Followers

Saturday, October 30, 2010

Perhatian: Pencuri Maklumat Di Facebook anda??

Hmm...dah banyak hari dah up-dated blog. Ye lah, sejak dari entry yang bersemangat waja tu. Agak bersawang jugalah blog saya semenjak dari entry yang itu. Adakah saya memang benar tawar hati dan merajuk ingin pergi? Tidak......saya takkan tinggalkan dunia blog ini selagi saya mampu untuk terus berdiri dan berlari. Dan selagi ada izin dari Ilahi.

Merajuk tidak, apa pun tidak, jadi kemana pula saya pergi??? Saya ke Kuala Lumpur barang sehari dua untuk berkursus sebenarnya. Letihnya belum hilang lagi, tetap juga mengadap Cik Nina dan PC untuk up-date blog. OKay, sepanjang perjalanan tu, saya adalah jua masa yang terluang dan saya pun sudi-sudikan jua diri mengisi dengan membaca suratkhabar. Suratkhabar yang pendek tetapi tebal iaitu Harian Metro. Kisah tentang keluarga Sosilawati yang hendak menuntut RM40juta sebagai gantirugi, kisah tentang kemalangan bas berhampiran terowong Genting Sempah dan kisah tentang mayat wanita dalam beg pakaian. Tetapi ada satu berita ini yang memang menarik bebola mata saya. Tajuknya: Pencuri Identiti Facebook.

Kisahnya begini, Si Carolyn ini merupakan seorang aktress, model dan penyanyi dari London. Sewaktu masa dahulu pernah menyanyi bersama kumpulannya iaitu The 411. Sekarang lebih tertumpu sebagai penerbit dan dan penyampai di Radio serta televisyen. Pada satu hari, dia telah ditegur oleh seorang lelaki yang mendakwa dia cinta dan ingin bersama dengan Carolyn serta datang dari BELGIUM!!! Apa yang sebenarnya terjadi adalah, identiti Carolyn telah dicuri oleh seorang gadis lain dan penyamaran tersebut telah digunakan dengan jayanya untuk menggoda lelaki di seluruh dunia malah menjalinkan hubungan seks di talian??? Dan Si Jejaka Belgium yang benar-benar percaya menjalinkan hubungan cinta secara maya dengan Si Carolyn ini sanggup datang dan mencari beliau. Aduhh....macamana lah tak mencari, siap belikan rantai berlian lagi untuk perempuan yang dia cinta itu. Semua maklumat Carolyn digunakan termasuk maklumat peribadi, malah rakan-rakan Carolyn dan saudara mara pun turut terpedaya. Semua tembelang tersebut diketahui setelah penyisatan terperinci dibuat oleh Carolyn bersama teman lelakinya yang sebenar. Perempuan Si Penyamar tu pun mengaku yang dia merupakan peminat Carolyn dan membuka akaun di Facebook atas nama Carolyn sewaktu dia sedang bersedih. Hmm....La Usupadora betul la.

Ayat yang paling tidak tahan saya baca adalah ulasan Si Carolyn iaitu:

"...Kita harus berhati-hati apabila meletakkan gambar anak-anak dan kehidupan kita sendiri di Internet. Kita takkan tahu siapa yang memerhatikan kita'.

Sebenarnya itulah yang mula saya bimbangkan akhir-akhir ini. Saya sendiri bimbang jika orang tidak sepatutnya berjumpa saya di Internet. Saya masih ingat sewaktu saya masih belum menjadi blogger, saya pernah terbaca satu entry yang menceritakan bagaimana gambar anaknya di kipnap oleh seorang blogger yang lain dan digunakan untuk menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh seorang blogger yang lain. Siap menang lagi. Oh, tidak!! Saya tak rela anak saya dikipnap biarpun secara maya.

Seboleh-bolehnya, saya tidak akan sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi saya dan anak seperti alamat rumah, nombor telefon atau pun sekolah samada di blog atau pun di Facebook. Bahaya betul!!!


Inilah rupa Si Carolyn yang saya kipnap dari internet.

Apa pun saya kesian jugalah Si Jejaka Belgium tu, dah la buang masa bercinta selama 17 bulan dengan Si La Usupadora tu, siap buat hubungan seks di talian lagi, sure bil telefon melambung-lambung kan. Dah tu belikan pula rantai berlian sebagai hadiah. Kekadang lelaki ni ada jugalah yang tak berapa cerdikkan? Tertipu macam tipah jua.... adehh.... Tapi klu tengokkan gambar Si Jejaka Belgium tu, boleh tahan kacaknya.....:)

No comments:

Post a Comment