Followers

Sunday, March 20, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran Anda...meh kita selidik sikit

Hahahaha....meh hari ini saya nak cerita sikit pasal bulan-bulan kelahiran ni. Yang entry kali ini memang dikipnap daripada web-web yang lain iaitu rahsia bulan anda dilahirkan berdasarkan kajian oleh Dato Fadzillah Kamsah. Nape erk??? Sebabnye.....sebabnyeee......sebabnyeee..... My Birthday just around the corner...... Tak lama lagi doh......:). Saya ni lahir pada bulan Mac.

Meh kita selidik sikit:

Rahsia bulan anda dilahirkan
(BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH)

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka
mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai
mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan
ada harapan utk merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada
luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan (hmm...menarikkah saya???)
mudah didampingi (agaknya ye lah kot..sebab saya rasa orang senang je kawan ngan saya)
sgt pemalu dan pemendam rasa (sangat pemalu...err...errr..errr..., pemendam rasa, ya betullah tu)
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan
mudah simpati (baik, hmmm...jujur, boleh la... pemurah, ya kot.. mudah simpati, benarlah tu...)
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam
persekitaran (hmmm...)
suka pada kedamaian (ya...)
sgt peka kepada orang lain (hmm...betullah kot)
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org
lain (kehkehkeh...memang tengah berkhidmat untuk orang lain le ni)
tidak cepat marah dan sangat amanah (marah macam cepat je....amanah? hmmm...boleh la..)
tahu balas budi dan tahu kenang budi (tahu...itu saya tahu...)
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam (saya mmg suka memerhati...)
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal (ya...betul.....buat la sangat2 kat saya...)
suka berangan-angan (hahahahahaha...sebelum tido buat nih...mesti...)
suka melancong (betul amat nih.....)
sgt manja dan suka diberi yg sangat
tinggi (suka diberi perhatian yang tinggi......sangat manja???hehehehe...ada nak komen?)
kelam kabut dalam memilih pasangan (hukhukhuk...sifat yang paling mengong dan menyusahkan diri!!!)
suka dgn hiasan rumahtangga (suka, tapi macam tak berapa rajin kekadang tu...:p)
punya bakat seni dalam bidang muzik (erk??? Tak kot...main piano pun tak gheti...)
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan
baik (ye...)
jgn terlalu moody. (erk? okay2...)

APRIL
sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi
sgt diplomatik (pandai memujuk )
pandai berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan
santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan
org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
keras hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh
org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di
hati org lain tanpa diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai, idea, mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
bersikap 'sesiapa yg memuji saya adalah musuh
saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan'

JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah
apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka melawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
sangat prihatin & terperinci,amanah, setia &
jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi)
krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan orglain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi oleh persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati apabila hendak,
akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hun kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Okay....ini semuanya sifat-sifat berdasarkan kajian sahaja. Ada yang mengena, ada yang tak kena pun. Apa-apa pun, bila nampak sifat tu sesuatu yang positif, kita teruskanlah, tetapi kalau ia negatif, kenapa pula kita nak kekalkan. Maka cuba-cubalah berubah.....:)

No comments:

Post a Comment