'Budi bahasa, budaya kita'
Boleh dikatakan hari-hari kita sebagai rakyat Malaysia mendengar slogan ini. Adakalanya dalam versi yang berlainan sedikit seperti 'budi bahasa amalan mulia'. Ada juga pantun melayu yang sehingga hari ini masih digunapakai untuk menggambarkan tentang budi bahasa iaitu:
yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.
Sebagai rakyat Malaysia apatah lagi dilahirkan sebagai berbangsa melayu, adab dan budi bahasa sudah menjadi sinonim dengan cara hidup kita. Cara kita bercakap dengan yang lebih tua, cara kita berpakaian, cara kita bergaul dalam masyarakat dan segala yang berkaitan dengan hidup kita penuh dengan adab dan budi bahasa yang sepatutnya. 'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa' maksud yang begitu jelas disini adalah setiap pemberian orang haruslah kita ucapkan terima kasih dan hargai. 'What you give, you'll get back', pula sesuatu yang paling sesuai untuk kita renungkan. Apa yang kita buat pada orang selalunya akan berbalik pada diri kita sendiri. Oleh yang demikian, jika kita mahu diri kita dihormati maka kta perlu menghormati orang terlebih dahulu. Jika kita mahu diri kita disayangi, maka belajarlah untuk menyayangi dan jika mahu orang berbudi dan berbahasa dengan kita, belajarlah untuk berbahasa terlebih dahulu.
Adakalanya dalam hidup, kita tidak perlu menjadi raja untuk dihormati dan disayangi. Kita tidak perlu membayar walau hanya sesen pun untuk membuatkan orang tersenyum ikhlas kepada kita. Apa yang perlu hanyalah belajar untuk menghormati orang, belajar menyayangi maka Insyaallah, sepertinya jua kita akan dihormati dan disayangi. Tidak salah rasanya untuk kita hormat pada seorang Mak Cik yang menyapu sampah di pejabat kita. Tidak salah rasanya untuk kita meminta pandangan dan buah fikiran dari buruh kasar di tapak projek walau pun ketika itu kita adalah seorang 'Project Manager'. Merendahkan diri tidak akan menjadikan kita rendah dan hina. Seperti pepatah, 'ular menyusur akar, takkan hilang bisanya'.
Sayang sekali masyarakat pada hari ini tidak mementingkan langsung perihal berbudi bahasa. Yang lebih menyedihkan lagi bila langsung tidak tahu beradab, tidak tahu bermasyarakat atau yang paling menyedihkan bila langsung tidak mahu bermasyarakat. Bermasyarakat penting untuk kita membentuk nilai-nilai murni dalam hidup kita. Sebagai manusia yang serba kekurangan, adakalanya kita tidak menyedari kekurangan pada diri. Maka bila bergaul dan bermasyarakat, kita akan saling memperbaiki, menerima dan memberi serta saling melengkapkan. Ingatlah, kita tidak boleh hidup hanya sendiri, masih memerlukan orang sekeliling untuk saling menyokong kita bila kita dalam saat yang memerlukan. Contoh yang paling mudah adalah kematian, kenduri-kendara dan juga sewaktu kesihatan tidak mengizinkan.
Apa yang saya hendak tekankan disini hanyalah budi bahasa itu adalah sesuatu yang masih perlu ada dalam masyarakat kita hari ini. tidak kiralah semoden mana pun hidup kita, setinggi mana pun jawatan kita atau sebanyak mana pun duit kita. Sebuah senyum dan salam sudah cukup untuk mengambarkan budi bahasa pada diri seseorang. Konsep 'Drive-through', lalu, pesan, bayar dan pergi tak sesuai dalam bermasyarakat, hanya sesuai untuk mengisi perut tanpa merasa nikmat dan indahnya makanan. Cuba bayangkan, lalu, bercakap dengan mesin untuk memesan makanan, tingkap dibuka kita pun bayar, tingkap lain pula dibuka, lalu kita ambil makanan yang dipesan. Pantas, tetapi sekurang-kurangnya pelayan tadi masih sempat untuk kata, 'terima kasih, datang lagi'. Walau itu adalah ayat rasmi mereka sekurang-kurangnya mereka masih diajar untuk berbudi bahasa di kedai yang serba moden pada hari ini serta berjenama antarabangsa. Dan anda yang memang melayu serta hanyalah seorang peniaga yang masih bertatih, apa perlu berlagak sombong untuk beraksi bagaikan ingin berkata, 'tanpa kamu sebagai pelanggan, saya masih boleh untung la!!!!'.

No comments:
Post a Comment