Adeehhhh...luka berdarah hatiku hari ini. Bukan sekali, malah berkali-kali. Adakalanya saya benar-benar bertanya pada diri, bukan sekali malah berkali-kali. Adakah apa yang saya buat selama ini hanyalah satu yang sia-sia?
Saya ini hanyalah seorang manusia biasa yang semenjak lahir amat menyukai seni. Seni ini ada pelbagai. Seni musik, seni lukisan, seni tarian, seni ukir, seni rupa dan segala macam seni. Segalanya sukar diterjemahkan dalam bahasa dan dizahirkan menerusi sesuatu yang lain seperti lukisan, bahasa, irama.....
Sewaktu di Tabika, saya lebih gemar melukis daripada belajar mengeja nama sendiri. Saya sudah mula menzahirkan sesuatu yang indah menerusi lukisan, warna dan contengan. Saya paling suka melukis menggunakan pensil kerana adakalanya saya sendiri tidak yakin dengan apa yang saya buat. Tetapi ada yang memuji, saya mampu buat dengan baik. Tetapi lukisan itu semua akhirnya ke bakul sampah jua. Ketika di sekolah rendah, saya seorang yang sangat pasif, suka menyendiri dan tidak banyak bergaul. Jadi kebanyakan masa saya hanyalah dirumah, melukis atau menyusun keping-keping jubin membentuk ruang dan binaan. Malah saya masih ingat sewaktu kedua orang tua saya mengambil keputusan untuk membina rumah, saya ada mencadangkan pelan lantai yang saya buat sendiri. Sudah pastilah pelan yang saya sediakan itu tak sehebat mana, maklumlah idea daripada kanak-kanak berusia 9 atau 10 tahun ketika itu. Tapi yang pasti saya telah mula menggarap idea saya untuk saya berikan kepada orang.
Ketika saya di sekolah menengah, saya mula menonjol dikalangan rakan-rakan dan guru. Malah saya sudah mempunyai kumpulan saya sendiri yang mana saya mula mengetuai. Seni mula berkembang, saya terlibat dengan tarian, penulisan. Idea bercambah ke arah penulisan puisi, cerpen dan pernah jugalah teringat nak hasilkan Novel. Mimpi-mimpi indah sewaktu remaja. Sehinggalah saya menamatkan zaman persekolahan dan memilih untuk ke peringkat yang lebih tinggi, saya beria untuk menyertai 'art n design school' di UiTM. Bidang yang saya benar ingin mendalami adalah, FESYEN. Tetapi hajat tak kesampaian, keterpaksaan membuat saya memilih seni keras batu-bata ini sebagai aliran hidup saya sehingga kini.
Sewaktu melewati zaman remaja di Universiti, saya mula meninggalkan dunia penulisan. Saya lebih sibuk mentelaah apa itu pembinaan, apa itu penyelenggaraan dan segala yang berkaitan dengannya. Lalu adakalanya saya sendiri lupa untuk membentuk wajah melalui garisan, atau mewarna sehidup alam. Mujur juga ada subjek 'design', maka masih jugalah jari-jari keras ini kembali membentuk garis dan lukisan dalam bentuk yang lebih lurus dan kompleks.
Sebaik sahaja memijak kaki ke alam kerjaya, apa lagi yang saya mampu ada selain dari berada dalam aliran yang saya pilih walau dengan separuh hati. Saya teruskan jua, bertahun-tahun sehingga kini. Sehingga detik hari ini, saya masih di alam yang sama. Kerana suka atau tidak, itulah jalan yang telah saya pilih.
