Followers

Tuesday, December 27, 2011

Rabu tanpa kata....

Rabu tanpa kata....

Ramai yang buat entry macam tu kan...tapi saya masih jua suka nak berkata-kata...ghegheghegheghe...

Saya masih dalam mood perkahwinan.... Sebab utama mood tu masih belum bertukar rupa sebabnya....:

1) Kenduri pihak lelaki masih belum dibuat.... Insyaallah dalam masa terdekat ini....
2) Saya masih mempunyai 1 set cuti panjang yang akan saya ambil....
3) Bulan Januari penuh dengan cuti, maka saya jua dengan gembiranya mahu menikmati cuti-cuti Malaysia....


Tapi kan.... mood itu akan bertukar serta-merta selepas 1 Januari ni.... sebab TUan Puteri Bertuah akan mula bersekolah.... hikhikhik...Aktiviti membeli-belah barang sekolah telah pun bermula ya.....:)


Dan...header FB yang masih dengan mood pengantin.....kahkahkahkah...walau org tak suka, saya sangat suka.....:p


Dan...beli-belah kasut sekolah telah bermula....hahahahaha

DIY:Hantaran dan hiasan bilik pengantin

Dengan segala keterbatasan waktu dan tenaga, masih jua saya beria DIY beberapa perkara seperti hantaran, HB, hiasan bilik pengantin dan juga... doorgift...:)

Walau pun taklah sesempurna mana tapi ini sajalah yang saya mampu dengan budget dan juga waktu yang saya ada...:)

Backdrop untuk bilik pengantin, simple sangat dan jimat sangat...



Hantaran yang juga serba simple yang mampu saya siapkan....:)

*sekadar berkongsi kemanisan...:). Gambar hantaran tak dapatlah saya tunjukkan sepenuhnya sebab tak sempat bergambar pun. Hanya mampu tunggu gambar daripada OP je.....

Berkongsi sedikit kemanisan..;).Versi 2

Hari ke-9 selepas tarikh kejadian.....

Hmm....apa yang bestnya? Apa yang glamornya?

Tak ada apa yang best pun, tak ada apa yang glamor pun, sebenarnya lebih kepada hari yang sedih tau.... sebabnya:

1) Dah mula keje..... hukhukhukhuk
2) Dah memulakan PJJ dengan jayanya....

Apa nak buatkan...bila dah takdir kena jauh2....hukhukhuk... Lagi kesedihan yang melampau bila demam mula melanda.... waaaa..... Tapikan... Perasan tak? Baru sempat nak buat entry, baru sempat nak upload gambar, baru sempat nak update FB... Hahahahaha...kenapa erk? Sebab, masa En. Awak ada, bonda dah pesan, lupa2kan skrin tu sekejap... Nak pegang tikus pun takut2... (saya tahu En. Awak tak kisah, tapi tak salahkan, kalau saya dahulukan dia...)

Okay...demi menjaga hati si Tuan Puteri bertuah, kami menunaikan hajatnya untuk ke Cameron Highland buat sekian kalinya.... Cuma kali ini nasib agak tidak menyebelahi kami, tempat penginapan telah ditukar pada saat akhir oleh tuan empunya (dari Royal Lily ke Desa Anthurium yang telah agak usang dan tidak terjaga....). Dengan penuh ketabahan kami lalui hari2 kat situ. Dengan Water Heater yang berfungsi ala2 je...(air kena perlahan baru rasa panas..), dengan cerek air yang selepas setengah jam baru tetiba on dan masak air.... dengan pintu dan tingkap yang tidak boleh ditutup rapat... haishhh.... Ditambah pula dengan hujan memanjang sepanjang 3 hari di sana... lagi lah terasa ketidakseronokannya...:(

Tetapi, masih mencuba sebaik mungkin menunaikan hajat si Tuan Puteri Bertuah....

Mula2, perkenalkan En. Awak dan Puan Saya...:)


Si Tuan Puteri Bertuah dan kek coklat yang lazat...:)


Ayunya dia ditiup angin sepoi2 bahasa...


Lagi aksi dengan payung seteroberi...:)


Impian mengutip seteroberi dengan jari-jemari sendiri tertunai sudah....


Tamat acara mengutip seteroberi....boleh balik...


Tapi dalam banyak2 gambar, yang ini saya suka.... Gambar curik!!!!

*Hmmmm.... our next destination ke mana le pulak lepas ni??? Hahahaha....tak abis lagi mood cuti2 tu sebab kenduri tak abis lagi...;)

Monday, December 26, 2011

Berkongsi sedikit kemanisan..;)

Setelah lama menyepi.....akibat kesibukan yang melanda diri...:)

Okay, izinkan saya berkongsi sedikit kemanisan di hari bahagia... Gambar oleh OP.. En. Iznan... boleh jenguk hasil kerja beliau di sini...:)

Siapa yang paling comel? Dah tentulah si Tuan Puteri Bertuah yang di tengah-tengah tu kan???


*masa hari kejadiankan, rasa semuanya kalut... Semuanya nak cepat. Sampai nak curi2 ambil gambar sendiri pun tak sempat.... Akhirnya, kenalah tunggu sebulan untuk miliki album kahwin....hahahahaha... Kesiankan???...:)

Friday, December 16, 2011

Akhirnya siap....:)

Salam......

Tadinya berdikit-dikit buat doorgift ditemani anak saudara saya... Sekali sahabat-sahabat pun sampai.... Dengan kerjasama mereka, doorgift berjaya disiapkan malam ini juga....gheghegheghe




Jadinya esok, saya boleh tumpukan pada persiapan yang lain pula....hehehehehehe.... Apa yang penting? Kerjasama.....;)

Sunday, December 11, 2011

Hantaran (Pink+Cream+Purple)

PINK + CREAM + PURPLE

Hari ini, sasaran agak tersasar. Tak dapat juga hendak siapkan hiasan bakul hantaran sepenuhnya. Walaubagaimana pun, boleh dikatakan 70% siap. Ada 2 bakul yang langsung belum berusik, 2 lagi bakul yang belum lengkap. Yang lain-lain tu, kerja-kerja kemasan sahaja...:)

Saya menggunakan kombinasi kuntum bunga mawar, riben, manik dan juga kristal..... Gubahan kali ini memang simple sangat.


...gheghegheghe...perasan tak? Sungguh wanita warnanya (pink+cream+purple). Tapi sesuai dengan tema kan.....;)

*Tadi dapat news dari bonda, doorgift sila tambah lagi (ayahanda kurang setuju. Ayahanda mahu semua tetamu dapat doorgift yang sama, semua dapat F&S Bouquet + Makanan). Maka, urusan penambahan tempahan pun dilaksanakan.... Nanti kena shopping paperbag lagi.... jeruk lagi, bekas lagi.... suka tukar last minute cam ni tau...... hukhukhuk

7 days....

7 days to go......


Masa 7 hari tu serasanya tak cukup untuk menyudahkan segala yang tertangguh..... Segala yang belum selesai. Segala yang belum cukup.....

Sebenarnya, masa 7 hari itu masih juga sempat menyempat saya menjemput-jemput saat akhir. Ada yang tak sempat bertemu, ada yang hanya di telefon, malah undangan menerusi FB pun saya buat bila segalanya semakin tidak sempat....:)

Kerja-kerja melayangkan kad comel saya ini belum selesai lagi tau.....hukhukhukhuk..... (lagi 7 hari saja, macam segan pula saya nak hulur-hulur kad lagi....)

Sewaktu kerja melayangkan kad, mahu pun sewaktu kerja-kerja menjemput ini dilaksanakan, macam-macam reaksi saya terima:

'Eh, diam2 ubi berisi nooo.... Tahniah, tahniah...'
Hmmm.... saya senyum dan ucap terima kasih...

'Amboii.... Patutlah selama ni kami ajak minum pun tak mau dah. Takut Cik Abang marah....'
Hmmm...saya ketawa dan menyangkal; 'mana ada.... takat minum2, Cik Abang tak marah la...'.

