Followers

Friday, October 8, 2010

Out of Topic- Menghadapi tekanan????


Seringkali sebagai wanita, kita tidak dapat lari daripada mengalami tekanan dalam hidup. Sebab itulah jika kita lihat secara puratanya, wanita lebih beremosi, mudah beremosi atau selalunya beremosi. Wanita ini adakalanya lebih cepat kelihatan tua daripada usia yang sebenar gara-gara tekanan hidup dan mungkin juga disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Pada dasarnya, tekanan hidup memamng tidak dapat dielakkan apatah lagi dizaman yang serba-serbi pantas. Serba-serbi mencabar dan segalanya tidaklah begitu mudah.

Keadaan tertekan ini sering berlaku baik sahaja dalam pekerjaan seperti date-line menyiapkan kerja, beban kerja yang melampau dan sebagainya. Jika dari segi kehidupan peribadi, masalah kesihatan diri atau ahli keluarga, kematian atau mungkin juga masalah kewangan sering sahaja memberi tekanan yang hebat dalam hidup. Bagi wanita yang bekerjaya dan dimasa yang sama mempunyai rumahtangga, betapa hebatnya tekanan yang mereka hadapi, dan semua ini perlu ditangani dengan penuh kesabaran serta bijaksana.

Bila kita dalam keadaan tertekan, antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti adalah seperti berikut:

- badan akan selalu berasa letih

- mempunyai masalah untuk tidur

- kurang selera makan atau terlebih selera makan

- sakit kepala atau rasa ingin pitam

- tidak dapat memberi tumpuan terhadap tugasan yang dilakukan

- daya ingatan yang tergangguatau kerap lupa

- berasa bersalah

- berasa lemah dalam menghadapi kehidupan

- berubah menjadi sensitif

- ragu-ragu dalammembuatsebarang keputusan,

- pemarah dan beremosi yang tidak terkawal.

Tekanan jika tidak ditangani dengan baik akan memberi kesan kepada kehidupan, terutamanya dari segi kesihatan. Contohnya, tekanan memberi kesan kepada kesihatan , seperti penyakit darah tinggi, jantung dan mungkin juga asma. Tekanan akan membuatkan seseorg itu seseorang berasa ‘moody’, resah dan sukar memberi tumpuan serta hilang kawalan terhadap sesuatu perkara. Sekiranya tekanan itu dibiarkan berpanjangan, tekanan boleh membawa kepada masalah kemurungan (depression), perhubungan dengan rakan-rakan sekeliling terganggu dan tahap kualiti kerja akan menurun.

Untuk menangani tekanan itu, antara langkah yang boleh kita ambil adalah:

- pembahagian masa yang bijak

- mempunyai kemahiran menyelesaikan atau menangani masalah

- menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar

- mengamalkan komunikasi yang berkesan

- menyemai semangat bermasyarakat

- mengamalkan cara hidup sihat

- bersikap realistik terhadap pekerjaan atau tanggungjawab

- menyedari kekuatan dan kelemahan diri

- sentiasa berfikiran positif

- perancangan teliti untuk melakukan sesuatu pekerjaan

- melakukan kerja mengikut keutamaan

Selalunya tekanan berupaya untuk memastikan kita akan menjadi lebih baik, bergerak lebih pantas atau pun melaksanakan kerja dengan lebih sempurna. Akan tetapi cara menangani tekanan tersebut mestilah betul. Sekiranya cara menangani tekanan tersebut tidak betul, lebih banyak aura negatif akan timbul dalam hidup kita. Dan sebagai wanita, sokongan orang sekeliling seperti suami, keluarga dan kawan-kawan adalah amat diharapkan. Tetapi bagaimana pula yang tidak begitu bernasib baik, yang mana susah senang harus dihadapi sendiri. Yang mana segala masalah dan tekanan harus ditangani tanpa bantuan dan sokongan. 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Sekiranya seorang kawan atau ahli keluarga atau mungkin juga pasangan kita dalam masalah, dalam tekanan yang dapat dilihat dengan jelas, mungkin kita perlu membantu agar beban itu dapat dikurangkan. Memahami dalam erti kata yang paling sesuai dan bukannya dengan meletakkan lebih tekanan terhadap perkara-perkara yang tidak penting. Tanganilah masalah anda secara positif, kenalpasti punca masalah dan cari jalan penyelesaiannya disamping berdoanya kepada-NYA. Dan insan disekeliling amat memainkan peranan dalam usaha menangani tekanan.

Dan.....bila saya rasa tertekan, bersantai di tanah tinggi, menikmati keindahan alam dalam mode sunyi......bersama secawan teh lemon. Mungkin memadai untuk meredakan 'moody' pada hari ini.



No comments:

Post a Comment