Followers

Thursday, November 25, 2010

Couple Pillow saya akan bertukar tangan.....

'Place mat and coaster boxed set' saya tidak jadi diambil oleh seseorang sebaliknya dia berminat pula dengan 'couple pillow-The Patch Block' sebagai hadiah di hari perkahwinan kawannya. Ada permintaan tambahan iaitu penambahan butang di bahagian belakang dan sedikit tanda ingatan di 'couple pillow' tu. Makanya tadi sambil menonton, saya pun menyiapkanlah tempahan ini sebab esok tuan yang empunya dah nak ambil ya......:)


'Friendship 4ever:zura'. Maaf ya, kena handstich saja sebab pillow ni readymade item.

Taraaa... Siap untuk dibawa dan beerti 'couple pillow' saya ini akan bertukar tanganlah nanti, siap sedia sahaja di dalam bag ini. Paperbag ni saya bagi percuma sempena promosi sehingga 1 Jan 2010. Harap-harapnya yang menerima gift ini nanti suka dan gembira.

Wedding set gift saya pun dah tinggal 1 item sahaja lagi. Tak sempat nak tambah stok....hmmm....Harap hari Sabtu dan Ahad ni sempatlah saya tambahkan stok apa yang patut...huhuhu. Itu hanya harapan...rasa macam tak dapat je, sebab kena kerja.....waaa...sedih rasa hati. Tadinya saya baru terbaca di beberapa blog kisah pasal curi-curi tempek gambar hasil kerja tangan orang dan juga kisah belian online yang tidak jujur. Sedih jugalah, sebagai seorang crafter yang bergiat di laman maya ini, sedikit sebanyak dah tentu akan terasa dengan senario ini. Saya ingat lagi, jika nak elakkan kan orang mencuri gambar di blog kita, letakkan watermark (yang saya sendiri pun agak jahil bab ini) atau pun ada code html yang tertentu. Saya pernah baca di satu blog tu, tajuknya klu tak salah: 'Jangan curi gambar saya!!', lebih kurang begitulah. Nanti saya kena cari balik ni, bukan apa, buat persediaan di masa hadapan...hehehehe.

Akhir kata, craft anda, penat anda, orang lain, jangan ambil!!!! Pada kes tipah tertipu semasa membeli secara online tu pula, memangnya kita berisiko kerana jarak pemisah antara kita, cubalah cari pembekal atau penjual yang di rekemenkan oleh kawan-kawan yang pernah membeli sahaja. Lebih selamat begini....:). Harap semua peniaga/pembekal di laman maya akan lebih telus dalam urusan perniagaan...barulah maju dan jaya, INSYAALLAH...:)

No comments:

Post a Comment