'Laa.... Tak kawen lagi ka? Kalau tau, dah lama saya ngorat!'
Hmm... Ya...tak kahwin lagi SEKALI la.....:)

Suasana kerja saya yang dipenuhi lelaki menyebabkan pelbagai reaksi itu datang, pelbagai usikan mula menjelma di samping spekulasi sebelum ini, membuatkan orang rasa tidak percaya bila nama yang tertera di Kad Jemputan adalah berlainan dengan calon yang disangkakan. Saya hanya mampu tersenyum, hendak ketawa pun ia juga....; itulah, pandai-pandai sangat korang bawa cerita sana-sini.....:)

Akan tetapi, ada satu detik sewaktu proses menjemput tu, saya sedikit terkilan rasa. Okay, mungkin sahabat-sahabat saya ini terlalu lama tidak mendengar khabar berita dari saya, akan tetapi, saya sendiri tidak pernah merahsiakan sebarang status. Bila soalannya;

'sape kawen?'

atau pun kenyataan....

'eh.. hairan...'

Sedikit sebanyak buatkan saya terasa. Tapi, tak mengapalah, mungkin dia tak perasan selama ini bahawa saya telah pun menjadi ibu tunggal sejak 6 tahun yang lalu.....



*Bila saya merasakan ada sesuatu yang ganjil tentang sahabat saya, saya lebih suka memerhatikan, mengkaji dan menyelidik daripada saya bertanya. Saya tidak mahu sahabat saya merasa terluka atau tidak selesa. Jika perlu, saya akan bertanya pihak ketiga, sebelum saya bertanya dengan lebih lanjut kepada tuan yang empunya diri. Bagi saya, adakalanya, sesuatu itu terlalu melukakan untuk dinyatakan secara terang-terangan....Tapi, lain orang, lain caranya.... Tak mengapalah...:)

Saturday, December 10, 2011

A little glimpse...

A little glimpse on my artwork today....

Belum siap daaa....baru letak-letak, tengok-tengok kesesuaian bekas.... Hmmm... banyak benda yang tidak cukup stok dan perlu di beli.... Lambatlah pula rasanya kedai nak buka..... Adeehhhh...



*Itulah bila kerja tak sempat dirancang dengan sempurna.... Semua ada dalam kepala sahaja, bila hari kejadian, periksa stok, itu tak cukup, ini tak ada..... hurmmppp...... nasib baik saya tak buat kerja last minute, klu tak.....hrmmm

Friday, December 9, 2011

Hari itu cuma 9 sahaja lagi....


Masa itu hanya ada 9 hari......
Masih ada yang tertinggal,
Masih jua ada yang belum tanggal,
Masih ada yang tak tersangkal,
Masih ada yang tak masuk dek akal....

Kata orang waktu ini,
Ombak badai mudah mendatang,
Jiwa serabut cepat meradang,
Hati tersentuh sedih bersarang,
Kenangan lalu berakar tunjang.....

Dan....adakalanya....
Banyak yang tersingkap di balik tingkap,
Yang selama ini sembunyi tidak dicakap,
Tertudung di cerah, tersembunyi di gelap,
Namun yang silap tetap pun silap....

Sudahlah....
Biar hari itu tiba,
Tiada guna bicara tentang ia,
Yang pasti tiba, tetap akan tiba.....
Yang seharusnya lupa biar jadi lupa....


*Kata orang tua-tua.... masa bertunang itulah masa yang paling banyak dugaankan? Masa bertunang seharusnya waktu untuk kita mengenal pasangan masing-masing tapi selalunya akan tumbuh pelbagai cerita, pelbagai masalah, pelbagai kisah.... Entahlah.... Hari itu cuma tinggal 9 sahaja lagi. Sedang benar-benar berharap agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.....
**Minggu ini adalah minggu terakhir untuk segala persiapan. Mengemas bilik, membuat hantaran, membuat perancangan hiasan kamar pengantin, nak confirm make-up....wahhh...banyak kerja. Rasa macam saya pelukan 30jam/hari je rasanya sekarang nih....hukhukhuk....


Sunday, December 4, 2011

Cerita Ombak Rindu.....:)


Siapa kat sini dah pergi tengok cerita OMBAK RINDU??? Sila angkat keyboard....:)

Hmm... dalam banyak-banyak kerja, dalam pening-pening kepala, dalam keletihan rasa macam tak boleh buka mata, masih juga semangat pergi tengok wayang. Bakal En. Awak telah dipaksa rela untuk datang dari jauh-jauh semata-mata kerana perlu melayan kerenah bakal isteri yang jiwang sangat.

Terus-terang saya katakan, cerita ni benar-benar menyentuh hati nurani saya sebagai seorang wanita. Kisahnya berkenaan seorang gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya, di beli oleh seorang lelaki untuk dijadikan perempuan simpanan. Gadis kampung tu Izzah lakonan Maya Karin. Lelaki tu hero pujaan malaya sekarang ni lah Aaron Aziz, dalam cerita ni dikenali sebagai Hariz. Izzah telah merayu agar Hariz mengahwininya agar mereka dapat bergaul dengan cara yang halal. Dan mereka pun berkahwin. Biasalah, rasa cinta pasti akan wujud lepas tu bila Izzah tu nampak sempurna dan membahagiakan. Tapi, kemudiannya Hariz perlu berkahwin mengikut kehendak keluarga pula. Calon isterinya adalah Mila lakonan Lisa Surihani. bagaimana akhirnya Hariz harus jua berkahwin dengan Mila sedangkan dalam hatinya sayang dan cintakan Izzah. Bagaimana emosi Izzah bila dia mula menyedari kasih yang wujud pada Hariz terlalu dalam. Bagaimana deritanya Izzah bila dipaksa berpisah, difitnah dan segala rahsia mula terbongkar selepas itu. Haisshh... stop dulu.... tak payah ceritalah...:)

Jika dilihatkan dari segi pemegang watak tu, rasanya Maya Karin kurang sesuai sebagai watak gadis kampung yang naif. Walaubagaimana pun, masih juga dia berjaya hidupkan watak tu dengan baik. Pendokong watak sokongan yang lain seperti Azizah Mahzan pun dilihat berjaya dan sesuai la sangat.....:)

Sebenarnyakan.. ramai yang kata cerita ini tidak digarap sebaik di dalam novel. Ya, mungkin betul. Cerita melayu selalunya terikat dengan durasi masa yang singkat. Oleh itu, banyak plot yang tertinggal atau kelihatan tergantung atau pun penjelasan yang samar. Tetapi bagi saya untuk cerita ni, plotnya masih tersusun dan pengarah banyak bermain dengan emosi dan sejujurnya sebagai wanita, hati saya memang tercuit, mudah pula mengalirkan airmata. Sebab cerita ini masih baru di panggung, saya pun tak mahu cerita-ceriti pasal cerita tu lagi. Biarlah orang-orang yang berminat memenuhi panggung je nanti. Tapi kan.... jika hendak menonton cerita ni, saya nasihatkan pergilah bersama rakan-rakan wanita. Barulah boleh bersup-sap dengan jayanya. Jika pergi dengan lelaki tu (samada En. Tunang atau En. Suami) pastikan individu tersebut punya jiwa romantis. Agar anda tidak diketawakan oleh mereka-mereka bila anda mula melelehkan airmata.

Serius, benda yang perlu di bawa sewaktu tengok cerita ni:

i) Teman yang amat memahami;
ii) Tisu yang sekotak.

'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah!'

**bila diri kita wanita, pernah pula lalui perit rasa seperti watak dalam cerita, sure airmata tu lagi mudah meleleh. Tapi, bakal En. Awak, siap boleh tido lagi! Sungguh tak romantik kan? Cheh! Tapi okaylah juga, dengan rela dia melayan segala kerenah saya hari ini termasuk over-over banjir dalam panggung...gheghegheghe

Saturday, December 3, 2011

Cerita-ceriti 'door gift'...

14 days to go.....


Erk? 14 ye.... Kepala terus pusing-pusing. Pening....