Blog ini misalnya, saya namakan 'U n Me become Us', bukan hanya sekadar suka-suka. Saya dan sesiapa yang mengikuti blog ini akan saling berkongsi, cerita, tips dan sedikit ilmu yang tidak seberapa ini. Adakalanya saya berkongsi cerita mengenai permata hati saya, Nuriel Izzah, saya dan Nuriel, itulah kami. Cuma pada detik ini, saya mula mencuba di dalam satu lagi bidang yang saya kira sebagai seni. Seni fabrik, dimana saya menzahirkan sesuatu menerusi fabrik. Apa yang saya hasilkan, bukan hanya sebuah beg atau, pouch atau key chain atau sleeve atau sarung batal atau apa-apa sahaja tanpa apa-apa makna. Sebahagiannya saya jahitkan dengan penuh kasih sayang, mengikut detik hati saya dan mood saya. Jika anda benar-benar perhatikan, adakalanya hasil tangan saya ceria, dan ada kalanya sedih serta suram. Saya menjahit dari hati, memberi apa yang ada dalam jiwa saya kepada orang-orang yang ada disekeliling saya. Benar, saya masih baru di alam fabrik ini, penerokaan saya masih terhad dengan masa yang tidak mengizinkan ini. Saya berdikit-dikit menimba pengalaman untuk berada di tahap ini. Di mana saya berdiri pada hari ini adalah lebih kepada cinta yang ada dihati saya berbanding dengan keuntungan yang saya akan dapat. Tetapi saya tidak perlu kisah itu semua, kerana bagi saya, dunia fabrik ini mengajar saya untuk lebih bersabar, untuk lebih memperhalusi dalaman hati ini walau jari sendiri keras dan kematu akhirnya. Sebahagiannya saya berikan kepada orang-orang yang berada disekeliling saya secara percuma, kenapa??? Kerana bagi saya, saya mahu berkongsi cinta saya dengan sesiapa sahaja yang ada. Yang mampu ada di sekitar saya. Selagi mana ia tidak menyusahkan saya, selagi mana ia tidak menuntut sesuatu yang saya tidak mampu, saya akan masih jua memberi. Adakalanya saya memberi, adakalanya saya berkongsi dan adakalanya saya akan meminta kembali....adilkan? Itulah dunia yang saya pilih dan saya bahagia dengannya. Tetapi kenapa saya dikatakan membuat sesuatu yang hanya sia-sia dan merugikan????? Sedangkan saya benar-benar bahagia berada di dalamnya???
Aduuhhh pedih betul hati pada detik ini..........maaf ya semua, terover emo pula pada hari ini....huhuhuhu. Saya tak mampu menafikan ketika ini, saya benar-benar inginkan dia masih ada disisi....huhuhuhu....and I'm crying....:'(
u don't know me but I can feel your hurt. Kuatkan hati, ok? Bkn nak menyibuk tp bila baca mcm pernah experience je.. Always think positive!
ReplyDelete..tq rosh
ReplyDeletesaya selalu ambil positif...tapi, seteguh manalah sangat bangunan andai di musnahkan asasnya. Dah berdiri di situ, kenapa tak dibiarkan saja.... :(...hukhukhuk.
Tapi saya masih boleh handle....insyaallah...:)
sabar yer mama nuriel..kena byk2 istighfar..(ingatan utk diri sendiri juga) sebab kadang2 bila leka melayan perasaan .. ada makhluk lain yg akan cucuk hati kita nih..
ReplyDelete...sedang menyabarkan diri dan meneutralkan paras rasa.....sebagai manusia, kita hidup saling menyokong....tapi andainya satu-satunya yang membahagiakan pun sentiasa dipersoalkan, oleh seseorang yang sepatutnya lebih memahami keperluan kita, sudah tentu terkilan rasa tu pasti ada......hanya terkilan....
ReplyDeleteembrace the pain and the hurt and turn them into something beautiful...
ReplyDeletea lot of people will do many hurtful things in our life, we cant change them, but we can choose not to let their words and actions affect us. we can choose to ignore their words .... nobody should take whats inside of us if we dont let them ..
hugs
tq an....
ReplyDeletedalam proses meng-ignore....cuma sepanjang proses tu kenalah melepaskan jua sikit2....isk2...