Okay....ini entry saya yang ke 201 sempena tahun 2011. Hehehehe...ada kena mengena ke? Tak de pun, saja je...:)
Tak da apa pun sebenarnya, sekadar nak berkongsi rencah hidup kali ini. Minggu lepas ada baca Pancaindera, di ruangan Tolongjawab; Lelaki Muda Pertama Dan Terakhir. Siapa yang bertanya? Dah tentulah wartawan. Siapa pula menjawab...??? Hmm...Cik Maria Farida kitalah. Komen sikit tentang hubungan cintanya dengan Shah Jazle. Antara komen yang menarik minat saya adalah:
Mungkin Maria boleh kongsi pengalaman cinta bersama Shah Jazle?
Saya menyesal sangat bercinta dengan dia. Saya ingat dia matang walaupun umur dia muda lagi. Rupa-rupanya perangai macam budak-budak. Awak tahu tak, sejak jumpa dia, hidup saya kucar-kacir. Saya kena cakap ini supaya orang tahu perkara sebenar.
Shah Jazle adalah lelaki dan berumur 22 tahun, Maria Farida adalah ibu tunggal yang berusia 40 tahun. Beza memanglah berbeza. Tapi apalah ada pada perbezaan usia jika benar Si Lelaki yang lebih muda itu memperisterikan Si Wanita yang lebih berusia. Akan tetapi, perkara ini haruslah direnungi kepada aspek yang paling asas iaitu tujuan perkahwinan tersebut. Jika perkahwinan itu adalah kerana agama, maka perkara ini takkan menjadi suatu masalah. Tetapi jika perkahwinan itu hanya kerana nafsu, harta atau rupa, maka akan kucar-kacirlah jadinya.
Sebenarnya bukan kisah perbezaan umur yang hendak saya bincangkan. Bukan pula cerita bila lelaki muda berkahwin dengan perempuan berusia. Tetapi matang, adakah pada usia?
Apa ertinya matang? Matang ini bila mana sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu; mematangkan menjadikan (menyebabkan matang); kematangan keadaan atau sifat matang.

Bila mana seseorang itu boleh berkeadaan begini, makanya saya setuju mengatakan dia matang:
1) Dapat bertenang dan bersabar bilamana hasrat hatinya tidak tercapai;
2) Dapat menyembunyikan perasaan yang terluka atau tersinggung dari dilihat rakan-rakan atau orang sekeliling;
3) Dapat menguasai keinginan hati biarpun ada sesuatu itu yang memang rasanya memang boleh dimiliki;
4) Dapat pula mengatasi rasa malu atau sakit hati bila hidup tidak setaraf dengan rakan yang lain;
5) Dapat menerima teguran atau kritikan orang lain tanpa perlu memperbesarkan perkara tersebut;
6) Boleh menerima pendapat orang lain;
7) Boleh merasa bahagia bila bersendirian;
8) Boleh mendahulukan kepentingan orang lain;
9) Boleh menjalinkan kerjasama, mewujudkan rasa kasih sayang dengan orang sekeliling anda tanpa mengharapkan wuudnya kepentingan diri anda dalam kehidupan mereka ;
10) Melakukan sesuatu dengan sederhana tanpa niat menunjuk-nunjuk andalah yang terbaik.
Cukuplah 10 agaknya. Banyak lagi sebenarnya. Dalam erti kata yang lain, matang itu lebih menjurus ke arah sesuatu yan positif dalam hidup. Tidak semua orang dapat berfikiran secara matang, bertindak matang dan menjadi matang sebenarnya. Kata orang kematangan seorang lelaki dan wanita dalah berbeza, wanita kononnya lebih cepat matang berbanding lelaki.
Saya sebenar tidaklah setuju bila mengatakan matangnya seseorang itu bergantung pada usia. Tidak sebenarnya. Kematangan seseorang itu adalah kepada pengalaman hidupnya, kehendak dirinya untuk mewujudkan keadaan tersebut dan lain-lain adalah kurniaan dari Allah. Selalunya kita akan dapat melihat kematangan bila seorang lelaki itu merupakan anak sulong yang mana dia telah dididik untuk menjadi ketua keluarga, dilatih untuk melindungi adik-adiknya, menjaga ibunya, menolong bapanya. Kematangannya akan lebih terserlah berbanding dengan si bongsu yang hanya menerima segala kasih sayang setelah ibu bapanya agak senang dan mewah, dimanjakan dengan kasih sayang abang-abang atau kakak-kakak, selalu dimenangkan dalam apa jua pertikaian kerana usianya yang lebih muda dan sebagainya.