Mana tak pening, hari Jumaat tu hampir kena serangan jantung bila cip kat pejabat cakap;'Fit, I tak boleh nak pertimbangkan cuti U'. Sampai hati boss tau tak nak bagi saya cuti kawen.... Masa tu rasa nak nangis. Nak guling-guling. Nak gigit telinga boss pun ada.... Hukhukhuk.... Bukan lama pun boss, tak sampai 2 minggu (tapi 2 kali la cuti yang tak sampai 2 minggu tu, kira klu tambah-tambah dah macam 3 minggu la.......hahahahahaha). Biasalah kan....hujung tahun, semua orang nak cuti termasuklah boss, jadi boss pun pening bila anak buah yang 2-2 orang tu sekali nak kawen...... Nasib baiklah ada juga orang yang sanggup ambil tanggungjawab 'back-up' sewaktu ketiadaan kami!! Sungguh seronok sebab akhirnya cuti dah lulus..... gheghegheghe... (senyum sampai ke telinga rupanya....)

Yang lagi pening bila 'door gift' tak siap-siap lagi. Ada 100++ lagi.... Makanya, cuti 3 hari ke, 2 hari ke.... mengadap itu je.... Rumah pun bersepah je.....

Okay...saya sedang gigih. Ini sewaktu minggu lepas yang cuti 3 hari..... 2 hari mengadap, siap 200 unit....:)

Sambil buat 'door gift' saya lari-lari beli barang untuk 'door gift' juga. Actually, yang sedang gigih saya buat tu (fork n spoon bouquet) akan diberi kepada semua tetamu. Untuk tetamu istimewa (yang jauh ke, sedara-mara ke, rombongan lelaki ke...) saya ada sediakan 'door gift' tambahan yang diletakkan di dalam 'paper bag'. Dalam paper bag tu bahan makanan je la. Antara makanan yang saya suka nak masukkan adalah jeruk.

'Hampa mai Penang, cek bagi la hampa ghasa jeruk Penang...'

Akan tetapi, saya tidak membeli jeruk biasa yang di jual di pasar Balik Pulau ke, di Chowrasta tu ke. Sebaliknya saya beli, JERUK MADU PAK ALI. Sekadar inginkan kelainan, bukan mengada-ngada. Sebab, saya dimaklumkan Jeruk Madu Pak Ali ni di buat oleh orang Islam, tidak menggunakan gula sakarin (ibu gula) dan tidak memeritkan tekak bila di makan. Hmm... Ibu gula tu memang la telah diketahui boleh meninggalkan kesan terhadap usus jika digunakan berlebihan.


Jadi saya pun mencubanya. Sewaktu 'food testing' tu saya mendapati:

i) Kadar kerapuhan buah tu kurang jika dibandingkan dengan buah jeruk biasa tu;
ii) Manisnya lain sebab saya dimaklumkan resipi Pak Ali adalah gula pasir dan madu;
iii) Tak perit tekak tu memang betul, selalu jika makan jeruk yang biasa tu masuk 4x ngap, mula terbatuk kecil;
iv) Harganya lebih mahal. Jika jeruk ceri yang seperti saya beli tu di pasar hanya RM10.00 (belum runding harga) untuk 1kg. Jeruk Pak Ali pula RM12.00/kg. Mahalkan? Tapi saya fahamla, kaedah pembuatan dan kos bahan tak sama, jadi bagaimana nak bandingkan harga.

Yang lain-lain tu saya main order sana sini je....

*Dalam kalut tu, masih ada hati nak pergi menonton cerita ombak rindu lagi! Haishhh....teruk betul kan?

Friday, December 2, 2011

Sesal dahulu pendapatan.....

Segala apa yang saya curahkan dalam entry kali ini bukan berniat memalukan sesiapa. Bukan juga berniat melukakan hati sesiapa. Tetapi saya hanya ingin berkongsi cerita, agar yang elok kita jadikan panduan, yang buruk dapat kita jadikan sempadan.

Satu waktu 1: Perbualan antara 2 orang wanita yang bersahabat.

Wanita 1: Hang nak keluaq dengan dia ka? Hampa ada apa-apa lagi ka?
Wanita 2: Entah la akak, dia ajak pi makan jugak2. Dia dah tunggu kat bawah.
Wanita 1: Hang kata hampa dah tak dak apa2. Tapi dok keluaq juga. Kan hang kata tok dia tak suka kat hang. Dia pun tak mau nak pertahankan hang.
Wanita 2: Memang la. Bila tak nak keluar ngan dia, dia macam meragam2 tak puas hati.
Wanita 1: Tu tandanya dia sendiri tak tau apa yang dia nak. Cuba hang tegaskan kat dia, tanya dia betul2.
Wanita 2: Dah tanya. Dia sendiri pun tak tau....

Di ketika itu, si wanita masih berharap agar si lelaki yang dimaksudkan itu berubah fikiran dan sedar bahawa kebahagiaan bukan terletak pada orang lain, tetapi pada diri mereka sendiri. Tapi segalanya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Sebaliknya si wanita mula menyedari yang punca sebenar perpisahan adalah kerana wanita lain, bukan kerana halangan keluarga. Hati jadi remuk!


Terasa hancur luluh hati. Terasa terhina pun ya.....sumber gambar:internet


Satu waktu 2: Perbualan antara wanita dan lelaki, bekas pasangan kekasih.


Lelaki: Bila majlisnya?
Wanita: Lusa...
Lelaki: Pasaipa awak tak bagitau saya?
Wanita: Perlu ke saya bagi tau awak? Awak pun tak pernah nak bagi tau saya bila awak nak bertunang ke, bila awak nak kawen ke...
Lelaki: Ya la.... Saya tak bagi tau hari tu sebab tak confirm lagi. Ni, saya dengaq awak nak bertunang dari orang lain, orang lain tahu lebih dulu dari saya!

Hairankan.... Jika si lelaki sudah berpunya. Punya pula pilihan hati sendiri dan mendapat restu orang tua, kenapa pula harus meradang bila si wanita hendak membina bahagia sendiri?


Siapa sangka, siapa menduga. Di celah keretakan hati, tumbuh cinta....sumber gambar:internet


Satu waktu 3: Perbualan antara lelaki dan wanita. Juga bekas pasangan kekasih.

Lelaki: Entah la awak... Bila dengan awak, saya rasa lain.
Wanita: Lain? Apa yang lain?
Lelaki: Tak tahu. Tapi bila dengan awak, saya selesa... saya rasa seronok. Itu sebab saya risau.
Wanita: Kenapa pula nak risau?
Lelaki: Ye la, perasaan bila dengan dia tak sama macam bila dengan awak. Kadang2 sampai saya rasa macam tak keluar pun tak apa. Saya takut nanti saya jemu dengan dia. Saya tak mau la sampai jadi tahap macam tu.
Wanita: Nape pula macam tu? Awak ni, cuba bagi tahu kat dia, apa yang awak tak berkenan, apa yang awak suka.... Banyakkan tegur dia. Jika dia tak tahu, bagitahu... Jangan la diam, lepas tu tak seronok, lepas tu jemu.

Haishh... sebenarnya dalam hati wanita penuh dengan kecewa akibat kecurangan si lelaki. Akan tetapi, masih juga boleh berbahasa indah. Cuba untuk memastikan kebahagiaan si lelaki tetap ada. Menjaga hati itu perlukah bila si dia pernah tumbuk lumat hati kita sampai jadi debu angin?



Kenapa? Kamu gagal nampak cahaya, semua sudah senja??? sumber gambar:internet


Satu waktu 4: Toik, toik... Bunyi SMS.

Lelaki: Emm.. saya tak tau la awak. Mula2 saya malu dengan awak. Takut orang kata. Tapi sekarang menyesal tak pertahankan awak. Entahlah awak, nak jaga hati tok sama. Saya pun tak tau betul ke tak.
Wanita: ...nak buat macam mana. Awak dah pilih dia. Mmg saya sedih bila awak tak tunaikan janji awak kat saya. Tapi saya takkan paksa untuk seseoarang yang tak pernah sudi sayang saya.
Lelaki: Saya tau saya tak tunaikan janji kat awak. Sbb tu saya rasa brsalah sangat dgn awak. Tak tau la awak, tak boleh lupakan awak. sekarang ni kesal sangat.
Wanita: Kita dah nak kawen. Tiada apa lagi yang perlu awak sesalkan. Semua orang suka dengan pilihan awak. Insyaallah awak bahagia...
Lelaki: Kalau saya dapat undur masa. Saya takkan buat kesilapan bodoh ni...
Wanita: Kalau saya dapat undur masa, saya takkan terima awak dalam hidup saya...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada berguna.... "bila rasa ini rasa awak, awak akan faham apa yang saya rasa"... hanya itu yang kerap si lelaki ulangi.... Katanya:

'Baru sekarang saya faham bagaimana rasanya...'



