Followers

Tuesday, March 8, 2011

...sekadar berkongsi rasa...:(

*mode:missing HIM soooo much

Hari ini 9hb. Genaplah 5 tahun pemergian Rizal. Tapi jika ditanya apakah saya pernah melupakan dia...jawapannya tidak sama sekali. Adakalanya apa yang tersurat, yang nampak dek pandangan mata bukanlah sebenarnya yang tersirat, yang terlindung di balik jiwa, hati dan perasaan. Ada rasa yang adakalanya takkan mampu untuk kita luahkan dengan kata-kata. Bagi saya, dialah lelaki yang terbaik yang pernah saya kenali dan saya adalah antara hamba-NYa yang bertuah bila Rizal memilih saya untuk dijadikan teman hidup, bukan wanita lain yang pernah ada dalam hidupnya. Tetapi orang yang baik selalunya pergi dulu, tinggallah orang yang tak berapa nak baik macam saya ni melalui hari-hari mendatang kan...:(. *sob..sob...sob...

Sesungguhnya, saya redha dengan ujian Allah ini. Ketika hari dia pergi, terasa sebahagian dari jiwa ini dia bawa bersama. Malah sehingga hari ini serasanya saya masih hidup dengan kenangan. Kuatnya saya untuk melalui hari-hari yang mendatang itu hanya kerana saya punya tanggungjawab untuk membesarkan puteri...perlu mencari rezeki untuk puteri dan Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan untuk melalui semuanya dengan tabah....


Gambar ni diambil oleh salah seorang rakannya yang menjenguk sewaktu Rizal sedang sakit. Lebih kurang 2 bulan sebelum pemergiannya. Masih kacak lagi dia masa ni...:'). Masa ini doktor dah pun bagitahu yang dia sudah tak punya harapan untuk hidup. Boleh bayangkan tak betapa 'down' dia masa ni??? Doktor telah hentikan semua rawatan dan dia hanya bergantung kepada perubatan alternatif. Sewaktu tempoh rawatan, doktor selalu melarang sebarang perubatan alternatif. Bila ada masalah doktor akan tanya;

'u ada makan herba ke??'
'u ada makan ubat-ubat lain ke??'
'u jangan ambil sebarang ubat lain tau..'

Jadinya dia selalu takut untuk mencuba rawatan lain. Hanya bergantung sepenuhnya kepada rawatan yang diberi oleh pihak hospital. Hanya selepas disahkan tiada lagi rawatan untuk dia, barulah dia nak menggunakan rawatan alternatif. Tapi masa itu terasa macam terlambat, rasa ralat pun ada.....:(

Tapi ya lah...nama pun ajalnya. Bukan kerana sebab yang lain...bila sampai masa, sedetik pun takkan ada nantinya.... Tapi pengajaran yang saya ambil dari peristiwa itu.... sekiranya ada saudara-mara yang menghidap Leukemia, cubalah apa sahaja perubatan yang ada, dari kemudiannya terasa ralat kerana langsung tidak mencuba....

11 comments:

  1. sedey nye ...semoga fieda redha ngan tabah ok ...
    aku tatau la cam ne nk hadapi pemergian insantercinta ... hopefully aku yg pegi dulu ..aku tak sanggup

    ReplyDelete
  2. Anda wantia yang kuat. Sama2 kita berdoa untuk rohnya.

    ReplyDelete
  3. eima:jodoh, ajal dan rezeki DIA yang tentukan....kita sebagai hambanya redha sajalah. Saya pun dulu tak sanggup bukan kata hilang, jauh pun tak sanggup....tapi bila begitu takdirnya, kenalah kuatkan juga...

    bea:terima kasih....:)

    ReplyDelete
  4. sabarlah atas pemergiannya.. kirimkan doa dan sedekah jariah untuknya buat bekalan di sana nanti...

    ReplyDelete
  5. Anda seorang wanita yang tabah. Saya dah dan sedang melaluinya...

    ReplyDelete
  6. Moga terus tabah mengahrungi hari2 mendatang.

    ReplyDelete
  7. salam kak, touching sungguh akak tulih..bergenang airmata baca..hope akak tabah hadapi dugaan..tuhan suka umatnya berusaha,insyaallah..

    ReplyDelete
  8. kuatnya fieda... semoga tabah dan jangan sedih2... kan ada puteri

    ReplyDelete
  9. hi fieda. mmg sedih baca post u. i can't imagine if i were in your shoes. apapun fieda mmg seorg yg sgt tabah!! apa yg kita lalui dlm hidup ni sememangnya ujian dariNYA. semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

    ReplyDelete
  10. aku pun masih ingat masa melawat arwah hari terakhir sebelum arwah meninggal...masa tu semua org tgh bersedih...aku pun xsangka ko kuat dan tabah menghadapi ujian allah...rasanya aku xsetabah ko...tp yang pasti allah xkan menguji seseorg insan jika dia xmampu menhadapinya...jd ko jugak antara insan yg bertuah, terpilih untuk di uji allah fida..

    ReplyDelete
  11. ...thanks semua ya....
    insyaallah masih dan akan terus tabah...
    doakan ya....:)

    ReplyDelete