Pernah satu hari ada seorang budak lelaki datang menjual agar-agar di rumah bonda. Hasil jualannya hanya tinggal sedikit, lebih kurang 7, 8 bekas lagi. Akan tetapi, saya hanya mahu 4, puas jugalah dia memujuk saya untuk membeli lebih. Bila saya ambil sehingga habis hasil jualannya, dia gembira sangat. Selepas itu saya tidak pernah terserempak lagi dengannya. Tapi saya mendengar cerita, dia hanyalah budak yang masih bersekolah rendah yang terpaksa meninggalkan alam persekolahan setelah ibunya meninggal dan bapanya berkahwin lagi. Kenapa? Kerana ibu tirinya tidak membenarkan dia bersekolah dan dia perlu menjaja kuih-muih ibu tirinya untuk menambah pendapatan keluarga. Sekiranya tidak habis, maka dia akan mendapat habuan. Hari-hari dia menjaja, dengan hanya berjalan kaki dan khabarnya berpuluh-puluh kilometer setiap hari untuk pastikan hasil jualannya habis. Belas rasa hati saya. Tapi terlihat kematangannya sewaktu pertama kali saya berjumpa dengannya. Riak wajahnya langsung tiada tanda kesal, malah dia redha dengan keadaan hidupnya. Bila saya tanyakan di mana rumah, dengan bersahja dia bercerita tanpa setitis pun airmata atau tanda-tanda sedih mahupun kesal dengan keadaan hidupnya. Katanya dia menolong ibunya tambahkan pendapatan, untuk adik-adik bersekolah. Dia mengorbankan dirinya, masa depannya untuk adik-adik tirinya. Siapa tahu jauh di lubuk hatinya bersedih kerana dia tidak beruntung tapi di wajahnya tenang, itu antara sifat matang yang mula tumbuh dalam dirinya.
Adakah anda seorang yang matang? Hmm...nilailah diri sendiri sejauh mana kematangan telah wujud dalam diri. Kematangan itu harus wujud dalam diri seiring usia. Jika tidak kita akan sering merasakan hidup ini semakin sempit, hidup ini semakin malap, hidup ini semakin sesak. Semakin dewasa, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi, semakin banyak pancaroba, semakin pelbagai ragam yang dijumpa. Sekiranya tiada kematangan, maka jiwa akan lebih mudah tertekan, nafsu akan mudah tergoda atau pun diri akan mudah melatah.
Bilamana saya bertemu dengan lelaki yang tidak matang, adakalanya saya cuba untuk menyedarkan mereka betapa perlunya kematangan dalam diri mereka. Sebagai nakhoda, peneraju hal ehwal rumah tangga dimasa hadapan, matang itu perlu ada. Sekiranya tiada, perlahan-lahan cuba wujudkan. Tapi adakalanya saya sendiri merasa kecewa, bilamana tiada kematangan dalam diri dan tidak ada inisiatif langsung untuk mewujudkan sifat tersebut, tetapi masih berharap untuk jadi peneraju. Macam mana tu??? Boleh ke? Bila seseorang itu, langsung tidak tahu membuat keputusan, tidak dapat membela pendirian diri sendiri dan tidak tetap dengan pendirian, saya memang simpulkan dirinya sebagai tidak matang. Dan saya mula lelah menghadapi insan sebegini....
akak sy.. ni nmew mierul... sy brumur 17 taon.... sy sngt mncntai seorang wnita yg brumur 22 taon.. si dia sngt mncntai sy.. tapi... si dia tx snggp mnjdi kksih sy krne.. si dia ingn mncri owg yg lgi mtng.. sy sngt sdey... ade ke cre untuk sy ilang kn dia dr memori sy.. sy prlukn bntuan...
ReplyDelete...carilah orang lain....tu je bantuannya...hehehehhe (bunga bukan sekuntum.... Klau kena gaya, bukan setakat sekuntum, sejambak pun dapat tau...:P
ReplyDelete...caranya adalah cari lain untuk ganti....tu je... bunga bukan sekuntum, adik muda lagi...perjalanan pun jauh lagi...Insyaallah, di masa hadapan, bertemulah pasangan yang sesuai untuk adik...:)
ReplyDelete