Awak....hidup takkan seindah hikayat cerita dogeng... Terimalah hakikat itu. sumber gambar:internet

**Okay.... Apa kesimpulannya????

Tenung, renung, selidik, hitung, timbang...buatlah segala yang termampu sebelum membuat sesuatu keputusan. Masa yang berlalu takkan mampu kita undur kembali. Yang silap tetap silap, yang nyata tetap nyata. Takkan mampu kita mengubahnya....

Sunday, November 27, 2011

Make Over Your Shoes (Tajuk over, isi ala-ala je....kehkehkeh)

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah buat semua rakan-rakan beragama Islam....:)

Okay, sebenarnya entry ini agak basi jugalah... Tapi disebabkan saya ada sedikit masa terluang sebelum meneruskan kerja-kerja menyiapkan 'doorgift' yang belum selesai, maka saya pun menggodek-godek HP dan terjumpalah satu projek 'make over' yang telah saya buat bulan lepas (Oktober).

Sebenarnya begini, barang-barang untuk hantaran saya telah beli sedikit demi sedikit. Sambil-sambil kata orang. Antara barang hantaran yang saya beli sambil-sambil adalah beg tangan. Ya lah waktu tu lawatan saya ke Melaka dengan Persatuan Islam di tempat kerja. Ada yang berkenan, saya pun angkat dan bayar sahajalah. Beg tangan tersebut warna merah menyala. Sama je macam baju saya yang telah dibeli juga. Untuk kasut hantaran pula, di beli di Penang dengan bakal En. Awak. Masa tu memang sesi jelajah secara terus menerus. Beli kasut untuk pihak lelaki, perfume dan kasut saya. Akan tetapi saya gagal untuk memiliki kasut yang saya inginkan; warna merah atau cream atau gabungan merah dan cream atau gabungan merah dan hitam. Sedih sangat masa itu. Tetapi memandangkan saya mungkin tak berkesempatan untuk membuat sesi jelajah mencari kasut lagi akibat kesuntukan masa, di samping itu, kasut yang bakal dibeli perlu diserahkan kepada bakal biras untuk di buat hantaran dengan kadar segera, maka saya pun membelilah kasut bewarna hitam seperti di bawah...:)



Okay.....tiada yang tidak cantiknya dengan kasut ini.... Saya suka dengan rekabentuknya. Akan tetapi, beg tangan saya merah, kasut saya hitam.... Tak sesuai gitu. Bila membelinya, saya katakan kepada bakal En. Awak; 'tak apa, saya buat make over la sikit'.



Ghegheghegheghe...selepas make over, beginilah rupanya. Ada la juga warna merah tu kan.... Tak adalah hitam polos bertemu merah polos kan....hahahahaha (tak lah lawa benar, atau matching sangat. Tapi okaylah sikit dari tiada sebarang persamaan langsung!)

*Sebenarnya saya suka je nak tambahkan kelopak mawar merah dari baldu atau pun felt sekurang-kurangnya, tapi takut pula bakal keluarga mertua akan kata; 'overnya minah ni...'. Maklumlah, saya ini saya ini bakal 'beras' yang baru nak datang. Tak berani lagi kau nak 'vogue' tak ketahuan over-over sangat.....

Saturday, November 26, 2011

Wedding shoes-A must have accecories

Wedding shoes... A must have accecories!

Dah tentulah bukan? Mana ada pengantin berkaki ayam di majlis perkahwinannya. Akan tetapi, pemilihan kasut untuk B2B seharusnya bersesuaianlah dengan majlisnya, betul tak?


Agaknya apakah jenis kasut yang bersesuaian untuk B2B ni? Okay, macam ni:

1) Jenis kasut yang kita perlukan. Sandal, high heel, stiletto, open toe, closed toe, pump shoes, strappy ke apa bagai lagi la jenis kasut. Sebaik-baiknya B2B kena lihat kesesuaian bentuk kaki, lokasi majlis untuk menentukan jenis kasut ni. Kasut bertutup adalah paling selamat (untuk menutup cacat cela pada kaki, selain nampak sopan je...). Akan tetapi jika memilih untuk memakai jenis strappy, opened toe atau kasut yang mendedahkan sebahagian besar kaki, ada baiknya jika kita memakai stokin. Jika lokasi majlis di kawasan berpasir halus dan gebu, elakkanlah memakai kasut jenis stiletto, mahu je tumit tu terbenam di dalam pasir dan kita pun keletihan nak mengimbangi postur badan ketika itu.

2) Warna kasut yang kita mahu. Putih, silver, cream.... Hanyalah warna biasa bagi kasut di majlis perkahwinan. Tetapi sekarang ramai yang suka bermain dengan warna-warna berani seperti merah, kuning diraja, mahu pun shocking pink. Apa pun pemilihan warnanya, haruslah sesuai dengan warna pakaian. Jika berbusana hijau, takkanlah kasutnya merah....:)

3) Ketinggian kasut! Alahai....B2B mesti nak nampak tinggi seolah-olah boleh menggapai awan gitu.... Ye la.... Hari besar, hari bersejarah, hari bahagia.... Tinggi tumit yang paling ideal, tentunya saya cadangkan 3". Kestabilan masih wujud di situ. Akan tetapi jika mahu lebih tinggi, pastikan anda memang biasa bertumit tinggi sebelum ini, atau anda berisiko besar untuk terpelecok. Seboleh-bolehnya sekiranya memilih kasut jenis stiletto ni, biarlah yang ada platform supaya kaki anda lebih stabil dan selesa.

4) Dah tentulah RM, RM, RM yang beerti kos atau harga kasut. Betul..... hari bersejarah itu hanya sekali. Apa perlu kita habiskan RMx,xxx hanya untuk sepasang kasut yang belum tentu kita akan pakai selalu di hari-hari tanpa sejarah? Betullah, jika kasut itu ditempah khas, dan direka oleh pereka terkenal bukan setakat RMx,xxx, tetapi mencecah RMxx,xxx pun ada. Apa-apa pun tengok kaki, raba poket!

Okay....berbalik kepada persiapan saya. Majlis di rumah bonda tema adalah pink+purple+cream. Macam cute je warna tu. Asalnya hendakkan red+black+white. Tetapi bila difikirkan balik ada majlis akad nikah sebelum tu, rasa macam tak sesuailah pula. Makanya warna tema yang telah dipersetujui itu rasanya lebih sesuai barangkali.

Tetapi saya teruskan juga tema merah menyala tu ke majlis bertandang nanti. Bila sahaja bakal En. Awak uatarakan dia tertarik dengan warna merah, terus saya beli baju merah. Cumanya untuk bakal En. Awak, saya cadangkan guna baju warna cream dengan sampin warna merah pemberian arwah ayahnya...:). Saya pula dah tentu baju warna merah dengan tudung serta lain-lain aksesori warna cream. Lalu saya memang tertarik untuk mencari kasut bewarna merah atau pun cream.

Hajat hati mahukan yang simple dan agak tertutup seperti ini sahaja. Sesuailah dengan baju saya yang simple juga, kurung pahang dengan kain selisih..... Ada riben adalah ciri-ciri pilihan hati saya tau....



Tapi...sekali dapat kasut yang sebegini. Tumit stiletto tu.... Warna merah menyala tapi saya suka perincian riben di situ, nampak comel untuk orang yang tak cute seperti saya....gheghegheghe. Jenama Intan Suri. Sangat banyak pilihan, harga yang berpatutan. Cumanya spesifikasi saya terlalu cerewet, memaksa saya cukup berpuas hati memiliki kasut ini sahaja. Apa spesifikasi tambahan selain yang saya nyatakan di atas? Hmmm...saya amat suka memastikan kasut yang saya beli, mudah di pakai. Ini bererti, saya tidak perlu menyembah kaki saya setiap kali saya mahu menyarungkan kasut ini nanti. Tapi yang sungguh tidak percaya, ketinggian tumitnya adalah 4" (memang over kau Fieda.......). Tapi saya anggapkan 3 1/2" je sebab 1/2" lagi tu dah di cover oleh platform pada kasut tu....hahahahaha


Untuk majlis akad nikah dan kenduri di rumah bonda, kasutnya lebih tertutup dan lebih rendah tumitnya, rasanya 2 1/2" je kot. Lebih selesa untuk saya bergerak ke sana ke mari nanti. Maklumlah, rumah sendiri tentu kena lebih aktifkan.... Lagi pun acara bermula dari pukul 11.00 pagi hingga lewat petang, tak larat lorrrr nak bertumit tinggi bagai.... Apa yang penting, kasut ni pun saya suka pada perinciannya. Simple tapi quiltnya yang menggoda jiwa...

*Sebelum ni tertanya-tanya apa itu stiletto. Maklumlah saya ni bukan budak fesyen atau pengikut fesyen terkini sangat. Akan tetapi bila telah disebut-sebut dan pernah menonton cerita Semerah Cinta Stilletto, hati ni terpanggil untuk ambil tahu. Rupanya, apa sahaja kasut yang bertumit tinggi runcing, itulah stilletto. Runcing yang penting tu.... sebab adakalanya saiz tumit tu tak lebih dari 1cm (woww....runcingnya...).

Kelebihan kasut jenis ini:
1) Memberi diri si pemakai illusi yang lebih tinggi secara keseluruhannya;
2) Dapat membentuk postur diri untuk kelihatan lebih yakin, mahupun lebih seksi.....(erk?)

Kekurangannya pula:
1) Dah tentulah bila terlalu tinggi dan runcing kemungkinan untuk mencederakan diri lebih tinggi seperti keletihan akibat berdiri dan berjalan terlalu lama, atau mungkin terpelecok!
2) Dah runcing, maka lebih tekanan akan diberikan pada bahagian tumit. Adakalanya tidak begitu sesuai untuk majlis di kawasan berpasir atau pun tanah yang lembut sebab tumit kasut akan tenggelam (alamak! kena tengok kawasan rumah mertua ni. Jika tak sesuai, kena cari kasut barulah jawabnya..... hahahahahaha....alasan sungguh!!!)

Friday, November 25, 2011

Tak perlulah nak kongsi!


Salam Sabtu....

Saya taklah lama menjadi seorang blogger. Masih jua baru walau telah melebihi 2 tahun. Bagi saya, blog saya ini tidaklah informative sangat, akan tetapi adakalanya ada info yang berguna yang saya kongsikan. Blog saya dan FB adalah dunia saya untuk terus kekal berinteraksi dengan rakan-rakan saya yang jauh dan juga dekat kerana saya adakalanya terlalu sibuk untuk berjumpa, minum kopi dan bersembang-sembang seperti dulu di Secret Recipe. Apatah lagi jika rakan-rakan saya itu jauh diseberang lautan. Blog saya dan juga FB adalah tempat untuk saya berkongsi perasaan saya yang sepatutnya saya kongsi. Yalah....takkan kita nak berkongsi kisah kisah tempat tidur pula kan.... Adalah benda yang sepatutnya kita kongsikan, cerita gembira atau pun cerita sedih terutamanya cerita yang boleh dijadikan pengajaran pada orang lain.

Seperti yang telah saya tekankan di dalam entry saya sebelum ini (rujuk sini), saya ini merupakan anak tunggal. Saya tidak ada abang, adik atau kakak untuk berkongsi rasa. Rakan-rakanlah tempat saya meluahkan cerita, berkongsi pendapat dan juga rasa. Dimanakah lagi rasanya tempat saya meluahkan segalanya jika bukan di blog dan juga FB (tetapi saya masih juga menjaga batas dan juga ayat untuk memastikan segala masalah masih jua terlindung dan hanya dapat difahami oleh orang-oarang tertentu). Jadi soalannya di sini, adakah saya salah jika berkongsi kisah gembira??? Jika saya mahu kawan-kawan saya tahu apa perkara gembira yang saya kerjakan sekarang ini....

Seperti yang semua juga tahu, saya seorang artis picisan yang gembira untuk DIY untuk segala benda termasuklah benda-benda di dalam urusan seharian saya. Saya gembira bila saya mampu berkongsi segala ini dengan pembaca dan juga rakan-rakan saya. Bila saya membuat sendiri bag atau pun table runner, saya gembira bila ada yang memberikan pendapat. Bila ada yang menghantar email bertanyakan sumber bahan yang saya gunakan seperti fabrik, zip atau pun pattern yang saya gunakan malah mungkin kaedah dan cara pembuatannya, saya gembira untuk membantu. Kerana bagi saya, 'sharing is caring'. Mungkin tak banyak yang saya bantu, sekadar termampu mengikut kederat saya sendiri sahajalah.....tapi saya membantu bukan? Jadi salahkah saya bila saya berkongsi DIY untuk barang-barang berkaitan 'wedding preparation' saya? Bukan niat hendak menunjuk tetapi sekadar untuk berkongsi kegembiraan dan juga pendapat. Saya ini hanyalah B2B yang tidak mewah tetapi cuba untuk memastikan segalanya nampak sempurna dalam tempoh persiapan yang singkat dan juga budget yang tidak seberapa. Harapan saya agar saya mampu untuk berkongsi tips dan juga pengalaman saya nanti. Masih salah jugakah?

Selain daripada itu, saya tidak berhasrat untuk selamanya menjadi pekerja di bidang batu-bata, saya amat berharap satu hari nanti saya akan berkembang maju di dalam dunia artis walau pun saya hanyalah seorang artis fabrik picisan yang merekabentuk baju untuk diri dan juga anak. Mungkin mereka bentuk hiasan rumah atau menjadi pereka bentuk untuk majlis anak saya sendiri suatu hari nanti. Saya ada matlamat saya sendiri, saya ada harapan saya sendiri. Jadi saya menjurus ke arah memasarkan kemahiran saya yang tidak seberapa. Kaedah pemasaran, tentulah dengan berkongsi apa sahaja kemahiran yang saya ada buat masa ini. Apa salahkah saya bila saya mempunyai matlamat saya sendiri?

Jadinya, ayat:

'tak perlulah nak kongsi'...

Amat membuatkan saya berfikir seribu kali. Perlukah buat semua tu semata-mata mahu menjaga hati dia SEORANG sedangkan banyak lagi kebaikan yang saya akan perolehi!? Sungguh tidak adil untuk saya!


*Kenapa perlu berkali-kali lukakan hati saya tanpa menyedarinya? Kenapa perlu saya sendiri yang nyatakan betapa hati saya terluka? Kenapa tidak langsung berusaha untuk melindungi hati saya dari dilukai? Kenapa perlu biarkan saja orang lain menyakiti saya? Kenapa?
*terlalu banyak kenapa bermain diminda*

Teaser: Wedding Dress (done!!)

23 days to go.....

Huahuahuahua.... penat, kalut, letih dan akhirnya terjelepok depan TV sebab malas nak buat apa-apa lagi...:(

Okay, tadi dah pergi ambil baju di butik setelah lama menanti. Walau senyum atau tidak terhadap baju itu, itulah baju yang saya akan gunakan peda hari besar saya nanti. Pemilihan fabrik, rekabentuk dan juga hiasan manik, semuanya saya serahkan bulat-bulat pada butik tu. Sebab saya sendiri dah pening uruskan yang lain.

Marilah jeling sikit ye.... Jika digandingkan dengan HB yang dah saya buat, termasuk dengan kasut yang dah beli, kira okay je lahkan.... Siap 95% urusan pakaian pada hari tersebut. Boleh uruskan yang lain!

Saya suka warna baju, saya suka fabrik kali ini. Hiasan manik cantik, tidak terlalu sarat....tetapi berat!!! Hukhukhukhuk...apa kan daya...tak mampulah nak ringankan buat masa sekarang, mungkin nanti lepas kenduri je la......hukhukhuk

Sunday, November 20, 2011

Teaser: Crystal HB (done!!)

27 Day to go.....

Nothing more to say....redah je la sekarang..... Persiapan agak kelam-kabut. Badan letih, otak pun letih.... Sebab dan akibat, semua nak buat sendiri....hikhikhikhik.....

