlah tu....)


Saya selesai menjahit sepenuhnya tepat jam 12.00. Kemudiannya, saya berikan pada ibunda. Seperti biasa masih banyak la aduan yang dibuatnya, tetapi, tepat jam 12.30 sewaktu kami sekeluarga hendak ke rumah kenduri, beg tu dah pun dibahunya.


saya: Mama! Belum basuh lagi la. Gambaq pun tak ambik lagi tau.

ibunda: Sat lagi balik ambik la gambaq.

Sabar je lah kan....hehehehe.




Pattern beg saya yang terkini. Handbag dengan tali yang boleh dilaraskan. Boleh digunakan sebagai handbag dan boleh juga dijadikan slingbag. Maklumat tambahan mengenai beg ini akan saya masukkan di galeri nanti. Saya gunakan warna 'dark brown' sebagai fabrik luar agar bonda tak katakan saya buatkan bag orang muda untuk dia pula. Dan saya hiaskan dengan rose yang comel.


Berzip dibahagian belakangnya. Senanglah nanti ibunda nak letak barangan berharga atau yang takut tercicir nanti.


Dalamnya saya gunakan fabrik bewarna terang bercorak bunga-bunga dan lengkapkan dengan satu poket kecil. Saya gunakan magnet button ye...Jika beriben-riben, payah pula ibunda nak membukanya nanti. Tengoklah, dah siap terisi dah dengan beg duit dan tisu ibunda.


Hiaskan dengan 'bead little rose' bewarna pastel agar sesuai dengan warna 'dark brown' serta sesuailah dengan citarasa ibunda saya.


Sebahagian 'bead' berbentuk roses yang comel yang saya baru beli sebagai stok. Jatuh cinta pada yang bewarna unggu tu pada mulanya, kemudian rambang pula mata nak memilih lagi. Banyak, ini hanya sebahagian. Kemudiannya terfikir, apa nak buat erk banyak macam ni. Ada ke orang nak kongsi 'bead' yang comel ni???????


Nuriel's artwork.....

When my little princess saw me doing paper cutting and create a greeting card this morning, she would like to make one for her friend too. Hmm....so tonight we spend sometime together to make a handmade multi-used envelope. See, how hard she try to make one, of course with extra guide and some helping hand from me.


Sticking process


Coloring


Final touch-up


Hahahaha...the end product. Ignore some testing 'N' made by Tok Timah.


Lately, I'm addicted to black, red and white. Me: Happy to have the beads in that color and will used it for the next project. Hmmm....:)

Friday, November 19, 2010

Buttercream and strawberry for her day....:)

How should I describe today? It's gloomy. Hmm...should I just stay at home?

But, today is my best friend wedding. Attendance is a must (as her told me early this morning...). After waiting for so long, at last she decided to get married and end-up her single status. Therefore, last night I've complete another set of place mat and coasters for her. As a gift from me to add a sweetness in her new days coming. Again, I'm using the pink and brown medallion printed cotton combined with polka-dot in cream. The cream and pink, hopefully it can be as sweet as butter-cream and strawberry for her day.



Then, I've made my own greeting card. Only a simple design using combination of cream color fancy card, polka-dot ribbon in pink and a love shape from scrap magazine. Another simple thing for her....:)


The L.O.V.E is ticking on her wedding day. Wish it will last forever....:)

* Add


The bride and her comment through sms: 'Cantik gift hang....Kalau hang tak kerja pun tak pa, buat benda ni ja....'

Hmmm...:)