16hb semalam adalah Birthday Tok Timah iaitu bonda kepada diriku dan nenda kepada Nuriel. Disebabkan ayahanda yang bekerja jua pada tarikh tersebut dan bonda pun malu-malu kucing nak 'celebrate birthday' atas alasan dah tua, maka kami anak-beranak pun hanya pergi makan-makan semalam. Makan malam ditaja oleh ayahanda sepenuhnya.....(waa....syiok...).
Makan biasa-biasa je la. Tak ada apa yang istimewa sangat. Tak adalah kek dan segala bagai macam Nuriel hari itu. Dan suprise pun tak ada sebab dah bagi sekali masa birthday Nuriel iaitu basikal berkuasa super.
Disamping itu, saya pun sempat juga buat pembungkusan untuk Bekas Botol Air yang sama tapi tak berapa nak serupa ni. Satu lagi 'gift' di bulan Oktober ini bagi saya berkongsi sedikit kegembiraan bersama keluarga dan kawan-kawan. Semuanya ada empat, menggunakan fabrik yang sama dan saiz yang sama. Yang berbeza cuma applique nama tu saja dan butang yang saya gunakan untuk menghiaskan applique yang saya buat. 4 sebab yang ini saya nak berikan sebagai 'gift' kepada sepupu Nuriel, Amiera, Hana, Huda dan Hanis. Boleh buat bawa pegi sekolah ya lepas ini....:)

Dah siap sempat snap pic ini ja..... Pagi ini nak snap dah tak ada, bonda dah simpan dalam beg daaaa....
Sekitar makan-makan semalam
Alhamdulillah...kenyang.....
happy besday utk nenda nuriel..
ReplyDeletetq....:)
ReplyDelete