Sekilas pandang HB saya yang baru siap. Masih belum sebenarnya, menunggu baju siap untuk dibuat suaipadan nanti.... Inspirasi asal saya begini rupa bentuknya:

Ingat lagi tak entry saya sebelum ni. Klik sini. Sumber gambar: Internet

Tapi tidaklah saya rajin dan menyempat nak hasilkan bunga kristal yang berpuluh-puluh jumlahnya. Maklumlah, serba-serbi nak dibuat sendiri. Cukuplah sekadar 12 kuntum bunga kristal dan yang lain-lainnya saya gabungkan dengan kristal, manik, net dan riben. Harapan saya nanti, OP saya yang dah confirm tu dapatlah membuatkan HB saya nampak indah dalam gambar dia nanti....hehehehehe (sedang berdoa dengan tangan di dada mata ke atas...).



*Dalam tak sempat, masih jua berhasrat nak buat 'veil' sendiri... Adess..... (kata akal; 'Fieda, tolong pegi sewa di kedai je...'. Kata hati; 'Isk3....sempat lagi ni jika nak buat, buat yang simple2 tapi sweet dah lah....'). Bezakan...memang berbeza. Akal dan jiwa tak seiring dah ni!!

Wednesday, November 16, 2011

HB in the making

Isk3...sibuk2, sampai terasa macam nak patah pinggang dengan bouquet sudu dan garfu tu...

Terasa kebosanan sebentar maka beralih arah sebentar kepada bouquet yang lain pula. Hikhikhik... HB in the making.... Ntah bila la nak sampai ke tepi ni, asyik tengah je lagi....:)


Masih belum siap sepenuhnya. Macam tak lawa je kan....Berusaha lagi lah....:)

*Masih menyampah dengan soalan 'watpe'. Dah terasa hati payah nak hilang tau....hukhukhuk....

Tuesday, November 15, 2011

Doorgift untuk hari besar

Hmm....dah lama saya tak bersiaran dengan emosi yang stabilkan.....:(

Okay, saya cuba meneutralkan semua rasa sebaik mungkin dan meneruskan kerja-kerja sebaik mungkin. Saya cuba sedaya-upaya tidak menambahkan kedut dimuka ni.... atau uban di kepala. Kerja-kerja di pejabat bertambah. Ye lah...saya telah cuba merancang sebaik mungkin tetapi apakan daya di saat-saat akhir berlaku peralihan kuasa yang bagi saya seolah-olah rampasan kuasa tanpa rela. Tapi itu hakikat alam pekerjaan, kenalah terima.

Berbalik kepada kerja-kerja..... Hmmm... hari besar tu akan tiba. 33 hari saja lagi.... jika di tolak dengan tarikh hari kejadian, dah tentu 32 hari je.... hukhukhukhuk.... Dan rumah masih bersepah, bekas hantaran masih dalam beg plastik tak berusik, segala baju, perfume dan kasut masih lagi dalam beg kertas parkson. Baju pengantin masih di kedai, aksesori masih belum sewa, HB masih dalam pembikinan, doorgift masih bercambah di sana-sini..... Kek hantaran masih dalam otak belum diterjemahkan kepada pembuat kek, bilik pengantin pun masih seperti sarang tikus akibat bila balik keletihan dan hanya mampu bersidai depan TV merehatkan minda dan kaki. Sekejap-sekejap saya curi-curi buat doorgift. Masih ingat lagi entry saya tentang doorgift yang saya cadangkan? Cuba klik sini untuk refresh ingatan...:)

Dengan budget yang terhad, kita buatlah doorgift yang termampu. Yang penting pemberian saya ikhlas dan saya buat sendiri dengan tangan dan tulang empat kerat ni. Mungkin pemberian saya ini pelik dari orang lain, tak biasa dibuat orang tetapi pemberian saya punya makna tersendiri. Saya beri sepasang sudu dan garfu sebagai lambang pasangan. Makan dengan sudu tentu lebih selesa bila ada garfukan...:). Saya lapikkan dengan 'doilies' dan hiaskan dengan riben. Harap-harap tetamu yang datang akan terima jua dengan hati yang ikhlas.... Pas tu balik boleh guna dalam kehidupan mereka sehari-hari sebab sudu dan garfu tu tak reput dan tak karat.... Harap kasih sayang antara kami berdua jua begitulah hendaknya.....

Memperkenalkan 'Fork n Spoon Bouquet' saya......:)


Masih jauh lagi perjalanan saya yang baru bermula. Baru sesuku pun belum sampai rasanya. Dan saya terus berusaha.

*Dan saya terus membuatnya seorang diri kerana ada orang yang mungkir janji.... Memang saya kecil hati dan merajuk dan berharap dipujuk..tapi entahlah...dia tak pujuk pun...:(

Monday, November 14, 2011

Diam

Sebolehnya aku mahu senyum,
Aku tak mahu bisu,
Seharusnya aku membilang bahagia,
Tapi kenapa mesti sibuk menimba kolam mata??

Entahlah,
Diam mampu uraikan kusut?
Sepi mampu hapuskan kalut?
Sendiri mampu jauhkan serabut?

Jika mampu,
Teruskanlah.....



Tiap butir bicara,
Bagai mencurah airmata ke daun keladi,
Dan...aku penat menangis...
Maka aku jua rela diam sendiri...

*Biar kita sama-sama diam. Asal diam mampu leraikan kusut. Atau diam makin buat aku jadi lembut. Atau diam sebenarnya hanya akan buat aku serabut dan akhirnya buat kita tak lagi terpaut. Fikir-fikirkanlah......

Sunday, November 13, 2011

'watpe'? = buat apa (boleh jangan tanya....)

Salam Ahad.....

Terasa lama benar tidak bersiaran. Terlalu banyak tanggungjawab yang tertunggak yang masih jua saya cuba melunasinya sedikit demi sedikit. Dalam itu, terima pula tanggungjawab baru yang bukan baru. Apa maksudnya? Dah tentulah kerja-kerja mencuci 'tahi orang' (bunyi seperti kesat, tapi memang itulah hakikat). Bila mana orang yang bertanggungjawab tidak lagi mahu bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya, maka kerja tersebut perlu diserahkan kepada orang yang tak berapa larat nak memikul tanggungjawab ni.... Tapi apakan daya, bila telah diamanahkan, mahu atau tidak, terpaksa jua memikul.....=(

Sebenarnya dalam hati hari ni terasa berkobar-kobar hendak buat banyak benda. Bangun pagi-pagi siapkan diri, kemudian siapkan agenda hari ini disamping tu siapkan hidangan untuk tengah hari. Ke depan, ke belakang, ke tepi, ke tengah semuanya ada. Saya masakkan nasi awal, sebabnya saya nak tunggu orang datang di rumah bagi bantu saya menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak dan masih belum selesai. Saya masak banyak sangat, 2 ekor ikan siakap kukus, ikan masak pedas dan juga sayur. Hajat dihati hendaklah makan dulu sebelum buat kerja.... Tapi benda yang kita rancang memanglah tidak seperti yang kita rancang..... Bling! Semua bertukar dan tak jadi.... Semangat tadi terus ranap... Lagi ranap bila SMS masuk dan soalannya begini; 'watpe?'....

