Followers

Friday, February 25, 2011

My Style Contest by Ayun Ayunar


Salam...

Tengah hari ni agak panas-panas manja gitu (kejap-kejap panas, kejap-kejap redup). Pandai-pandai la mengeluarkan istilah sendiri kan...:)

Sebab panas-panas manjalah, saya pun berblog-ing dan telah terpengaruh untuk turut serta dalam contest yang di anjurkan oleh adik Ayun Ayunar nih. Tak kiralah sekiranya fesyen saya ni memang selebet atau terlalu simple, nak join jugak. Kehkehkehkeh.......

Syarat-syaratnya:

1) Pilih Satu(1) Sahaja Gambar Yang anda rasa paling tepat Bagi menggambarkan Slogan Contest iaitu
"MY STYLE", ceritakan serba sedikit tentang "STYLE" anda itu..

Pilih satu ye dik...??? Okay, ini akak pilih ni. MY STYLE dah sememangnya yang 'super simplicity'. Baik tudung apa pun. Kira kalau jenis selendang begini, pin, belit-belit pin je la jawabnya. Untuk gambar ini, akak nak pergi kenduri dik.... Baju warna pink (shocking pink gitu...), jadi tudungnya agak kelabu hasap skit corak polka-dot (memang dah suka yang ber-dot-dot aje...). Untuk inner dalam guna yang plain in white. Menggunakan 3 butir pin saja (2 kecik, 1 besar). Cara pakai yang mudah, pin, belit, pin lagi then kemaskan dengan pin yang besar skit. Dah siap....tengok......:


Simple je, nak sarut helmet kat kepala pun senang, tak payah la nak sangkut-sangkut. Kehkehkeh..... tu yang dinamakan 'super simplicity'.

Kos fesyen tudung nih:

RM8 - selendang
RM5 - inner
RM10- brooch

Murah je kan....:)

p/s: tolong jangan kira jerawat atau tahi lalat kat muka saya pulak ye....;p


2) Masukkan Banner Contest dan linkkan kepada entry contest ini :)

Dah masukkan banner contest. Jika semua nak sertai contest ni boleh klik kat sini ye....:). Marilah ramai-ramai sertai. Sure pening adik kita ni nak mengadili nanti. Manalah tahu kot-kot terus dia bagi semua menang....:)

3) Masukkan Link Contest Entry atau link Gambar untuk contest ini dalam Linking di bawah ye.

Dah masukkan ye dik.....

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2011. Jom join cepat....:)

Hadiah untuk contest ini akan di taja oleh:

Inner & Shawls - Ayunar www.ayunar.biz

Pakaian - ChazFashion by Chaz Boutique chazfashion.blogspot.com

*1 free Makeover n Mini Photoshoot From Ayun Ayunar untuk dimenangi tu....hmmm...:)


*********Pastu ada undi-undi plak. Hukhukhukhuk...undilah saya......walau saya comot...:p

2 comments: