Followers

Tuesday, October 19, 2010

Ruffle Brooch lagi...

Hari ini, seharian saya dirumah sahaja. Melayan budak yang demam dan tak pergi sekolah serta tak ambik exam hari ni...:)

Saya pun sakit kepala sangat hari ini. Entah kenapa...mungkin sebab cuaca memang panas dan terik. Jadi kebanyakan masanya saya habiskan dengan berbaring temankan si Tuan Puteri sambil melayan movie. Dah tentu la pula pula tangan ni tak boleh nak duduk diam, sambil-sambil tu sempat jugalah keluarkan sedikit koleksi button yang saya buat beberapa hari sudah. Sambil menonton TV, sambil tangan membuat brooch.


Antara koleksi button yang saya cadang nak buat brooch


Antara ruffle button yang terhasil dalam keadaan kepala sakit yang teramat sangat.



Dan saya selitkan satu sebagai extra gift kepada Puan Huda. Harap dia sukalah.


Petangnya saya tak mampu nak teruskan pengkaryaan saya menghasilkan brooch. Rasa macam nak termuntah dan kepala sangatlah sakit. Saya berhenti sekejap, dan makan ubat serta terus layan tidur. Itulah, hasrat hati nak jaga si Tuan Puteri yang tak sihat, sekali dengan mamanya pun tak sihat.....maka kami salinglah melayan tidur di petang hari...hehehehe

4 comments:

  1. TQ kak Nyl...tapi adik Nurielnya dah tak mo makan ubat...'adik dah jemu, asyik2 ubat'....jadi tengah tukar cara traditional plak, bagi penawar...:)

    ReplyDelete
  2. tqvm kak..sy dah pun dapat hadiahnya tadi..nnti sy post kat blog k :)

    ReplyDelete