Lalu tadinya saya buat kerja tertunggak tu perlahan-lahan sambil tonton drama korea. Saya ni kerja siang, malam, pagi, petang... Seronok juga dapat layan cerita korea sesekali. Teringat zaman muda-muda yang sering saya habiskan dengan menonton cerita-cerita bersiri begini. Cerita apa yang saya tengok? Cerita; ' the first wives's club'. Hahahahaha.... Bagi saya, menonton drama bersiri korea ni lebih baik dari saya menonton sinetron yang langsung tidak logik dan meleret-leret. Akan tetapi, cerita korea juga tidak pernah lari dari konflik dan permasalahan yang menekan jiwa sebenarnya. Itulah penyebab utama saya jarang menonton cerita bersiri sekarang ni.... Malasah utama adalah, ketagihan! Ketagih menonton begitu.....:)

Berbalik pada cerita tadi, hmmm.... Ceritanya simple je la, masalah suami yang berlaku curang. Tetapi kita kenalah mengakui bahawa kepincangan ini memang telah pun jadi penyakit dalam masyarakat kita sendiri pun, bukan sahaja di barat tetapi di Malaysia sendiri. Bercinta dengan isteri orang atau suami orang atau tunang orang. Semua itu dah jadi seperti biasa di mata kita. Tetapi, kenapa ya, bila suami curang, tiada siapa pun kisah. Akan tetapi jika isteri curang dan bermain cinta di belakang suami, pasti dihina dan dikeji. Jawapannya dah tentulah sebab lelaki boleh kahwin 4 (jika orang Islam la....). Jadi bila dia bercinta, maka dia boleh berkahwin lepas tu. Tetapi wanita tak boleh kahwin 4 (biar apa agama sekali pun....). Nampak tak bezanya? Hehehehe..... Tapi bagi saya, curang tetap curang. Biar dia suami orang ke, isteri orang ke... tunang orang ke..... kekasih orang ke.... Saya tidak menyokong untuk curang. Curang adalah bila dia tidak setia, tidak berterus-terang dan malah mengkhianati kita dengan segala bentuk penghinaan demi kebahagiaan diri sendiri. Sebab dan akibat akhirnya lebih banyak. Renung dan kaji segala segi terlebih dahulu sebelum cuba untuk curang.

Daripada cerita itu tadi, saya buat sedikit kesimpulan pendek:

i) Lelaki memerlukan seorang perempuan yang baik, tangkas dan pantas dirumah untuk menyelesaikan segala masalah berbangkit dan huru-hara dengan anak-anak, ibu-bapa atau lain-lain permasalahan;
ii) Lelaki adakalanya mudah melupakan segala jasa-jasa isteri dan penat lelah isteri bilamana perasaan cinta kembali meluap-luap (cinta pada orang lain);
iii) Lelaki lebih suka menyalahkan isteri untuk menutup kesilapan; awak tu yang busuk, awak tu yang garang sangat; awak tu yang tak pandai ambik hati saya, awak tu yang tak tahu nak manja-manja;
iv) Lelaki lebih berbangga bila dapat dicintai lebih dari 1 wanita;
v) Perempuan pula akan curang bila suaminya kuran
g memberikan perhatian pada dirinya yang mungkin sebab sibuk atau suaminya sendiri tak pandai beromantika;
vi) Perempuan yang bertemu dengan cinta pertama dan sebenarnya masih tidak dapat melupakan cinta pertama atau pun kekasih lama;
vii) Perempuan akan mula curang bila bertemu denga lelaki yang lebih baik dari suaminya yang sediada.


Entahlah.... bila saya fikirkan semula 34hari yang akan tiba itu terasa ngeri. Perkahwinan itu ibarat perjudian. Memperjudikan nasib diri. Jika bernasib baik, maka baiklah hasilnya. Jika sebaliknya.... Bukan mudah untuk menghadapi hari-hari selanjutnya. Entahlah..... Adakalanya saya sendiri tidak yakin. Lelaki, memang sukar untuk dimengerti.... Apatah lagi bila dia sendiri payah untuk cuba memahami diri kita.....:(

Sebenarnya, jika kita renungkan kembali.... Pincangnya sebuah rumahtangga itu bila si suami itu sendiri tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Suami adalah nakhoda yang akan menentukan arah bahtera rumahtangga, memastikan semuanya bekerjasama dan berada di laluan yang betul. Semudah itu sajakan..... Bila bahtera senget dan kemudiannya karam, sedikit sebanyak kesilapan itu datangnya dari si suami. Bila isteri tidak wangi atau bermulut jahat, masih juga salah suami? Ya... sebab mungkin si suami itu sendiri kedekut hendak hadiahkan minyak wangi (isteri mesti bangga dan akan guna selalu minyak wangi jika dihadiahkan oleh suami), atau mungkin si suami tu tak tahu langsung hendak tolong isteri menguruskan rumahtangga sampai isteri tu hanya sempat mandi sehari sekali je..... hahahahaha... ini andaian saya saja....:)

Hidup bersama takkan selalunya manis dan rangup bagaikan 'cookies'....(sumber gambar:internet)

Sebenarnya, perkahwinan itu tak semestinya selalu manis seperti kek, gula-gula atau biskut. Adakalanya masam macam cuka. Adakalanya masin terlebih garam, adakalanya pahit bagaikan peria. Tetapi jika semua perisa itu kita gabungkan, tentu hidup sebagai suami isteri itu jadi lebih indah dan rasanya tentu lebih enak.

* Boleh tolong jangan tanya saya; 'watpe', sedangkan awak dah tahu apa yang sedang saya buatkan kerana sepatutnya KITA yang sedang perbuatkan. Terasa sedih bila digula-gula janji semanis 10 kati tapi sebenarnya tipu belaka. Terasa sedih bila dekat tapi jauh, ada tapi tiada....

Saturday, November 5, 2011

Buat Baik DiBalas Baik

Siapa masih ingat satu movie di lewat tahun 2010 yang lalu lakonan Andy Lau dengan penampilan istimewa si Jackie Chan? Tajuk cerita tu kalau tak salah 'SHAOLIN' kan? Hehehehe.... Cerita dia tak boring, penuh aksi dan sebenarnya penuh pengajaran. Antara yang saya tertarik kat dalam cerita tu adalah tentang 'karma'-buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Memanglah, selalunya bila kita buat baik, maka baiklah pengakhiran yang kita dapat. Jika kita selalu buat jahat dekat orang, tidak mustahil satu hari nanti kita akan mendapat kesusahan sebagaimana yang kita selalu buat dekat orang. Tapi, bagaimana pula bila kita sudah puas berbuat baik, tidak menyakitkan hati orang, tapi masih jua kita ditimpa musibah?? Mesti jauh dalam hati kita sedih bukan? Mestilah jauh dalam hati kecil kita sudah terdetik; 'tak gunalah berbuat baik dekat orang, nasib buruk juga yang menimpa diri'. Atau lebih malang bila terdetik; 'kenapa tuhan bagi aku kesusahan setelah semua kebaikan aku lakukan?'.

Sebagai orang Islam, kita harus percaya kepada qada' dan qadar yang telah ditentukan Allah. Kita juga harus percaya bilamana Allah menurunkan kesusahan atau kesempitan itu beerti Allah sedang menguji kita. Sejauh mana keimanan kita dan juga adakalanya untuk menyedarkan kita agar tidak terus terpesong dari jalan yang benar. Saya pernah jua menangis pada bonda sewaktu saya ditindas oleh seseorang. Pelbagai cara yang dia lakukan untuk memastikan saya mendapat kesusahan. Di dalam dirinya seolah-olah tidak wujud rasa belas kasihan.

saya: kenapa manusia macam dia tetap saja bahagia hidup dia?? (persoal saya dalam airmata)

bonda: mana kita tahu.... Allah tu maha lemah lembut. Apa yang dia buat kepada hambanya pun kadang2 kita tak nampak pun, tak sedar..... Kita tengok saja hidup dia mewah, dia ada semua tapi kita tau ke macammana susahnya hati dia, kusutnya fikiran dia sebab nak cari salah orang atau fikir cara macammana nak kenakan orang balik. Cuba tengok, sampai sekarang dia tak ada anak, tu tuhan tengah duga dia, cuma dia saja yang masih tak nampak....

saya: (diam seribu bahasa....)

Jadinya, sekarang, saya tetapkan dalam hati.... Tak mengapalah bila saya merasakan dia tidak adil kepada saya. Tidak memberi apa yang sepatutnya dia beri sebagaimana yang dia janjikan. Saya hanya merenung skrin putih itu tanpa sebarang komen. Malah sewaktu saya dihujah bertubi-tubi saya tetap diam tidak membela diri. Saya hanya senyum untuk ubati sakit hati. Kerana bagi saya, tak guna saya bercakap, tak guna saya mengadu, malah tak guna saya menghujah pada orang yang tidak pernah cuba memahami, yang hanya mendengar tapi tidak mengerti, yang menerima tapi tidak pula mencari. Yang hanya merasakan masalah sendiri lebih berat jika dibandingkan dengan orang lain, yang hanya merasakan beban pada diri lebih hebat jika dibandingkan dengan orang lain.

Jadi.... diam adalah lebih baik. Diam bukan beerti saya hanya menerima, tetapi kerana saya malas lagi berbalah tentang sesuatu yang tidak mungkin dia dapat terima. Sudah begitu sikapnya, maka biar sahajalah dia.....


Lihatlah.... Dia si besar dan saya hanya si kecil. Menyerang pun dah tentu saya kalah, diserang pun dah tentu saya kemik! (Sumber gambar: internet)

*sebenarnya dalam hati amat terasa sedih kerana terlalu selalu sangat digula-gula dengan kata-kata. Saya si bijak, tetapi kenapa masih percaya??? Mungkin saya si bijak yang lembut sangat hati nuraninya.....:(
**dalam hati juga sedih bila lihat si pinggang patah masih dipuji-puji sedangkan si berusaha sehabisnya dilabel sebagai; 'not welcome in this team'.
***lebih sedih bila hanya sendiri yang berjuang, hanya sendiri yang menanggung, hanya sendiri yang memendam.
...'u jangan diam2 sorang2, ramai lagi yang boleh tolong u kat sini. U jangan pendam saja'....
Lagi sedih...tapi saya hanya senyum. Saya tak ingin berkongsi, kerana dia tak pernah sedar bahawa lebih ramai lagi yang menunggu saya jatuh. Lebih ramai lagi yang mahu bersorak bila saya gagal...... Dia tidak tahu kerana dia hanya menilai dari kata bukan dari cara. Apa yang diadu, itu yang benar. Pada bukan pengadu? Dah tentulah si pesalah.... Kerana itu, saya hanya diam....
****jauh dalam hati saya masih percaya, saya diduga... biarpun serasanya tak habis-habis dugaan itu, tapi bukankah itu tanda Allah menyayangi saya.... Insyaallah, satu hari nanti pasti ada yang terbaik untuk saya....

Percayalah... dugaan itu bukan datang dalam bentuk kepayahan, bentuk kemiskinan, bentuk kegagalan, bentuk kedaifan semata-mata. Akan tetapi, segala kesenangan, segala kekayaan, segala kejayaan, pangkat dan harta jua adalah ujian darinya. Redhalah menerima segala ujiannya dan jangan lupa kepadanya.... (ingatan untuk diri....)!

Apa-apa pun.....'SALAM AIDILADHA' buat sesiapa yang merayakan.... Moga kehidupan saya dan kalian sentiasa di bawah limpah kurnia-NYA......

Wednesday, November 2, 2011

Lelaki memang tak kisah...lagi entry ntah hapa2

Hey! Kamu!
Jadi lelaki kena tegas...
Jadi lelaki tak boleh malas,
Jadi lelaki jangan kena tindas....

Biar jadi contoh,
Biar nampak teguh,
Biar pendirian utuh,
Jangan biar orang merempuh,
Kalau merempuh, jangan sampai jatuh....

Bila nampak tak kena, atur,
Bila nampak salah, tegur,
Jangan biar silap, berterabur!


Haishh....

Okay saya sedar saya dah lama tak bersiaran akibat kesibukan. Banyak gambar dan info yang tercatat hanya dalam memori tak termampu nak digarap di skrin. Saya perlukan ruang yang lapang untuk menulis, tapi sekarang... jiwa ini memang sedang sebal. Sebal bila cuba menangani isu kanak-kanak berbulu. Jauh disudut hati mula bosan dan terfikir untuk menghentikan segala-galanya. Tapi adilkan semua itu untuk saya, dia dan mereka yang suka??? Pada kanak-kanak berbulu yang tak suka, perlukah saya kisah????? Tapi sikap kanak2 berbulu benar2 menumbuhkan bulu dalam jiwa saya juga.... sampai naik menyampah!

Ingat tak lagi entry saya berbulan-bulan yang lalu tentang kanak2 berbulu???? Tak ingat sila rujuk semula sini..... Sekarang masih juga sama situasinya, masih juga sama ceritanya. Mula menyampah, sehingga terasa muak seketika. Perasaan menyampah makin membuak-buak bila En. Berwajib langsung tak faham cerita, memang tak ambik kisah. Jika dia tak kisah, apakah perlu saya pula yang kisah? Dah tentulah saya kisah, sebab saya yang nampak, saya yang tahu dan saya yang rasa.....

*lelaki memang tak kisah kerana selalu ambik mudah! Itu bukan anggapan tapi memang hakikat!

Wednesday, October 26, 2011

ketika ini.....7 minggu yang hampir tiba.....

Dah lama sebenarnya tak buka cerita. Semuanya gara2 7 minggu yang bakal menjengah. Persiapan? Belum tersedia. Yang ada hanyalah mengemas sampai naik lemas. Sentuh itu tak kena, pegang ini tak kena. Semua serba tak kena. Bila jiwa kacau, harap sangat ada yang datang membantu menenangkan. Harap sangat insan2 sekeliling yang ada jadi mendamaikan. Tapi tak semua yang kita harapkan jadi kenyataan bukan....

Bila kita perlukan masa dan buat berdikit2, ya lah, kakitangan pun dua, otak ini pula satu... yang dipejabat mahu dikira, yang dirumah mahu diselenggara.... Dugaan betul rasanya. Tapi masih juga mencuba buat sehabis sempurna, tetapi hanya perlukan masa.... Sedikit masa untuk saya berdikit2. Tapi bila baru pegang satu benda; itu bila nak buat, ini bila nak kemas... yang sana tu tak selesai lagi..... Ya Allah.... Tabahkanlah hati hambamu ini....=(

Saya faham, dia pun naik lemas dengan rumah yang belum kemas. Tapi saya ini ada tanggungjawab lain. Ini belum termasuk tugasan baru yang menjengah batu jemala. Terasa, memang terasa bebannya. Tapi bila membabitkan soal tanggungjawab sebagaimana gaji dibayar, apalah daya kita untuk menolak.....=(

7 minggu tu tak jauh pun, sebulan setengah tu hampir je..... Segala urusan saya jalankan sendiri. Dari beli barang sampai urusan borang. Cari pelan2, fikir macam mana jalan. Kemudian bila jadi tak kena, memanglah terasa sangat kecewanya. Bila kad 'jambu' ada kesilapan sikit, tak tahu salah siapa. Jadi saya diam2 saja cuba nak baiki sendirian sahaja. Tapi itu pun jadi masalah, brok brek, brok brek tak kena.... Lagi terasa bebannya. Ya, saya terlepas pandang.... Itulah akibatnya bila buat kerja sambil2. Sambil lalu nak pergi makan, lari2 tempah kad. Sambil lalu nak hantar dokumen singgah sekejap ambil barang. Semua sambil2, jadi ada yang terambil, ada yang tercicir, ada yang sengaja saya tinggalkan, ada pula terpaksa saya lupakan....

Entahlah.... Ketika ini, saya terasa sangat memerlukan segala jenis bantuan hayat. Segala bentuk pemahaman jiwa. Adakalanya saya benar2 berharap orang sekeliling saya akan dapat memahami bahasa saya tanpa perlu berkata2, mungkin sudah mengerti bila tengok anak mata. Mula terasa pagi2 hanyalah ketenangan jiwa... bukan suara gemersik selain kicau beburung di udara.....

ketika ini,
terasa mata hitam,
otak lebam,
hati sembam,
jiwa ragam....


**mula merasa tua sebelum usia. Fikir cerita tak sudah lagi hari tak tiba. Boleh tak semua orang faham seketika????

Monday, October 17, 2011

..coret2 malas...

Adakalanya keliru itu jadi makin celaru,
Harap-harap jangan sampai haru-biru,
Bila hitam mula nampak biru,
Bila cerah jadi macam kelabu....

Kenapa bila ketawa,
Orang kata gembira,
Kenapa bila menangis,
Orang kata bersedih!!??

Rahsia hati,
Takkan ada yang pernah mengerti,
Kecuali diri......

Adakalanya,
Apa yang dizahir,
Hanyalah wayang yang belum habis tayang....

*Sekadar coret2 ringkas. Hanya mampu bersiaran dari Cik Lappy dengan BB yang amat tidak laju. Cik PC bercuti panjang kali ni.....hikhikhik